Thursday, July 26, 2018

Makcik Kemalangan Di Langgar Lori

Assalammduhai teman . Mak Dara Mendapat berita yang sangat sangat sedih apabila makcik kepada Martias arwah suami Mak Dara Acik Rokiah yang tinggal di Langat telah terlibat dalam kemalangan dan dilanggar oleh sebuah lori semalam .. keadaan Makcik sangat parah .. 

Dengar cerita dari anak anaknya..pakcik dan Makcik membonceng motor di sebelah Pemandu lori terbabit dan sama sama berhenti di sebuah lampu merah. Tapi pemandu lori tu macam tak perasan akan Pakcik dan makcik bersama motor tu terus menghimpit dan melanggar mereka di sebelah kiri. Dan apabila ada penunggang motor lain menjerit pada pemandu bahawa dia dah langgar orang. Pemandu tu panik dan mula reverse lorinya dan telah melanggar kaki Makcik untuk kali kedua... subhanallah..... dugaan maha hebat untuk makcik.. dan sebabkan kecedaraan yang sangat parah maka kaki Makcik terpaksa dipotong dari bahagian peha ke bawah.. 

 now she is in the ICU.. at the same hospital , the same level ICU on the 3rd floor as my father and Martias was when they passed away.. 


Walking through that corridor.. that icu rooms and to see the beds where martias and abah take their last breath is choking me .. 

Hanya sempat melawat Acik sekejapppp saja.. sebab masih ramai saudara dan anak anaknya yang menunggu giliran untuk menziarah makcik.. (di unit ICU hanya dibenarkan 2 org tetamu masuk pada satu satu masa) . Makcik membuka mata dan seakan nak cakapkan sesuatu tapi sebabkan mesin bantuan penafasan di wajahnya maka dia susah untuk berkata kata.. Allahu menitis air mata memang tak dapat ditahan lagi.. melihat keadaan makcik macam tu.. bertambah sedih apabila dapat tahu yang makcik baru sedarkan diri dan masih belum tahu bahawa kakinya telah dipotong.. teringat kata kata salah seorang anaknya berkata.. siapa nak cakap pada mak pasal kaki mak.. Allahu memang besar ujian acik dan seluruh keluarga.. 

semoga Makcik cepat sembuh dan pada semua anak anak dan saudara teruskan berdoa untuk kesihatan dan kesembuhan makcik ya... 😖😖


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK