Monday, May 27, 2019

Tudung Bawal Termahal Di Dunia Milik Ahli Perniagaan 35 tahun

SYARIKAT hijab mewah tempatan, Bawal Exclusive memperagakan tudung paling mahal yang pernah dihasilkan di dunia bernilai RM50,000 di Kuala Lumpur malam tadi.

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing

Menurut pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri, tudung paling mahal di dunia itu menjadi milik seorang ahli perniagaan dari Kuantan berusia 35 tahun yang menempahnya melalui butik premium, ByQiss by Bawal Exclusive di Pahang.

Katanya, kejayaan penghasilan tudung tersebut sekali gus memadamkan rekod jualan sehelai tudung mereka sebelum ini bernilai RM33,000 oleh seorang wanita dari Kelantan pada tahun lalu.

Image may contain: one or more people and people standing

“Tudung mewah ini dihasilkan sepenuhnya menggunakan kain jenis Voile, yang diimport dari Jepun dan bertatahkan lebih 10 warna batu kristal Swarovski.

“Ia dibuat sepenuhnya di Austria dengan ilham padang pasir berbunga, sesuai dengan personaliti pemiliknya,” katanya pada majlis penyampaian tudung termahal tersebut di Hotel St. Regis di sini.

Image may contain: 5 people, including Jaja Ishak, people sitting

Walaupun terkenal dengan tudung mewah, Bawal Exclusive turut menawarkan pelbagai pilihan rekaan dan warna tudung bermula dengan Bawal Tabur serendah RM57 sehelai.

Image may contain: one or more people and people standing

Mengimbau perjalanan perniagaannya, Haliza berkata, tiada siapa yang menjangka perniagaan yang beliau mulakan bersama suami, Mohd Rosli Awang pada tahun 1998 kini mampu menjadi jenama tudung yang semakin terkenal.

Image may contain: 3 people, including Jaja Ishak, people smiling, people standing

"Bermula di gerai kecil di Jalan Tunku Abdul Rahman, Bawal Exclusive kini bukan sahaja memiliki bangunan sendiri, bahkan turut mempunyai 10 butik premium dan 35 ejen jualan di seluruh Malaysia,” katanya.

Sementara itu, pemilik butik ByQiss by Bawal Exclusive, Datin Hamizan Putih berkata, walaupun ada pihak yang mempersoalkan kewajaran membeli tudung bernilai ribuan ringgit, namun tidak salah untuk para wanita dihadiahkan atau menghadiahkan diri sendiri dengan tudung eksklusif tersebut.

Image may contain: 1 person, standingt

"Sebagai wanita yang istiqamah dalam menjaga aurat, tidak salah rasanya untuk memakai tudung eksklusif ini kerana ia akan turut memberi motivasi kepada wanita untuk bekerja lebih keras terutamanya dalam kalangan wanita pantai timur yang terkenal dengan semangat keusahawanan mereka," katanya.


Image may contain: 2 people, including Jaja Ishak, people smiling, people sitting


Temubual bersama Jaja Ishak Consultan BAWAL EKSEKUTIF

Image may contain: Jaja Ishak and Adza Irdawati Adenan, people smiling, people standing

Menurut kenyataan Jaja Ishak yang merupakan Consultan kepada jenama ini di FB nya " Sesungguhnya tidaklah menjadi suatu kesalahan apabila pembeli tersebut benar-benar melebihi kemampuan untuk memiliki apa yang disukainya
Katanya lagi . Tidak perlu kita untuk mempertikai ibadah seseorang itu, contohnya dari amalan bersedekah, amal ibadah dan sebagainya, kerana kita tidak akan pernah tahu kebaikannya yang disembunyikan malah boleh jadi amalan mereka jauh lebih baik daripada kita yang suka mengata.
Bersyukur apabila, amanah ini dapat dijalankan sebaik mungkin serta diharapkan telah memuaskan hati pelanggan.

Sebenarnya saya sendiri amat bersetuju dengan kenyataan Jaja Ishak itu, Jika mereka mampu membeli kenapa harus dipertikaikan. Lagipun barang yang dibeli tu digunakan untuk menutup aurat. Aurat adalah salah satu yang harus dan WAJIB dijaga oleh setiiap kaum wanita beragama Islam. Jadi aurat sangat berharga PRICELESS.. Maka sesuailah juga ia ditutup oleh tudung yang sangat tinggi nilainya juga . Betul tak?

Image may contain: 2 people, including Adza Irdawati Adenan, people smiling, people sitting


Walau apa pun , saya tetap berasaa bangga kerana menjadi salah seorang yyang dapat melihat dan menyentuh TUDUNG BAWAL TERMAHAL DIDUNIA ni pada majlis petang tadi. Fuhhh entah bila lagi dapat peluang macam tu kannnnnn..

Saya doakan semoga mereka terus maju jaya daan supaya dapat mengembangkan perniagaan di luar negara sekaligus dapat menaikkan dan mengharumkan nama Malaysia di mata dunia insyaallah.



Monday, February 11, 2019

Nestlé Sokong Kecelikan Braille Sumbang RM45,000 kepada Masyarakat Cacat Penglihatan


Nestlé Sokong Kecelikan Braille
Sumbang RM45,000 kepada Masyarakat Cacat Penglihatan

PETALING JAYA, 4 Februari 2019 – Selaras dengan matlamat Nestlé Malaysia untuk meningkatkan kualiti hidup dan menyumbang ke arah masa depan yang lebih sihat, syarikat baru-baru ini menyumbang bahan bacaan Braille bernilai RM45,000 kepada Yayasan Orang Buta Malaysia (YOBM). Bahan bacaan yang bersamaan 1,000 buku itu akan membantu 500 kanak-kanak buta dan cacat penglihatan.

Image may contain: 17 people, including Chom-b Shazma, people smiling, people standing and indoor

Pn. Nirmalah Thurai, Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat, Nestlé Malaysia berkata, “Kami amat komited untuk membawa perubahan bermakna dalam kehidupan mereka yang memerlukan. Sebagai sebuah syarikat yang menyokong keterangkuman dan kepelbagaian budaya, kami percaya bahawa setiap insan sewajarnya diberi peluang yang sama untuk membaca dan menulis, termasuk golongan buta. Kecelikan braille adalah satu komponen penting dalam pendidikan kerana kemahiran ini membuka pintu dan menambah peluang untuk orang buta dan cacat penglihatan. Kami berharap sumbangan ini dapat membantu menambah baik kadar celik huruf dalam kalangan orang buta dan cacat penglihatan di Malaysia.”

Image may contain: 8 people, including As Legacy Atie Lieza, people smiling, people standing

Menurut En. Silatul Rahim Dahman, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama YOBM, “Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Nestlé Malaysia kerana bermurah hati memberi sumbangan ini dan sekian lama menjadi penyokong kuat masyarakat buta. Sumbangan ini pasti akan memberi banyak manfaat kepada masyarakat kami, terutama sekali kanak-kanak. Di YOBM, kami percaya bahawa pendidikan boleh memutuskan kitaran diskriminasi dan kemiskinan, dan buku-buku ini pasti akan memberi peluang kesaksamaan kepada masyarakat kami.”


Image may contain: 7 people, people smiling, people standing

Mengenai Nestlé Malaysia
Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Beribu pejabat di Switzerland, Nestlé beroperasi di 189 buah negara di seluruh dunia, dan seramai 328,000 orang kakitangan kami komited terhadap matlamat Nestlé, iaitu untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan serta memainkan peranan untuk membina masa depan yang lebih sihat. Prestasi kami dipacu oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami.  Menjana khasiat rakyat Malaysia sejak 1912, Nestlé telah meraih kepercayaan para pengguna kami menerusi jenama dan produk kami yang bermutu tinggi. Kami juga komited untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan masyarakat di mana kami beroperasi, sambil mengekalkan kecemerlangan dan ketelusan produk Halal kami. Ini sejajar dengan janji kami untuk menawarkan GOOD FOOD, GOOD LIFE kepada semua. Untuk ketahui lebih lanjut tentang usaha kami menjana khasiat rakyat Malaysia melebihi seabad, sila layari www.nestle.com.my atau kunjungi laman Facebook kami di http://www.facebook.com/NestleMalaysia


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK