Showing posts with label BEN ASHAARI. Show all posts
Showing posts with label BEN ASHAARI. Show all posts

Saturday, November 30, 2013

Selamat Hari Lahir Adik Ben Ashaari

As Salam.. Mak Dara ingin mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR kepada blogger hebat Adik Ben Ashaari.. hari ni umur beliau telah menjangkau 37 tahun.. Walaupun mak dara muda setahun dari beliau tapi mengikut pangkat mak yang dah beranak 4 ni maka mak selesa membahasakan diri mak sebagai akak hehe..



Mak Dara akui blog Mak Dara banyak mendapat bantuan dari blog Adik Ben.. Segmen segmennya merupakan satu batu lonjatan untuk blog picisan mak ni mengenali dan berkenalan dengan ramaiiiii blogger... Ben tidak pernah lokek ilmu dan juga tidak jemu membantu blogger blogger baru seperti Mak ni.. 

to Ben Ashaari.. I wanna thank you from the bottom of my heart.. U dont know how ur segment can touch people's heart.. really appreciate it .. Dan jutaan terima kasih atas sokongan Ben terhadap kerjaya akak sebagai penulis skrip. Dan terima kasih juga kerana membenarkan akak menggunakan nama Ben dan Qhalif dalam drama PUTERI SALAMIA tak lama dulu.. Dan lupa pulak akak nak beritahu yang akak gunakan nama Iman pulak dalam filem BUKIT BESI tu.. Harap harap Finas luluskanlah skrip filem ni . Kalau tak lulus tak dapatlah filem ni ditayangkan di pawagam nanti huhu... 


Happy Birthday Ben.. Teruskan memberi inspirasi kepada semua blogger ya...




Monday, April 18, 2011

Terujaa Bila Ben Ashaari Pilih Entry Mak Dara

Terujaa Mak Dara bila Ben Ashaari Pilih Entry Mak Dara.. Maunya tak terujaaaa... Dah lebih berbelas kali Mak Dara join segmen Ben Ashaari dan hari ni entry Mak Dara yang join segmen Jom Bikin Filem : The Bloggers antara yang terpilih oleh BA!!



Tengkiuuuu Ben.. Ini menambahkan lagi semangat Mak Dara untuk menjoinkan diri dalam segmen segmen you lagi dan lagi dan lagi hehehe.

klik sini kalau nak baca entry Mak Dara tu yer hehe http://bicaramakdara.blogspot.com/2011/04/ben-ashaari-bikin-filem-bloggers.html

Friday, April 15, 2011

BEN ASHAARI AJAK JADI BUDAK BUDAK SAT !


Assalammualaikum sumer.. Ni BA buat segmen terbaru khas untuk hari ni iaitu segmen BEN ASHAARI AJAK JADI BUDAK BUDAK SAT ! Jap nak pikir.. Sesuweii ke Mak Dara nak berangan nak jadi budak.. Jadi Mak budak sesuai le kan.. hahaha.. Tak kiraaa nak join jugak...

APAKAH KAREKTOR KARTUN YANG PALING KORANG MINAT DAN KENAPA

Karektor kartun yang palingggggggggg Mak Dara minat dari duluuu sampailah dah beranak empat ni tak lain tak bukan ialah.. jeng jeng jeng..

Jem and the Holograms

Yaaaaaa... Jem and the Holograms... itulah karektor kartun yang amat diminati oleh Mak Dara dan semua adik beradik Mak Dara. Kalau nak tau.. Dari kartun Jem and the Holograms ni lah Mak Dara dan 3 orang lagi adik beradik perempuan Mak Dara menubuhkan kumpulan kami D'ADZA SISTERS sejak umo kami dari 10 tahun lagi =)


Lagu tema Jem And The Holograms

Dasyatkan penangan kartun ni.. Kakak Mak Dara nak jadi macam penyanyinyer.. Dua orang adik Mak Dara lagi nak jadi pemain drum dan guitarist dan Mak Dara nak jadi keyboardistnya.. Dan kami pun mula buat persembahan di sekolah . Kan setiap hujung tahun ada hari penyampaian hadiah maka kompom D'ADZA SISTER perform punyer..
D'ADZA
dari kiri, Adza Rina, Adza tuty, Adza Yanie & Adza Irda


Tak sangka pulak angan angan kami dari kecik terus jadi kerjaya bila dah tua tua macam ni. Kakak dan adik adik Mak Dara masih menyanyi dalam D"ADZA BAND dan sekarang perform kat Concord Shah ALam. Kecuali Mak Dara dah lama bersara sejak aktif membesarkan keluarga ni kan hehehe..

D'ADZA BAND

Kalau uols free free dan suka tgk band boleh le concord Hotel Shah Alam dan tengok adik beradik Mak Dara perform setiap hari kecuali hari Ahad.. Ahad diorang cuti =)

APAKAH KARTUN PALING KORANG TAK MINAT LANGSUNG NAK TENGOK

Kartun yang paling kurang Mak Dara minati ialah.. Pokemon.

Pokemon

Ok.. Ok.. kompom ramai yang suka kartun ni kan.. Tapi memang tak menarik minat Mak Dara . Bagi Mak Dara macam terlalu boyish sangat kartun ni hehe

SUPERHERO ,AKU NAK JADI


Superhero yang Mak Dara nak jadi ialah SUPER MOM.. Nak jadi Ibu yang terbaik kepada anak anak Mak Dara hehehe

Jomlah ramai ramai jadi budak budak hehe.. klik di sini untuk join segmen BA ni yer..
http://www.benashaari.com/2011/04/segmen-ben-ashaari-ajak-jadi-budak-sat.html


Monday, March 28, 2011

Bila Blogger Otai Join Geng Makan Meggi.. Meriahhhh Jadinya!!

Terkejut aje Mak Dara tadi bila anak teruna Mak Dara cakap yang sorang Otai Blogger ni follow blognya "MEGGIBOY".. wahhh biaq betui? Mak Dara pun apa lagi.. Cer Citer.. Cer Citer.. Cer Citer.. Dia pon ceritalah sambil sambil dia bersiap siap nak kesekolah kejap lagi..

Kisahnya dia follow segmen yang dianjurkan oleh Otai Blogger ni.. Tak lama lepas tu Blogger Otai tu follow blog dia.. Perghhh memang bagussslah .. Memang dah sifat semula jadi blogger otai ni memang suka membantu blogger blogger yang baru.. Nak Tahu siapa Blogger Otai tu.. nuuu tengoh di bawah..


Anak Mak Dara pun apa lagi... lajuuuuuuuu aje terus tulis entry ler.. hahaha


Errr Mak Dara tak sure dengan gelaran Uncle tu.. Entah si BA suka ke tak dipanggil Uncle hehehe.. Tapi apa apapun Mak Dara nak ucapkan terima kasih kepada En Ben Ashaari kerana menjadi pemangkin dan pembakar semanagt untuk anak Mak Dara dan Mak Dara sendiri untuk terus berblogging.. Terima kasih =)

Jom ler gegarrr blog si MEGGIBOY beramai ramai yer klik kek sini http://adzahaiqal.blogspot.com/ atau pic dibawah.. tengkiuuuu hehe


Wednesday, March 2, 2011

AKU MMG GILA TRAFIK ! SO WHAT ??



Errrr ni bukan Mak Dara Marah atau mengamuk. Ini sebab Mak dara nak masuk segmen si Ben Ashaari hehe. Dah banyak kali join segmen dia. dan ternyata memang best.. Bukan nak puji ek tapi benda baik mmg elok dipuji=)

ok Ben minta memberikan sebuah kisah tentang kematian. Actually memang dalam drama drama yang saya tulis banyak yang mengisahkan tentang kematian yang menyayat hati tapi itu semua hanya dalam skrip. Tapi satu kematian yang amat memilukan saya adalah kematian kenalan Ibu saya di Rawang 5 tahun lepas.

Arwah Ani ni seorang warga Indon dan dah mendapat PR Malaysia. Dia ni meniaga sayur di pasar Bandar Country Homes di mana kami tinggal dulu. Oleh kerana ibu Mak Dara ni selalu kesana dan dia jugak terlebih peramah macam mak dara maka hampir semua peniaga dia kenal tetapi dia paling rapat dengan Ani dan suaminya Hamid. Sejak dari situ lama kelamaan Ani dan keluarga dia jadi anak angkat pada Ibu mak dara. maka hampir hari hari Ani akan datang kerumah. Walaupun baru kenal tapi dia memang sayang pada anak sulung Mak dara iaitu Adza Haiqal. Hampir tiap tiap hari lepas meniaga dia datang bawak cekodok untuk anak Mak Dara ni sebab dia tau anak mak dara sorang ni memang gila makan cekodok.

Satu hari Mak Dara dengar Ani kena balik ke Indonesia sebab keluarganya sakit. Lamaaa betul dia balik kesana. tak ada khabar berita langsung.. Ibu Mak Dara pun sunyi sebab setiap kali ke pasar tempat meniaga Ani dan suaminya kosong aje. Bila ditanya semua kata yang Ani akan balik ke Malaysia minggu depan.

Seminggu berlalu tapi kami masih jugak tak nampak batang hidung si ANi dan suaminya. Suatu petang yang sunyi. Alangkah terkejutnya kami bila jiran sebelah rumah Ani datang dan menyatakan bahawa Ani baru sahaja meninggal sebentar tadi kerana kemalangan. lebih mengejutkan kami bila kami difahamkan mereka dilanggar dipersimpangan jalan dan bekas makanan berisi cekodok berlimpangan di atas jalan.... Masyaallah terdetik di hati Mak Dara bahawa pastinya mereka dalam perjalanan ke rumah Mak Dara untuk menghantar cekodok kegemaran anak mak dara tu.. Masyaallah..... Air mata berjujuran jatuh di pipi Mak Dara dan Ibu. Kami terus bergegas ke rumahnya . Bertambah sedih bila melihat 2 mayat terkubur kaku di ruang tamu. Kami dinasihatkan supaya tidak membuka kain menutup wajah mayat kerana kecederaan mereka amat teruk. Mereka terus dikebumikan di tanah perkuburan Rawang..

Itu antara peristiwa yang takkan dapat mak dara lupakan. Marilah sama sama sedekahkan Al Fatihah kepada arwah ANi dan suaminya.. AL FATIHAH...

kepada yang nak join segmen En BEn ni sila klik di SINI atau di pic En Ben di atas .

Monday, February 21, 2011

Ben Ashaari dan Follower ke 10 000 nya!!



Tahniah kepada blogger hebat Ben Ashaari kerana telah mempunyai follower yang ke 10 000.. Satu angka yang hebat. Bukan calang calang orang boleh mendapat follower macam tu. Mak Dara nak sampai ke angka 300 pun belum lagi ni hehe.. Tapi Mak Dara pasti untuk mendapat follower seramai tu bukanlah sesuatu kerja yang mudah. Tahniah Mak Dara ucapkan.

Dan follower bertuah itu adalah ❤MidFashionShop❤ http://www.midfashionshop.co.cc/


Semoga Ben Ashaari terus berjaya!

Wednesday, February 16, 2011

Segmen : Saya punyai 100 hingga 500 FOLLOWERS



Mak Dara kagum dengan Ben Ashaari ni . Memang kreatif sungguh. Banyak segmen anjuran beliau yang dah Mak Dara dah join. Hari ni Mak Dara Nak join pulak segmen terbaru beliau
SAYA PUNYAI 100 - 500 FOLLOWERS..

Kalau ada yang nak join segmen ni cepat le klick di sini.. SAYA PUNYAI 100 - 500 FOLLOWERS.. Jom le memeriahkan majlis =)

Sekian

Monday, January 24, 2011

BILA MAK DARA SAMBUT BIRTHDAY



Yeayyy hari ni 24hb Januari 2011 maka bertambahlah umur Mak Dara menjadi 34Align Center tahun.. huish dah tuo rasonyo eh.. Namun aku bersyukur dengan segala yang dikurniakan oleh tuhan kepadaku..Ibu Bapa yang amat kucintai, Seorang suami yang penyayang.. 4 orang cahayamata yang sempurna buatku dan kesemua 5 orang adik beradikku yang sekepala gila seperti ku.. syukur..

Semalam Mak Dara dikejutkan dengan Surprise Birthday Party di rumah parents Mak Dara. Siap ada BBQ lagi.. pergh meriah sungguh! Seronok betul meraikan hari jadi dengan family ni. Yelah 2 tahun berturut turut Mak dara celebrate birthday di luaq negeri hehe.. hadiah dari husband Mak dara.

Semalam riuh rendah le umah rumah Pak Nan dan Mak Leha.

Me & my sista Tuty tgh ber bbq
err kalau kami meniaga bbq rasanya laku tak hehe =)



sekitar majlis harijadi Mak Dara

Bermacam macam hadiah yang Mak Dara terima. Dari patung giant monkey, mug, design t-shirt, set kecantikan muka, perfume, set dapur bbq dan macam macam lagi.

Bertambah teruja Mak dara bila mendapat birthday wish hampir 280++ and still counting di wall facebook Mak Dara.. tq all nnt malam Mak Dara balas semua bday wish tu yer.. Yang membuat Mak Dara teruja bila mendapat birthday wish dari Blogger terhebat BEN ASHAARI tks Ben.. really appreciate it =)

Tapi hadiah terulung yang amat Mak Dara terharu adalah dari suami Mak Dara iaitu MARTIAS ALI . Cik Abang Mak Dara menghadiahkan tiket ke India!!! Dan kami akan berlepas ke Cochin India pada 26hb nnt. Tks sayang... luvss you so much!! Masih teringat pada birthday Mak Dara ke 32, cik abang Mak Dara menghadiahkan tiket pelancongan ke Hadyai dan pada birthday Mak Dara ke 33 tiket melancong ke Bangkok. Tak sangka tahun ni dapat ke India pulak.. syukur alhamdullilah.. sayang abang...

Bukan tu saja. Mak Dara juga teruja bila menerima ucapan selamat Hari jadi yang dihantar oleh cik Abang Mak dara in private kepada our friend DJ Radio Era si Reza.. dan Reza telah menyampaikan ucapan suami Selamat Hari Jadi kepada Mak Dara dan keudara secara langsung di Radio Era semalam. Tks Reza!!!! nanti kak ida belanja reza k hehe..

so pendek cerita memang seronok menyambut harijadi ku yang ke 34 ni. Panjang tak boleh cakap sebab panjang cerita kang hehe..


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK