Monday, July 23, 2018

Kisah BALU dan "KASIHAN"

Kisah BALU dan "KASIHAN"



Tiap kali perkataan "BALU" terbit dari mulut .. tidak lari satu lagi perkataan akan menyusul selepas itu. Perkataan apa? "KASIHAN" . Oh perkara ini yang saya nak sangattttt jauhkan dari teman teman balu saya sekalian. Jauhkan diri dari terus dikasihani, dari terus dibelas , dari terus mengundang perkara negatif mahupun fitnah. Saya mahu setiap kali perkataan BALU terpacul dari mana mana bibir dan perkataan yang akan menyusul selepas itu ialah "KUAT" "HEBAT' , "KAGUM dan perkataan yang positif sahaja. 

Tahukah anda teman balu sekalian..Tiada apa kebaikan yang akan kita terima jika kita terus dipandang dengan rasa KASIHAN dipandang seolah telah HILANG ARAH TUJUAN ataupun insan yang telah BERPUTUS ASA!! Anda rasa ada orang yang mahu terus berkawan dengan kita jika kita terus terusan dengan sikap sebegitu? TIDAK!!! Kesemua mereka akan cuba menjauhkan diri dari kita.. Kenapa? Kerana mereka letih untuk terus mendengar keluh kesah kita yang tiada kesudahan, letih untuk memberi nasihat setiap kali bertemu muka , letih untuk memberi bantuan walaupun kita tidak pernah meminta. 

Mengapa orang "KASIHAN" pada kita sedangkan kita tidak pernah minta untuk DIKASIHANI" . Ini mungkin datang dari tingkah laku kita sendiri. Tanpa sedar setiap apa yang kita lakukan, katakan , luahkan memberi petunjuk seperti kita meminta untuk dikasihani . Contohnya luahan di media sosial khasnya. Setiap yang membaca luahan pasti akan merasa bertapa BERDUKA dan SENGSARAnya kita. Ya tak salah untuk luahkan perasaan itu tapi janganlah terlampau kerap. 

Bayangkan jika kita sentiasa bersikap positif. Segala pergerakan , percakapan , dan luahan semua memberikan petanda bahawa kita seorang yang KUAT pasti perbualan seperti ini " Kau tengok balu tu.. Kesian dia" akan berubah kepada "Kau tengok balu tu, KAGUM dengan dia".. 

Jangan tunjuk kan diri terlalu LEMAH.. what kind of example are we showing to our kids? Adakah kita mahu anak kita mengikut kita untuk menjadi insan yang LEMAH , insan yang hanya tahu BERSERAH . Atau kita mahu anak anak kita bangun dan hadapi semua ujian dan cabaran yang mereka hadapi nanti setelah melihat bagaimana kita bangun dan berjuang untuk teruskan hidup? Kita juga pasti tak mahu orang berkata “ tengok anak anak yatim tu.. KASIHAN... atau anda nak tiap kali orang memandang ke arah anak anak anda dan berkata.. “tengok anak Anak yatim tu.. KUAT betul mereka”... Kalau anda tidak mahu orang memandang anda atau anak anda dengan hanya perasaan KASIHAN maka anda harus set a good example for them.. 

Saya pasti jika kita KUAT dan TABAH pasti teman teman yang dahulunya menjauhkan diri dari kita pasti akan mula kembali untuk bersama kita dan tidak mustahil kita akan menjadi ikhtibar untuk mereka ataupun kepada teman balu yang lain untuk meneruskan hidup tanpa yang tercinta.

Memang mudah berbicara dari melakukan. Namun saya pasti kita boleh.. Kita INSAN YANG TERPILIH. bukan semua orang dipilih oleh ALLAH swt. Maka teruskan hidup jangan sesekali MENGALAH. Allah swt tidak pernah kejam pada hambaNya. Pasti ada pelangi yang menanti kita suatu hari nanti In Syaa Allah.. Dengan izin Allah swt.



THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK