Saturday, March 24, 2018

PRP PLATELET RICH PLASMA RAWATAN DRAKULA UNTUK WAJAH

Wanita dan kecantikkan memang tidak dapat dipisahkan. Terdapat pelbagai jenis rawatan kecantikkan yang ditawarkan kini. Namun kita harus lah memastikan setiap rawatan yang bakal kita lakukan adalah selamat dan berkesan. Dan sebelum melakukan sebarang rawatan kita harus buat sedikit penyelidikan tentang kaedah rawatan , keberkesanan dan sellidik juga tempat atau klinik yang menawarkan rawatan itu. Bila dah betul betul pasti maka teruskan niat anda untuk mendapatkan rawatan itu. Bagi Mak Dara, Mak telah memilih untuk melakukan RAWARAN PLATELET RICH PLASMA ( PRP ) atau rawatan digelar RAWATAN DRAKULA kerana rawatan ini menggunakan darah . Darah kita sendiri . Dan Mak Dara memilih PREMIER CLINIC untuk menjalani rawatan ini kerana PREMIER CLINIC telah di VOTED kan sebagai TOP 3 BEST AESTHETIC CLINIC di Malaysia !!! Kita harus memilih yang terbaik untuk diri kita . Dan ini pulak untuk kecantikkan wajah, harus lah lebih cerewet dan teliti .. Setuju tak?

PRP atau Platelet Rich Plasma (Dracula Facial) Adalah Perawatan Kecantikan Yang Disamakan Dengan Facelift Tanpa Pembedahan. Rawatan ini dapat membetulkan kedutan, parut, kerosakan akibat sinaran matahari serta hitam di bawah kawasan mata (mata panda). Menarik bukan. Nak tahu lebih lanjut tentang RAWATAN PRP.. Meh Mak kongsikan.

Image may contain: one or more people and people sitting

Sebelum masuk ke babak suntik menyuntik ni.. Moh mak nak flash back balik dan kongsi step dari mula hingga akhir  macam drama sikit ok hehe

Image may contain: 1 person, smiling, sitting and indoor
konsultasi bersama Dr Jaswine Chew


Sebelum apa apa rawatan dijalankan, anda akan bertemu dengan doktor yang bertugas. Dan pada hari itu saya ditemukan dengan  Dr Jaswine Chew . Kecil molek saja orangnya tapi sangat berpengalaman. Pada sesi ini Dr Jaswine menerangkan presedur PRP. Dia juga menerangkan tentang faedah dan kebaikan rawatan ini. Dan bila dah betul betul faham barulah boleh teruskan dengan rawatan ini.

Image may contain: Adza Irdawati Adenan, text
Harus mengambir gambar before and after


Sebelum melakukan rawatan anda perlu mengambil gambar before and after. Ini supaya anda dapat membezakan hasil dan result sebelum dan selepas menjalani rawatan ini.

Image may contain: one or more people, people sitting and indoor


Wajah harus dicuci terlebih dahulu sebelum memulakan rawatan. Ini dilakukan agar takde kotoran di bahagian wajah. Lebih mudah kalau anda ke klinik tanpa mengenakan sebarang makeup. Sebab nanti kene buang juga semua makeup tu . Betul tak?

Image may contain: Adza Irdawati Adenan, text


Krim kebas di letakkan di seluruh wajah .Kalau tak taruk numbing cream ni mau menjeritttt nanti masa kena cucuk hehe. Pakai sekejap je cream ni rasa sejuk saja. Dan dengan sekelip mata anda akan mula rasa kebas. Time ni nak cakap pun dah susah sikit.

Image may contain: 2 people, including Adza Irdawati Adenan
Muka nervous sebelum Dr Jaswine nak ambil darah 


Langkah seterusnya adalah pengambilan darah . Time ni Mak Dara sangat nervous. Nak senyum ke nak nangis pun tak tau lah time ni haha. Tapi tahan aje lah. Nak cantik punya pasal kannnn...

Image may contain: one or more people
Darah diambil dari lengan


 Dr Jaswine Chew mengambil darah lengan. Tak banyak hanya satu bekas je. Teringat lagi time sekolah dulu. Mau lariiii kalau doktor datang kesekolah untuk suntik . Tapi dah tua tua ni relax je . Walaupun dalam hati gelabah .

Image may contain: one or more people and phone
Darah dimasukkan ke dalam mesin pengasingan darah


Step seterusnya ialah darah yang diambil dari lengan akan dimasukkan dalam satu tube silindir . Dan kemudian di masukkan dalam mesin pengasingan darah.

Image may contain: one or more people
Akhirnya darah dapat diasingkan

Image may contain: one or more people, people eating and food
Haaa sekarang masa yang dinanti.. CUCUKKKK TIME!!!


Mula mula nak disuntik tu punyalah takut. Namun setelah cucukan pertama. Legaaa sebab tak rasa sakit langsung. Terima kasih cream kebas!! Memang penyelamat!! Jadi pada yang takut dengan suntikan, jangan takut ok memang tak sakit. I promise..

Image may contain: 1 person
Dr Jaswine suntik bahagian laughing line


Kata Dr Jaswine , dia akan menyuntik di bahagian yang bermasalah saja. Dia pun suntiklah di bahagian laughing line dahulu . 

Image may contain: one or more people
Suntikan untuk hilangkan lingkaran hitam bawah mata


Seterusnya Dr Jaswine cucuk di bahagian lingkaran hitam bawah mata. Haaa pada mereka yang mempunyai "mata panda" terutama orag yang selalu tidur tak cukup. Ini adalah penyelesaian yang terbaik untuk anda. Kemudian Dr Jaswin membuat beberapa lagi cucukan di kawasan wajah Mak Dara yang bermasalah.

Image may contain: 2 people, indoor
akhirnya.... SELESAIIIIIIIIIIIII !!!!


Dalam 15-20 minit . Dan akirnya SIAPPPPPP!!!! Fuhhh time ni rasa macam nak lompat ke langit saja sebab dah selesai dari terus dicucuk tanpa henti.

Image may contain: 1 person
Nampak tak muka happy tak reti nak cover hehe


Yang part paling besttttt ialah bila diberi cermin. Mak aihhhhh INSTANT RESULT !!! Boleh terus nampak perbezaan pada masa tu juga. Mak Dara tak dapat nak kawal ke"happy"an mak tu. Terkekek kekek gelak je bila ngadap cermin. Terdetik lawa jugak aku no.. hahaha Haaaa maka itulah step step dalam menjalani rawatan PRP PLATELET RICH PLASMA. Mudah , Cepat dan AMAT BERKESAN.

Info lanjut mengenai Rawatan PRP
Terapi plasma yang kaya dengan platelet (PRP) melibatkan darah diambil dari badan pesakit, sama seperti melakukan ujian darah. Darah itu dimasukkan ke dalam mesin yang mengasingkan sel darah, platelet dan serum. Unsur-unsur ini kemudiannya disuntik semula ke dalam bahagian badan yang memerlukan rawatan. Proses ini kadangkala digelar terapi ‘Puntianak’ atau ‘Drakula’.
Faktor-faktor pertumbuhan dilepaskan oleh platelet tersebut ke dalam badan, yang berperanan membaiki badan dengan cara mencetuskan sel-sel kulit menghasilkan tisu dan kolagen baru. Ini menyihatkan lagi kulit kerana kulit yang tumbuh semula itu lebih bermaya dan kelihatan lebih berseri, manakala kolagen juga menjadikan kulit lebih halus dan licin.
Bergantung pada pesakit, biasanya 2-3 rawatan disyorkan tetapi ini mungkin berbeza dan doktor akan berbincang dengan anda untuk menentukan bilangan sesi yang sesuai.
HASIL DAN PEMULIHAN
Kulit anda akan menjadi jauh lebih pejal dan licin dalam masa 3 minggu selepas rawatan, dan anda akan nampak hasilnya bertambah baik sepanjang beberapa bulan yang seterusnya. Kesannya bertahan sekitar 18 bulan, maka rawatan tambahan diperlukan untuk memelihara rupa kulit anda. Kulit anda mungkin bengkak dan lebam sedikit sehingga seminggu selepas rawatan, tetapi kesan ini ringan dan sementara. Tempoh pemulihannya, jika ada, singkat sahaja dan risiko berlakunya kesan sampingan sangat kecil kerana rawatan serba asli ini menggunakan unsur-unsur yang dihasilkan oleh badan anda sendiri. Itulah sebabnya rawatan ini lebih berkesan dan lebih selamat berbanding dengan banyak teknik awet muda yang lain. Tips penting sebelum mendapatkan rawatan PRP ialah tidur secekupnya. Jangan terlalu stress. Dan kalau boleh janganlah makan makanan yang heavy sebelum rawatan. Dan lepas menjalani rawatan ini pula anda perlulah minum air kosong banyak banyak. Lagi banyak minum bertaambah glow wajah dan kulit jadinya.

Macam mana? And juga nak dapatkan rawatan PRP ini, atau rawatan rawatan yang dalam senarai di atas? Bolehlah terus ke PREMIER CLINIC di cawangan cawangan seperti di bawah ya.


CAWANGAN TTDI:
31, JALAN WAN KADIR 2, TAMAN TUN DR ISMAIL,
60000 KUALA LUMPUR.
TEL: 012-6625453

CAWANGAN BANGSAR:
40, JALAN TELAWI, BANGSAR BARU,
59100 KUALA LUMPUR.
TEL: 012-6624278

CAWANGAN PUCHONG:
G-15, IOI BOULEVARD, JALAN KENARI 5, 
BANDAR PUCHONG JAYA, 47100 
PUCHONG, SELANGOR.
TEL: 016-7060101


Ok Rasanya Mak Dara dah tulis panjang lebaq mengenai rawatan PRP ni. Pada yang rajin baca baguuslahhhh.. Tapi pada yang malas nak baca panjang panjang, korang klik je video Mak Dara di bawah ni. Semua step dan interview bersama Dr Jaswine ada didalam video ini.

VIDEO REVIEW RAWATAN PRP BERSAMA MAK DARA 

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK