Wednesday, February 28, 2018

Filem Bidong The Boat People Akan Ditayangkan Di Pawagam Mulai Esok 1 Mac 2018

Pernah dengar tentang kisah "Bidong The Boat People"? Kisah tentang pendatang dari Vietnam yang melarikan diri ke Pulau Bidong, Terengganu di awal era 70-an. Rasanya rata rata kita tidak ingat dan tak kurang juga yang tidak tahu tentang kisah ni. Nekad tidak mahu kisah sejarah ini terus luput ditelan waktu.. Pengarah hebat iaitu Abang Yusof Kelana mengambil keputusan untuk mengadaptasi kisah benar ini dan diangkat menjadi sebuah karya filem terbaru beliau.

Image may contain: Adza Irdawati Adenan, smiling, standing and text
Mak Dara bersama pengarah Filem BIDONG THE BOAT PEOPLE 
Abang Yusof Kelana 

 Video semasa pelancanran Filem BIDONG THE BOAT PEOPLE

Semasa pelancaran filem ini Abang Yusof Kelana sempat menceritakan pelbagai perkara menarik yang berlaku sepanjang penggambaran filem ini. Antara yang menarik ialah bagaimana para berlakon mabuk dan muntah ketika tengah shooting babak di atas boat , Kisah krew yang diganggu makhluk halus , kisah campur tangan dari pihak berkuasa Vietnam dan macam macam lagi. 

Tenyata usaha Abang Yusof Kelana dalam memartabatkan kisah sejarah yang pernah berlaku di negara kita suatu masa dahulu dan dijadikan sebuah filem harus dipuji. Katanya lagi dia sedar bahawa filem BIDONG THE BOAT PEOPLE bukan lah sebuah filem komersial namun dia sanggup mengambil risiko ini agar sejarah ini tidak terus pupus begitu sahaja.

Satu perkara yang Mak Dara pujiiiiii ialah pemilihan pelakon. Yaaa rata rata yang membintangi filem ini adalah pelakon baru. Baru tak bermakna tak pernah berlakon sebelum ini tapi baru dalam erti baru untuk memegang sebagai watak utama dalam sebuah filem. Antara pelakon yang terlibat dalam filem ini ialah Taufik Hanafi , Irene Wong , Livonia Ricky, Zamree dan ramai lagi. Difahamkan 4 bahasa digunakan dalam filem ini iaitu bahasa malaysia , bahasa cina , bahasa Vietnam dan bahasa Inggeris. Dan kesan khasseperti CGI juga digunakan dalam filem ni.. 

Image may contain: Adza Irdawati Adenan and Taufiq Hanafi, people smiling, people standing
Mak Dara bersama Hero Bidong The Boat People 
Taufik Hanafi

Image may contain: 6 people, including Adza Irdawati Adenan and Man Raja Lawak, people smiling, hat and closeup
Mak Dara bersama Man Rajalawak
Antara watak favvvorite mak dara dalam filem ni. Terbaek man..

Image result for bidong the boat people
barisan pelakon utama - pic by google

Pendapat Mak Dara tentang filem BIDONG THE BOAT PEOPLE ini

SINOPSIS 

Bidong: The Boat People mengisahkan Kien Bi Dong yang dilahirkan di Pulau Bidong kembali semula selepas hampir 40 tahun meninggalkan pulau tersebut bersama ibunya, Hong Yen yang juga merupakan bekas pelarian Vietnam.
Sejarah hitam yang dilalui Hong Yen meninggalkan kesan mendalam kerana kehilangan anak lelakinya yang berusia tujuh tahun akibat peperangan.
Kien Bi Dong dan Hong Yen yang menetap di Australia menjejakkan kaki ke Pulau Bidong selepas diaturkan oleh seorang kenalan Facebook dikenali sebagai Adib.

Filem Bidong The Boat People Akan Ditayangkan Di Pawagam Mulai Esok 1 Mac 2018 . Jadi jangan tunggu lagi. Jom lah ke pawagam berdekatan dan tonton filem ini. Sokonglah filem tempatan. Kalau bukan kita yang support siapa lagi? Betul tak? Selamat menonton!!!

Nasihat Dari Mufti VS Nasihat Dari Netizen

Kecoh sana sini tentang kisah artis, tudung dan kelab malam.. malas nak ulaskan sebab rata rata satu malaya dah tahu dan SANGAT ARIF tentang kes tu.. Apa pendapat Mak Dara tentang kes yang viral ni???? Bagi mak.. Sokong pun TIDAK apa pun TIDAK.  Honestly mak tak ambil pusing pun akan benda benda viral ni.. Korang boleh scroll semua posting mak dalam blog ni mana ada selit post pasal artis, pasal benda viral .. Takde ye..  Maaf Mak bukan blogger yang nak ambil kesempatan atau "blogger lapar trafik". Tapi kali ni mak terpanggil nak tulis juga post ni.. 
Mak BUKAN nak highlightkan pasal si "DIA" yang telah diviralkan ( maaf mak dara takkan sebutkan nama artis tersebut) sebab post ni bukan pasal artis, pasal kes viral tapi mak nak sentuh pasal NASIHAT.. Dah baca kan? Surat terbuka dari Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri ? Kalau belum meh Mak Dara nak kongsikan dengan anda...
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
SEMOGA (................ ) dalam keaadan sihat sejahtera hendaknya.
Alhamdulillah kami merafa’kan setinggi kesyukuran ke atasnya, selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, para sahabat yang mengikut jejak langkahnya hingga ke hari akhirat. Kami telah menerima berita yang hangat melalui Facebook, Instagram dan media sosial lain berkaitan isu pelancaran produk (................ ) di Zouk, Kuala Lumpur.
Kami mendapat pelbagai pandangan sama ada yang mengecam dan tidak kurang juga yang menyokong tindakan tersebut. Justeru kami terpangil untuk menulis surat terbuka kepada (................ ) berkenaan hal ini. 
  1. Tudung adalah lambang kehormatan wanita. Tudung adalah simbol kepatuhan seorang hamba kepada perintah Tuhannya. Tudung juga adalah salah satu bentuk kesempurnaan dalam beragama. Sebenarnya, tudung adalah simbol sifat malu seorang wanita, simbol akhlak Muslimah yang perlu dipelihara dan simbol kemegahan Islam yang wajar dibanggakan.
  2. ‎Pemakai tudung tidak semestinya sempurna, namun sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik dari hari sebelumnya. Indahnya pemakai tudung bukan hanya kerana memelihara auratnya, tetapi lebih daripada itu, mereka sebenarnya memelihara agama-Nya dan mematuhi Allah dan Rasul-Nya.
  3. ‎Sangat sukar sebenarnya untuk konsisten bertudung dengan memelihara perilaku dan adab kesopanan. Sehinggakan ada yang menolak untuk bertudung kerana tidak mahu hipokrit. Sedangkan perubahan daripada tidak bertudung, kepada bertudung bukanlah satu bentuk hipokrit kerana ia tidak hanya melibatkan penghijrahan diri tetapi juga penghijrahan hati dalam usaha menggapai redha Ilahi. Jika bukan redha-Nya yang kita impi, apa lagi yang hendak kita cari di dunia ini?
  4. ‎Tidak salah untuk kita mencari kelainan. Malah, kadangkala kelainan itulah yang melorongkan seseorang ke jalan Tuhan. Namun, fitnah dan tohmahan perlulah sentiasa dielakkan. Satu kaedah yang masyhur di dalam Islam “Matlamat tidak menghalalkan cara”. Benar, perniagaan untuk mendapatkan keuntungan adalah matlamat yang murni. Namun begitu, kaedahnya juga wajib diraikan agar terhasilnya keberkatan.
  5. Kami sangat khuatir, apa yang terjadi baru-baru ini bakal membawa satu fenomena normalisasi dalam bertudung. Apa sahaja boleh dan dibenarkan asalkan bertudung. Kekhuatiran ini bukan bermakna agama mengongkong wanita, tetapi agamalah yang sebenarnya membebaskan wanita daripada penjara keterbukaan tanpa had, kepada mendapat hak kebebasan yang bersyariat.
  6. Kepada para ikhwah dan akhawat, masyarakat Muslim Malaysia yang memberi teguran dan saranan, kami merasakan banyak manfaat dan istifadah yang dapat dikutip. Dalam keadaan seperti ini, alangkah baiknya kita mempunyai nada yang sama, penuh rahmah dan hikmah dalam memperbaiki diri sesama kita. InsyaAllah itulah yang terbaik. Memalukan, mengaibkan dan memberi tohmahan dan fitnah kepada beliau, bukanlah akhlak seorang Muslim. Semoga amar ma’ruf dan nahi mungkar yang dijalankan dengan kaedah dakwah yang baik akan membekas dalam sanubari kita.
  7. Kami mengenali (................ ) sebagai simbol Muslimah yang berjaya. Tidak ramai yang mampu menggalas tugas sebagai “wanita besi” dan “gergasi” dalam perniagaan dan kerjaya. Tetapi anda sudah membuktikannya, malah membanggakan Malaysia dan dunia Islam. Akhir kalam, kami berpesan kepada (................ )untuk sama-sama menghayati syariat Islam yang sebenarnya. Kami noktahnya disini 3 perkara: (i) Tanyalah ulama’ sebelum bertindak (ii) Sentiasa memelihara imej wanita bertudung (iii) Carilah rezeki yang diberkati Allah SWT.
Kami berdoa semoga (................ ) terus maju di dalam kehidupan dan kerjaya serta sentiasa memperoleh taufiq, hidayah dan rahmat-Nya. 
Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
Dah baca? Lihat bahasa dan ayat yang digunakan oleh Mufti.. MUFTI ya.. Lihat cara seorang MUFTI dalam memberikan nasihatnya.. Bertapa berlapiknya setiap bait ayat yang ditulis. 
Dan sekarang bandingkan dengan NASIHAT DARI NETIZEN!
Ok Mak Dara ambik keputusan tidak akan screengrab atau printscreen apa apa nasihat yang telah ditulis oleh para netizen. Kalau tak.. sama je Mak Dara dengan "pemberi pemberi nasihat" itu .. Membuka aib manusia yang lain.. Tapi rasanya korang pun dah baca segala NASIHAT NASIHAT mereka itu kan? Apa pendapat korang tentang Nasihat dari Netizen tu? Setuju? Tak setuju? Honestly.. terpulanglah pada anda nak setuju nak bangkang nak suka nak marah. Bagi mak Dara..Sokong pun TIDAK apa pun TIDAK.  Tapi kalau nak nasihat tu cuba ambil contoh seperti Mufti ni.. Tapi sayangnya cara nasihat para Netizen nasihat seperti diri lebih hebat dari MUFTI. Menjatuhkan hukum itu dan ini.. Allahu.... Alangkah indahnya jika diantara kaum muslimin mengetahui adab-adab dalam bernasihat, saling menasihati dalam kebaikan akan timbul rasa cinta dan ukhuwah yang tinggi.
Tak salah kalau nak tegur dan nasihat. Mak Dara pun ikutkan nak juga tegur, gatalll je tangan nak tinggalkan komen. Tapi bagi Mak Dara if you have nothing good to say better keep it to yourself. Itu prinsip Mak Dara la.. Tapi kalau betul betul nak nasihat..
NASIHAT LAH DENGAN CARA BERKHEMAH.. 
BERIKAN PENDAPAT DAN SOLUSI  BAGAIMANA UNTUK MEMPERBAIKI KESALAHAN DI MASA HADAPAN

DOAKAN AGAR DIA BERUBAH KEARAH KEBAIKAN
Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lembut seperti kapas. Haaaaa itu nasihat dari Mak Dara laaaaa.... Tapi kalau korang tetap nak nasihat cara korang terpulanglah.... Tepuk dada tanya selera..

Bagi "yang dinasihati" pulak. Nasihat Mak Dara.. yang SALAH TETAP SALAH. yang BETUL TETAP BETUL. Walau salah atau betul terimalah segala nasihat dengan hati yang terbuka . Terimalah nasihat dengan rasa bersyukur kerana masih ada yang sudi mahu membawa kita kearah kebaikkan. Diri ni tak selalunya betul dan sempurna . Sifat sempurna hanya ada padaNya. Dan janganlah dimarah pada mereka yang menasihati . Sebab bila kita dinasihati maka kita dapat mengetahui akan kekurangan diri sendiri, dan bolehlah kita berusaha untuk memperbaiki segala kekurangan itu. Itulah sebabnya, Umar bin Khattab RA pernah berkata,” aku akan berterima kasih kepada siapa saja yang menghadiahkan (mengingatkan) aib dan kekuranganku kepadaku”. Jadi..... 
Walau cara nasihat yang kita terima tu berbeza (nasihat ikhlas/nasihat kecam) Orang selalunya beri nasihat sebab sayang. Jadi sama samalah kita membaiki diri menjadi hamba yang dikasihiNya aamin. 

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK