Friday, February 16, 2018

Double Park - Hidup Jange Nyusoh Ke Ore

Double park . Pernah kena pada anda? Bila keluar ke arah kereta tup tup nampak kereta anda dah kena block oleh kereta lain.. Perkara ni sering berlaku di kawasan yang mempunyai penduduk yang padat.. Bukan nak salahkan pemandu yang double park tu 💯 %. Dah parking tak mencukupi maka terpaksa la double park kan kereta kan? 

Kejadian ni berlaku pada Mak Dara semalam.. Seriously mak tak kisah pun korang nak double park ke apa.. faham sangat sangat faham .. yang tak faham nape tak kasi hand break tu neutral.. berapa lama mak kene tunggu.. mak keluar dari keta dan cuba untuk tolak keta tu tapi tak dapat.. ada beberapa pejalan kaki cuba nak bantu juga tapi tak boleh. Bila tengok kat tepi tingkap rupanya pemandu yg double park tu tak letakkan gear neutral.. Maka terpaksa la keluarkan juga keta dengan cara Mcgyver dah la tak berapa pandai drive.. punyala lama melakukan aksi tandoori payat kedepan belakang depan belakang keluar.. dari tak marah terus rasa nak bertukor jadi incredible hulk dibuatnya.. Apa lagi dah keje mak penulis kannn maka mak pun mengarangkan lah sebuah nota buat pemandu yang sungguh “bertimbangrasa itu”.. Haaa bayangkan berapa lama keta tu double park sampai sempat aku tulis surat cinta ke dia ... 😡😡😡😡

kan dah keluaq bahasa gannu ke kelantan ke nogori pun tak tau... Mak ni susahhhh nak marah org tauuuuu . Walaupun marahhhhhh yang membara tapi mak bersangka baik je .. kot kot yang mendouble park ni tengah dalam emergency.. bini tengah shopping tetiba nak bersalin di mall tu maka terpaksa double park kottttt... 

Pada anda yang nak Double Park pada masa hadapan.. bertimbang rasa la sikit hendaknya ya..  Hidup Jange Nyusoh Ke Ore


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK