Kisah Balu dan Tanggapan Orang Terhadap Balu

Menjadi seorang balu seakan secara automatis terlekatnya sebuah
magnet pandangan orang ramai terhadap kita.. apa saja kita buat , lakukan ,
katakan akan diperhati.. Ada yang memandang dengan perasaan tumpang gembira dan
lega kerana kita telah dapat harungi dugaan ini dan tidak dinafikan ada juga
sebaliknya.. antara contoh pandangan yg kita terima ialah..
1. Bila Balu tunjuk kegembiraan
positif : alhamdullilah dia dah dapat teruskan kehidupan
negatif : seronok sangat tu mesti dah ada pengganti
2. Bila Balu perpenampilan lebih cantik dari biasa
posiif: Alhamdullilah. penampilan baru untuk hidup baru
negatif: pakai lawa lawa nak cari jodoh baru le tu.
3. Bila Balu tak jaga penampilan langsung dan semakin tak
terurus .
positif: Berikan dia masa nanti dia akan ok
negatif: tak redha dengan kehilangan dan dugaan Allah
4. Bila balu tunjukkan kesedihan
Positif: Doakan semoga dia dapat atasi kesedihannya
negatif: ishh tak move on move on lagi ke?
5. Bila balu dah move on dan dah dapat pengganti
positif: Alhamdullilah semoga dia dapat kecapi kebahagiaan kembali.
negatif: dah dapat pengganti? dah lupa arwah suami/isteri ke?
Itu hanya sebahagian contoh.. jadi apa yang perlu kita buat bila
terdapat pandangan pandangan positif atau negatif terhadap kita? Pada saya cuma
dua perkara yang kita boleh lakukan. Pernah dengar ungkapan buang yang keruh
ambil yang jernih? Yesss itu yg kita harus lakukan.
1. BUANG YANG KERUH - Abaikan semua pandangan negatif orang pada
kita.
Abaikan dan terus berprasangka baik kepada yang memandang negatif
kepada kita.. Kita harus faham bahawa mereka tidak alami apa yang kita alami
maka mereka tidak akan faham sefaham fahamnya akan apa yang kita harus hadapi
day by day.
Namun tak adil untuk kita menyalahkan orang atas pandangan
negatif mereka tu.. Semuanya pasti datangnya dari kita sendiri juga. kita juga
harus berhenti memaparkan perkara negatif supaya tidak dianggap serong dan
dipandang negatif oleh orang ramai.. asyikkkk tunjuk sengsara derita 24/7.
Macam mana orang tak tengok kita dengan penuh negativity betul tak? Jadi JANGAN
MENGUNDANG tanggapan negatif orang pada kita..
2. AMBIL YANG JERNIH - ambil semua pandangan positif sebagai
semangat untuk terus perbaiki diri dan kehidupan
Cuba jangan amalkan . “Masuk telinga kiri keluar telinga kanan”
setiap pandangan , nasihat dan kata kata positif yang diberikan kepada kita
harus kita kutip satu persatu tanpa meninggalkan satu hama pun dan jadikan
semangat dan kekuatan kita untuk teruskan hidup tanpa pasangan.
Mereka yang beri kita nasihat adalah mereka yang ambik berat ,
yang sayang pada kita. Uols ingat semua pun suka suka ke luang masa untuk
nasihat itu ini jika diorang tak sayangkan kita? Lepas dan dengar nasihat tu ,
pratikkan la mana yang mampu jangan terus buang segala nasihat dan niat baik
mereka tu.. Baik diorang buat kerja lain yang lebih bermanfaat dari buang masa
mereka jika kita langsung tak dengar nasihat mereka..
Walau apapun pandangan orang terhadap kita , baik atau buruk..
we need to be true to ourselves. Jangan jadi apa yang kita bukan . Dan jangan
tidakkan apa sebenarnya diri kita hanya semata mata untuk puaskan hati mereka
yang lain .
Apa apapun percayalah bahawa kita adalah insan terpilih.
Insyallah ada pelangi menanti kita nanti insyaallah..