Saturday, July 21, 2018

BALU TIGA

Assalam duhai teman. Hari ni Mak Dara terpanggil untuk berkongsi dengan anda tentang BALU 3 .. Bukan MADU 3 filem allahyarham Tan Sri P Ramlee tu ye.. Ini kisah Mak dara , ibu mak dara iaitu Puan Zaleha dan nenek Mak Dara iaitu Puan Che Su. 

Nenek Mak Dara telah menjadi Balu pada usia lewat 60an  kalau tak silap. Datuk Mak Dara telah meninggal dunia lebih 30 tahun lalu.. Kini nenek berusia 93 tahun. . Manakala Ibu Mak Dara kehilangan arwah abah Mak Dara pada 5 tahun lalu ketika usianya 60an juga. Dan Mak Dara telah kehilangan arwah suami Mak Dara hampir 4 tahun lalu ketika Mak Dara berusia 37 tahun. Tak pernah terfikir mak dara akan bergelar balu pada usia sebegini. Selalu dok imagine nak membesar dan sama sama tua bersama arwah suami. Namun tak mengapa.. Allah lebih sayangkan arwah Datuk, ayah dan suami Mak Dara.
Kini tinggallah kami 3 BALU.. Mak Dara mendapat kekuatan dari mereka berdua ini. mereka telah banyak mengajar Mak Dara untuk redha , bersabar dan tabah hadapi ujian yang Maha hebat ini.

Image may contain: 3 people, people smiling, eyeglasses and closeup

Namun semalam kami mendapat pengkhabaran yang Nenek Mak Dara tak sihat. Jadi kami semua adik beradik terus pergi melawatinya di Bangsar. Nenek tinggal bersama Pakcik dan Makcik  Mak Dara. 

Image may contain: one or more people and people sitting

Sedihnya tengok keadaan nenek macam ni.. Semoga nenek Mak Dara cepat sembuh seperti selalu hendaknya. sayangggggg tok ferever and ever..



THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK