Showing posts with label AMIR TERSINGKIR. Show all posts
Showing posts with label AMIR TERSINGKIR. Show all posts

Saturday, May 14, 2011

Amir Oh Amir

Semalam Mak dara nak update citer ni tapi sebabkan blogspot "sakit" semalam maka cerita tu dibawa ke harini.. Citer apa? Citer Amir Maharajalawak tu lah..




Memang dari mula lagi ramai yang tak suka dengan kehadiran Amir dalam pertandingan Maharajalawak tu.. Rata rata di status FB ramai yang mentertawakan dia.. bukan pada lawak jenaka yang dipersembahkannya.. Kesian pulak Mak Dara baca.. Pada mulanya Mak Dara tak setuju lah dengan diorang ni.. Dah rezeki dia terpilih masuk Maharajalawak biarkan la dia.. Tapi dari saban hari ke saban hari Mak Dara mula faham apa maksud rakan rakan Mak Dara itu..

Namun semalam kemuncak dimana nama Amir disebut sebut di kebanyakkan status FB rakan Mak Dara... Kenapa? Semua gara gara dia tidak menghormati pengkritik tetap si Ahmad Idham tu..Tengah elok elok orang tu memberi komen, boleh dia mencelah dan suruh Abang Mamat Khalid aje yang komen untuk dia.. Mak ai... Kesian Ahmad Idham nampak seperti terkedu apabila diperlakukan begitu.



Namun.. Abang Ahmad Idham cool dan senyum aje.. Haa itulah namanya profesional.. Takpelah semoga ini menjadi satu pengajaran untuk AMir pada satu masa nanti.. Hormat menghormati kan amalan mulia.. Mak Dara doakan semoga Amir berjaya di luar sana .. Sekarang meh kita jangan buang masa dan jom undi NABIL dan JOZAN!!!! =)

Saturday, April 23, 2011

MIZA , AIDA , AMIR TERSINGKIR, FINA & HAZAMA MASUKI AF9



MIZA TERSINGKIR DARI AF9!! Mak Dara tak terkejut dengan penyikiran Miza ni.. Majoriti yang tidak mengundi Mira maybe sebab Mira ini agak lantang bila berbicara sejak kebelakangan ni.. Terutama ketika satu episod tirai akademi dimana Miza bercakap tentang 4 calon peserta yang diwar warkan bakal dimasukkan dalam OPERASI GUGUR minggu ni.. Memang kurang enak didengar..Apa apapun all the best dik!

Ingatkan dia sorang aje yang tersingkir tiba tiba Pak Nil umumkan Aida dan Amir turut tersingkir.. Nah kauuuu.. 3 sekali tersingkir... Kesian juga pada diaorang tapi nak buat macam mana kan dah takde rezeki...

namun tahniah Mak Dara ucapkan pada Fina dan Hazama kerana berjaya diserapkan ke dalam AKADEMI FANTASIA 9.. buat yang terbaik guys.. Buktikan bahawa korang memang layak untuk berada di AF9 tu

Apa apapun Mak Dara vote for FINA!!! =)