Waktu manakah yang tepat untuk MOVE ON?
(Khas buat para BALU)
Assalam duhai
teman.. Entah kenapa tiba tiba pagi ni teringat kembali kisah lama Mak Dara..
Ketika Mak Dara sedang berduka atas kehilangan suami semua berbisik dan memberi
semangat untuk Mak Dara move on.. move forward.. fikirkan anak anak.. fikirkan
masa depan.. Yelah tak pernah terfikir bahawa Mak Dara akan menjadi balu dan
seorang ibu tunggal kepada empat org cahayamata di usia 37 tahun.. Bila Mak Dara
mulai perlahan lahan mengikut nasihat mereka untuk move on.. move forward..
tiba tiba ada saudara yg paling terdekat dengan Mak Dara mulai merasa yang Mak
Dara terlalu cepat "MOVE ON" terlalu cepat "meneruskan
kehidupan" . Kisah Mak Dara dijaja keseluruh ahli keluarga yang lain
hinggakan keluarga yg bermastautin di luar negara juga telah mengetahui tentang hal
Mak Dara.. Mak Dara dicemuh dan difitnah bukan hanya di kalangan keluarga namun
turut disinis di dalam blognya.. Mak Dara dikatakan FAKE.. berlakon sedih atas
kehilangan suami dan bermacam lagi. FB dan whatsapp semua telah di BLOCK
beliau.. like seriously?? Yang pergi itu bukanlah kucing atau haiwan
peliharaan.. how to FAKE all this thing when you loose your spouse, your
husband, the father of your child, the man of your life, your imam??
Bertapa
"BERDOSANYA" Mak Dara pada pandangannya kerana telah meneruskan sisa
kehidupan Mak Dara.. Adakah terdapat waktu yang ditetapkan untuk seseorang BALU
untuk MOVE ON..? Tiga tahun setengah terlalu cepat? Mungkin 30 tahun baginya baru
mencukupi?
Cepat atau
lambatnya kita melakukan waima apa sekalipun bukanlah ditangan kita tapi telah
ditentukan oleh Allah swt. Tidakkah dia tahu bahawa tidak ada satupun daun yang
gugur kecuali atas izin-Nya .. Apakah dia mahu melihat aku terus berduka seumur
hidup..
Mereka melihat aku
ketawa.. melihat lihat aku gembira.. Tapi tahukah mereka apa tersirat disebalik
ketawaku.. disebalik kegembiraanku.. Tidakkah mereka tahu sakit yang aku
tanggung Tahukah mereka setiap hari aku merindu.. CInta yang akan ku gengam
sehingga hujung nyawa walaupun aku telah meneruskan kehidupan ku ini..Dan selama lebih
tiga tahun aku tidak pernah meluahkan perasaan yang terpendam ini.. Namun hari
ini aku terpanggil untuk berkongsi dengan anda yang "senasib
denganku" para BALU sekalian.. Jika ini berlaku kepada anda... Jangan
berkecil hati.. jangan tersinggung.. jangan putus asa...
"MEREKA"
tidak berada di tempat kita.. "MEREKA tidak rasa apa yang kita rasa..
Tiada antara kita yang mahu kehilangan suami.. Tiada antara kita yang mahu
hidup sendirian.. Biarkan mereka dengan pendapat mereka.. Biarkan mereka terus
berkata kata.. Doakan semoga mereka tidak menerima nasib seperti kita.. Doakan
mereka kekal bahagia selamanya.. Yang penting adalah diri kita dan anak anak
kita.. Percayalah kita insan terpilih.. Percayalah apa jua yang ditakdirkan
kepada kita adalah satu NIKMAT.. Dan jika kita benar REDHA tunggu sahaja
pelangi yang akan diturunkan khas untuk kita .. KITA INSAN TERPILIH...