Showing posts with label AL BAGHDADI. Show all posts
Showing posts with label AL BAGHDADI. Show all posts

Saturday, July 27, 2013

Tamat Kursus Asas Teknik Al Baghdadi

Syukur alhamdullilah setelah Mak Dara serta adik adik Mak Dara iaitu Adza Tuty dan Adza Rina beserta anak Mak Dara iaitu Adza Haiqal belajar selama 12 minggu di pusat pengajian Al Baghdadi akhirnya pagi tadi kami telah tamat kursus asas teknik Al Baghdadi. Al hamdullilah.. Syukur.. Kami siap diberikan sijil lagi oleh pusat Al Baghdadi tu..

 
Mak Dara,Adza Rina dan Adza Tuty bersama  Ustaz Azuan

Adza Haiqal bersama Ustaz Azuan
   
Semasa di kelas Ustaz Azuan
 
Kelas tamat

Syukur alhamdullilah akhirnya kami dah belajar teknik asas di dalam pengajaran dan pembelajaran Al Quran.. Selepas ini kami akan sambung ke kelas yang seterusnya dan mungkin akan mengambil masa beberapa bulan lagi.. Namun masih jauh lagi perjalanan kami di pusat pengajian Al Baghdadi ini.. Kalau boleh nak belajar sampai habis dan boleh memahami pembacaan Al Quran dengan lebih bagus daripada sebelum ini insyaa allah.. Doakan semoga semuanya dipermudahkan buat kami ya .. Amin..

Jutaan terima kasih kepada Ustaz Azuan kerana telah mengajar kami selama 12 minggu ini. Sayangnya untuk kelas yang selajutnya Ustaz tak mengajar kami lagi.. Oleh itu mohon halalkan segala pelajaran yang telah diajarka kepada kami dan mohon dan maaf sekiranya terdapat salah sila kami selama 12 minggu ini.. Dan yang paling pentinggg.. Selamat Pengantin Baru buat Ustaz yang akan naik pelamin tak lama lagi ye..

Bagi yang berminat untuk memasuki kelas pengajian Al Baghdadi ini bolh hubungi di fanpage fanbook mereka di @ https://www.facebook.com/idamanalbaghdadi.iabwangsamaju
 

Monday, April 22, 2013

Pusat Pengajian AL BAGHDADI

As salam duhai teman... Hari ni Mak Dara nak ceritakan tentang AL BAGHDADI. Pernah dengar tentang Al Baghdadi? Pasti ada yang pernah dan ada juga yang tak pernah dengar langsung kan. Ok Al Baghdadi sebenarnya adalah sebuah pusat pengajian Al Quran.

Haaa Mak masih teringat lagi time mengaji dulu dulu tu masih je sekolah rendah lepas tu belajar dengan jiran sebelah rumah.. Dah tu pulak belajar dengan hampir berbelas belas lagi budak budak kat kampung tu.. Bila makcik tu baca semua main pakai ikut je.. Ada yang betul ada yang hanya main buka mulut walau suara langsung tak keluar haha.. Kalau tak datang mengaji dan terlepas beberapa surah tapi bila datang terus je sambung mengaji seperti yang lain lain. Tup tup sedar sedar dah habis khatam walaupun anda tak mendalami atau tak faham apa yang dibaca? Perkara ini terjadi pada anda? Perkara ni terjadi pada Mak dara sebenarnya. Maka walaupun dah kertu dan masuk usia senja nan merah namun Mak Dara rasa masih belum terlambat untuk ulang mengaji balik.. Mak terpanggil untuk masuk Pusat Pengajian Al Baghdadi yang bertempat di kawasan rumah Mak Dara di Wangsa Maju ni. Dan mak join bersama anak mak dara Adza Haiqal dan adik adik Mak Dara iaitu Adza Tuty dan Adza Rina untuk turut sertai kursus intensif Al Baghdadi selama tiga bulan sahaja. Tak lama kannnn...

  
Mak dara dan adik Mak Adza Tuty

Ustaz belum datang lagi hehe

Mak bersama Adza Tuty dan Adza Rina

Anak mak Adza Haiqal sedang kusyuk hehe

Dah selesai belajar masa untuk break kejap

pantry di Pusat Al Baghdadi memang selesa

Semoga dengan mengikuti kursus intensif selama tiga bulan ini berjalan dengan lancar In Sya Allah.. So moral of the story di sini ialah.. Walau dah kertu.. walau dah beranak pinak.. walau dah bercucu cicit... Jangan malu untuk menuntut ilmu.. :)


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK