Sunday, July 15, 2018

Bekukan Lemak Dengan Rawatan CLATUU di Premier Clinic

Selalu menolak undangan ke majlis majlis keluarga , formal atau apa saja majlis. Bukan kerana sombong , bukan kerana takde masa atau terlalu sibuk mengalahkan pak menteri tapi sebenarnya malas nak mendengar suara suara sumbang dan juga soalan cepu emas dari makcik bawang seperti... "wah dah berisi sekarang".. "Eh nampak gemuk sikit ye" .. "Mengandung ke?" waduhhhh boleh buat muka daripada manis terus jadi masam..

Takde sesiapa pun yang mahu berbadan besar. Tanpa mereka tahu kita dah mencuba berpuluh jenis diet. berbelas jenis pil kurus dan pelbagai jenis senaman tapi lemak degil ni tetap tak mahu hilang juga. . Jika anda macam saya.. Apa kata kita cuba bekukan lemak dengan rawatan CLATUU  Teknik ini adalah alternatif selamat berbanding pembedahan bagi membentuk tubuh menerusi suhu sejuk untuk membekukan sel lemak yang degil tanpa menjejaskan tisu lain di sekelilingnya.



APA ITU RAWATAN CLATUU?

CLATUU ialah hasil teknologi pembekuan lemak yang tidak melibatkan pembedahan. Rawatan ini bertindak berdasarkan hakikat bahawa sel-sel lemak lebih rentan terhadap kesejukan. Proses penyejukan dikawal dengan jitu dan disasarkan pada sel-sel lemak untuk memusnahkannya. Sel lemak yang dimusnahkan itu disingkirkan secara semula jadi daripada badan melalui proses-proses metabolisme sepanjang tempoh 6 hingga 12 bulan. Hasilnya ialah mendapan lemak yang mengecut dengan ketara tanpa menjejaskan kulit dan tisu sekelilingnya.


pic credit Google

Dan Mak dara telah memilih PREMIER CLINIC untuk menjalani RAWATAN CLATUU ini kerana PREMIER CLINIC telah di VOTED kan sebagai TOP 3 BEST AESTHETIC CLINIC di Malaysia !!! Kita harus memilih yang terbaik untuk diri kita . Dan ini pulak untuk kecantikkan wajah, harus lah lebih cerewet dan teliti .. Setuju tak?

Image may contain: 9 people, people smiling, people standing and indoor




Sebelum Mak menjalani sebarang rawatan. Mak Dara dibawa bertemu dengan Dr Nigel Ong untuk sesi consultation . 

Dr NIGEL ONG

Image may contain: Adza Irdawati Adenan

Semasa sesi perundingan, doktor akan menentukan sama ada individu itu sesuai atau tidak untuk menjalani rawatan Ultherapy ini dan doktor juga akan membincangkan keraguan atau kebimbangan yang kita rasa. Selepas selesai sesi consultation bersama Dr Nigel dan setelah mengetahui dimana masalah yang harus dirawat dengan RAWATAN CLATUU ni , Mak Dara dibawa untuk mengambil gambar . Ini bagi melihat kesan sebelum dan selepas rawatan. (before after picture) 


Antara perkara yang menarik tentang rawatan CLATUU ni ialah ia adalah rawatan yang tidak perlu menjalani sebarang pembedahan atau sebarang suntikan. Dan yang paling bestnya rawatan ini tidak perlukan masa yang lama untuk baik. Kalau anda buat rawatan ni di sebelaah pagi.. dalam masa beberapa jam selepas itu anda dah boleh jalankan aktiviti anda seperti biasa. No Down Time kata omputih hehe . 

 PROSES RAWATAN CLATUU


Mula-mula,Dr Nigel akan membuat tanda pada bahagian yang bermasalah dengan marker pen  dan setelah itu. Kita diminta untuk baring di katil yang telah disediakan. Setelah itu Dr meletakkan beberapa kepingan lapisan gel khas. Ini untuk melindungi permukaan kulit . Takut kena frost bite pulak nanti kan. Selepas itu mesin CLATUU di letakkan di perut dan ia terus menarik kawasan berlemak yang disasarkan perlahan-lahan ke dalam aplikator 360° . Time ni perut rasa seperti di vacuum hehe.  kawasan yang dipilih itu disejukkan sehingga mencapai suhu yang rendah untuk mengaktifkan proses-proses apoptosis badan yang semula jadi. Masa mula mula lemak disedut tu akan rasa sangat sangat sejuk. Tapi lepas tu dah kebas dah takde rasa apa apa. 

Yang paling menarik mendapatkan rawatan di PREMIER CLINIC ini ialah bukan sahaja para staff dan Doktor doktornya yang sangat sangat peramah dan baik. Tapi bilik yang disediakan tu standart VVIP uols. Maunya tak .. Seorang pesakit akan diberikan satu bilik hanya untuknya kemudian siap ada TV dan boleh makan makan dan minum lagi semasa rawatan. Haaa memang bestttttt terasa macam ala ala Mak Datin sekejap Mak Dara hari tu hehe..



KESELURUHAN PROSES RAWATAN CLATUU IALAH ANTARA 40-60 MIN


nervous sebelum rawatan

Lemak sedang disedut.. Tak sakit langsung uols..

pic credit Google

Paling best sambil menjalani rawatan CLAATUU kita boleh layan movie lagiiii hehe

Boleh makan dan minum.. perghhhhh besttt 

KAWASAN TUBUH YANG SESUAI MENJALANI  RAWATAN CLATUU


● Di bawah pusat
● Rusuk
● Pinggang
● Pangkal paha
● Garis coli
● Belakang
● Pangkal lengan
BILA BOLEH DAPAT LIHAT HASILNYA?


selepas sel lemak membeku proses pemecahan (apoptosis) akan memusnahkan sel lemak terbabit dan tubuh akan menyingkirkannya secara semula jadi menerusi proses metabolisme dalam tempoh antara enam hingga 12 minggu, seterusnya mengurangkan ketebalan lapisan lemak serta memberi kesan pengurangan ketara.



Jadi diharap bersabarrrr yaaa.. Anda nak kumpul lemak pun bertahun manakan boleh nak lihat hasil dalam masa sehari dua betul tak? hehe..


VIDEO REVIEW MAK DARA untuk RAWATAN CLATUU di PREMIER CLINIC

Image may contain: 6 people, including Adza Irdawati Adenan, people smiling, people standing and suit

Jutaan terima kasih kepada Terrence Goh , Veron , pada semua staff terutama Dr NIGEL ONG atas raawatan yang diberikan.. You guys are the best.. 

Macam mana? Korang pun nak buat RAWATAN CLATUU ni? Bolehlah terus ke PREMIER CLINIC di cawangan cawangan seperti di bawah ya.

CAWANGAN TTDI:
31, JALAN WAN KADIR 2, TAMAN TUN DR ISMAIL,
60000 KUALA LUMPUR.
TEL: 012-6625453

CAWANGAN BANGSAR:
40, JALAN TELAWI, BANGSAR BARU,
59100 KUALA LUMPUR.
TEL: 012-6624278
CAWANGAN PUCHONG:
G-15, IOI BOULEVARD, JALAN KENARI 5, 
BANDAR PUCHONG JAYA, 47100 
PUCHONG, SELANGOR.
TEL: 016-7060101

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK