Tuesday, March 27, 2018

LARIAN MASK RUN 2018



Anda minat menyertai acara larian? Haaa ada berita baik untuk anda.. Tidak lama lagi akan berlangsungnya sebuah acara larian amal iaitu MASK RUN iaitu sebuah aktiviti larian yang berkonsepkan larian bertopeng. Bertpoeng?? Yaaa memang Mask Run ni unik daan laain dari acara larian yang lain. Peserta larian ini dikehendaki memakai topeng.. Pakailaha topeng apa sekalipun.. Lagi kreatif topeng yang anda pakai tu maka semakin cerahlah harapan anda untuk memenangi title "Topeng Terbaik" dan bakal membawa pulang hadiah handphone .. Hebat tak??

 Acara larian MASK RUN ini akan berlangsung pada 15hb April 2018. Sepanjang 7 kilometer panjang laluan yang akan dilalui oleh semua peserta . Dan acara akan bermula seawal jam 6 pagi daan melalui jalan Raja Laut menuju ke Bukit Nenas dan kembalii ke Dataran Merdeka melalui kawasan Masjid India.

ROUTE LALUAN MASK RUN

MASK RUN mendapat sokongan dari pihak DBKL. Objektif utama mereka adalah untuk meningkatkan kkesedaran dan memberi motivasi kepada masyarakat menjalani hidup yang lebih sihat.

ANtara aktiviti lain yang menarik terdapat dalam acara Mask Run ini adalah seperti cabutan bertuah dan juga penampilan dan persembahan istimewa dari artis terkenal negara iaitu AIMAN TINO, AZZA ELITE, dan SHASHA SAIDIN . 

Mari Mak kongsikan detail dan syarat penyertaan yang lebih lengkap kepada anda yang minat untuk menyertai MASK RUN ini.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN MASK RUN

  1. Prorgam ini terbuka kepada semua golongan dan peringkat usia.
  2. Penyertaan peserta di bawah umur 12 tahun adalah PERCUMA.
  3. Peserta berumur 17 tahun dan ke bawah dikehendaki untuk mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga seperti yang tertera pada borang pendaftaran online dan offline. Borang kebenaran WAJIB ditandatangani oleh ibu bapa atau penjaga. Penganjur berhak menolak sebarang penyertaan yang tidak mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga.
  4. Sekiranya peserta menarik diri selepas mendaftar, yuran pendaftaran TIDAK akan dikembalikan.
  5. Sebarang kemalangan yang berlaku sebelum, semasa dan selepas larian adalah di bawah tanggungjawab peserta sendiri.
  6. Peserta perlu mendaftar dan membuat bayaran seperti yang dimaklumkan di bawah bagi mengesahkan penyertaan.
  7. Tarikh tutup penyertaan adalah pada tepat jam 12 pagi 6 APRIL 2018. Sebarang rayuan selepas tempoh pendaftaran ini tidak akan dilayan.
  8. Setiap peserta akan mendapat 1 x MEDAL dan T-SHIRT EKSKLUSIF LARIAN MASK RUN 2018
  9. Terdapat juga acara Cabutan Bertuah di mana peserta berpeluang memenangi TV LED 26", barangan elektrik bernilai sehingga RM500 dan wang tunai berjumlah RM600.
  10. Bagi peserta yang membawa mask paling kreatif dan menarik, anda berpeluang memenangi hadiah wang tunai, voucher dari Salon RATU KD dan banyak lagi.
  11. Sebarang keputusan daripada pihak pengadil dan penganjur sepanjang acara adalah muktamat. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.
Kalau kome malas nak baca panjang lebor . Klik jer video di bawah senang.. Biar video je yang jelaskan segalanya hehe. Pada yang minat Aiman Tino tu tunggu diakhir video. Ada ucapan istimewa untuk anda .. Gitew...

Video di Majlis Sidang Media Mask Run 

Pada yang nak joint tu mesti nak tahu berapa yuran penyertaannya kan? Yuran hanya 60 ringgit sahaja. Dan bagi kanak kanak bawah 12 tahun adalah percuma. Setiap peserta akan mendapat medal penyertaan dan T Shirt larian.  Oklah bagi yang nak tahu lebih lebih lebih lanjut lagi boleh ke :

LAMAN RASMI MASK RUN

FB PAGE MASK RUN

Atau boleh hubungi 013 259 2009 / 019 2010602

Jangan lambat untuk mendaftar kerana tarikh tutup pendaftaran adalah pada 6hb April 2018. Jadiiiii jangan tunggu lagi jom daftar sekarang!!!!!!


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK