Showing posts with label Bicara Mak Dara. Show all posts
Showing posts with label Bicara Mak Dara. Show all posts

Friday, July 20, 2018

Salahkah cara aku mendidik anak - entry khas buat Ibu / bapa tunggal

Salahkah cara aku mendidik anak?


Pernah tak soalan seperti ini bermain di minda dan fikiran anda terutamanya kepada para ibu tunggal , bapa tunggal di luar sana. 

Kenapa Mak Dara nak tekankan entry ni kepada ibu atau bapa tunggal sahaja. Ini kerana apabila menanggung tanggungjawab sebagai ibu/bapa tunggal adalah satu tugas yang amat berat dan amat besar. Kita lah ibu kita lah ayah kepada anak anak kita. Dua tugas yang harus ditanggung oleh seorang insan yang telah banyak diduga dan yang telah diuji dengan pelbagai ujian. Nak meneruskan hidup untuk diri sendiri pun sukar bayangkan terpaksa menjaga dan mendidik anak anak seorang diri pula.. Fuhhhh bukan mudah ok.

Mak Dara selalu mendengar luahan dari teman teman ibu tunggal dan balu meluahkan bertapa mereka risau tentang cara didikan mereka terhadap anak anak mereka. Ini kerana mereka tidak mendapat bantuan dari pasangan. Ada yang terlalu memanjakan anak kerana meraka kasihan pada si anak kerana telah kehilangan ibu/ayah maka mereka akan memenuhi segala atau apa sahaja permintaan anak anak. Ada juga yang mendidik anak anak dengan terlalu tegas. Ini kerana mereka mahu anak mereka menjadi orang yang kuat seperti mereka. 

Ya Mak Dara dapat relate pada kisah kisah mereka. Ini kerana Mak Dara juga sering juga bertanya hal yang sama dalam cara Mak Dara mendidik anak anak mak dara yang yatim kini. Kadang kadang menangis sorang sorang kerana merasa Mak Dara telah gagal mendidik anak anak Mak Dara sebaik yang Mak mahu atau harapkan. Terkadang terfikir kenapalah Allah jemput suami Mak dan bukan mak, mungkin anak anak akan lebih baik dan berjaya jika mereka hidup bersama ayah mereka. SUbhanallah memang kalau tengah stress dan kusut syaitan memang suka menanamkan perkara perkara negatif seperti ini dalam minda kita.

Tapi bila Mak Dara fikirkan balik. TIADA seorang ibu atau ayah pun yang mahu melihat anaknya gagal dalam hidup. TIADA seorang ibu atau ayahnya yang mahu mendidik anak anak dengan cara yang salah. Walaupun cara didikan kita tidak complete kerana kita tanpa pasangan namun Mak Dara percaya kita semua pasti akan mendidik anak anak kita untuk menjadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat. Betul tak? 

Jadi jangan terlalu membuatkan diri anda stress dengan menganggap anda ibu atau bapa yang gagal dalam mendidik anak anak. Anda telah lakukan yang terbaik .Allah swt telah memilih anda untuk memikul tanggungjawab yang berat ini, Allah telah memilih anda untuk mendidik anak anak istimewa ini. Jika anda telah dipilih oleh Allah swt maka ketahuilah bahawa segala apa yang telah ditakdirkan oleh Allah adalah untuk kebaikkan. Maka teruslah mendidik anak anak sebaik mungkin dan sedaya upaya anda. Maka mak mahu anda semua .. ibu atau bapa tunggal di luar sana untuk tepuk bahu anda masing masing kerana anda telah melakukan tugas yang AMAT BAGUS dalam mendidik anak anak sendirian. You guys has done a very GOOD JOB!!!! Ins Syaa Allah.. Dengan izin Allah swt.



Wednesday, January 17, 2018

Bagaimana lahirnya watak MAK DARA dalam Blog bicaramakdara.com


As salam duhai teman.. Syukur alhamdullilah ke hadratNya.. Hari ini 17hb Januari 2018 maka genaplah 7 tahun Mak Dara masuk ke dunai BLOG ini. Maka dengan ulang tahun kelahiran Blog Mak Dara ni maka Mak Dara nak habaq mai kat hangpa semua Bagaimana lahirnya watak MAK DARA dalam Blog bicaramakdara.com



Segala ucapan terima kasih yang teramat sangat harus diucapkan buat arwah suami Mak Dara . Kerana dialah maka wujudnya blog ini, Dan kerana dialah juga wujudnya KARAKTER MAK DARA ni.. Dulu mak tak faham apa maksudnya. Untuk memberi satu karektor atau nafas baru untuk sebuah watak bagi menarik minat orang untuk membaca.. Macam tak masuk akal pun ada bila arwah cakap "build one character" yang totally different from my own personality. Tapi Mak layankan aje lah.. Tapi masa tu mak amat blur, karakter macam mana yang mak nak cipta. Jujurnya Mak adalah seorang yang sangat pemalu. Terus terang mak katakan bahawa mak memang tidak suka berkawan atau bersosial dengan sesiapapun melainkan keluarga Mak Dara. And I guess watak mak dara tu memang agak bosan. Dan pastinya tiada apa yang dapat menarik perhatian sesiapa pun. Maka mak mula mencari karektor yang benar benar bertentangan dengan Mak Dara. Mak cipta sebuah karakter yang lantang bersuara, gila gila senang cerita seorang wanita "MEROYAN".. Dan apabila tiba pada nama untuk karakter ni Mak Dara jadi blur kerana memang tak tahu nak letak nama apa. Takkan nak letak nama mak dara sendiri kerana watak ini bukan watak sebenar mak dara. Maka mak dara teringat akan sebuah karakter yang amat mak dara kagumi iaitu watak Mak Dara dalam filem P. Ramlee ibu mertua ku.. Maka lahirlah "MAK DARA ... BLOGGER MEROYAN.

Sumber Inspirasi Karakter MAK DARA





Image may contain: 1 person

No automatic alt text available.No automatic alt text available.

No automatic alt text available.
No automatic alt text available.No automatic alt text available.
antara header header yang pernah digunakan selama 7 tahun berblog


Header blog yang diguna pakai sehingga hari ini

Pada masa karakter dan blog ini ditubuhkan ia sekadar main main pada mak. Mak jadikan blog sebagai sebuah tempat untuk Mak lari dari reality. Sebuah tempat untuk mak melepaskan semua perasaan . Namun demi Allah.. tidak pernah Mak Dara menyangka bahawa "Watak dan tulisan meroyan Mak Dara itu mendapat perhatian dan mendapat pembaca yang ramai. Bertambah terkejut kerana Mak Dara pernah menjadi Top 5 di DiGi WWWOW AWARD selama 2 tahun berturut turut dan bersaing bersama blogger blogger hebat seperti Beautiful Nara , Oh Artis , Sirap Limau dan ramai lagi. 


Video pendek Mak Dara untuk mendapatkan undian hehehe


Video pengumuman Top 5 calon dan Pemenang kategori Top Kay Poh 
(termasuk Blog Mak Dara)


Video pengumuman Pemenang kategori Top Kay Poh 

Walaupun tak menang Mak Dara merasa sangat bangga kerana mendapat pencapaian sebegitu walaupun blog masa itu baru 6 bulan sahaja. Seterusnya Mak Dara telah memenangi sebuah award di majlis MSMW bersama sama Blogger blogger hebat yang lain seperti Denaihati , Fatin Liana dan ramai lagi. And the best part cuba teka Mak Dara join kategori apa??? Antara kategori yang dipertandingkan ialah Blog terbaik, Blogger of the year , Dan semua yang best best belaka. Tapi Mak dara memilih untuk memasuki kategori WORST BLOG OF THE YEAR.. Dan mak dara terkejut apabila Mak Dara telah didatangi oleh beberapa orang kuat MSMW dan menyatakan bahawa markah dan undian yang Mak Dara terima antara tertinggi dan Top 3 antara berbelas pemenang kategori yang lain., Dan yang paling tak dapat dilupakan apabila Tan Sri Utama Dr Rais Yatim telah memberikan ucapan instimewa untuk Mak Dara .. Mak ingat antara bait ucapannya menyatakan bahawa The winner of WORST BLOG OF THE YEAR is eother just playing around or purely genius .. Perghhhhh tak cukup kerusi dibuatnya waktu itu..

Image may contain: one or more people, people standing and suit

Image may contain: one or more people, people standing and indoor

Antara kenangan ralat Mak Dara selama bergelar blogger ialah apabila Mak Dara pernah menolah jemputan oleh blogger otai yang hebat iaitu Tuan Haji AMir untuk menjadi salah sorang daripada panel nya dalam event SBB lupa pulak tahun bila hehe.. Sayang betulll bila fikir balik.. Bukan mudah untuk mendapat kepercayaan seperti itu.


Namun alhamdullilah Mak Dara dijemput menjadi salah seorang panelis untuk sebuah acara WOMEN POWERTALK dan membicarakan tentang WANITA DAN MEDIA SOSIAL.


Image may contain: 2 people, people standing and indoorImage may contain: 2 people, people standing and indoor

Image may contain: 2 people, people standing and indoorImage may contain: 2 people, people standing and indoor
Mak Dara bersama YB Kuale YB Mastura

Image may contain: 8 people, people smiling, people standing

Image may contain: 7 people, people smiling, people standing

Getaq lutut juga Mak Dara kerana dijemput menjadi panel untuk sebuah acara yang sungguh besar dan berprestij itu. Menambahkan kegabraan Mak Dara apabila 3 ahli panel yang lain terdiri dari tokoh yang hebat seperti Doktor, Pengacara hebat Sharifah Shahwati , Seorang tokoh jemputan luar negara. Dan tiba tiba Mak Dara terselit di ditu. Terasa sungguh kerdil. Dah tu kena pulak berucap depan menteri Dato Keruak dan Dato Shahrizat.. Perghhhh mau luruh jantung dibuatnya. Namun Mak Dara kuatkan semangat dan alhamdullilah Yb Kuale iaitu YB Mastura tak henti henti beikan kata kata semangat dan sokongan pada Mak. Maka alhamdullilah mak berjaya juga atasi cabaran ini. Lepas ni sapa pun yang jemput mak takkan mak tolak. Tak cuba tak tau , betul tak? hehe. Ohhhh banyak betul kenangan terindah Mak Dara dan Blog ini..

Tahun berganti tahun , kemudian timbulnya "karakter karakter" baru dalam dunia sosial seperti Cikgu Shida, Faiz Dickie dan ramai lagi. Terbaru ialah Dato Sri Vida, Dato Sri Aliff Syukri dan juga Sajat.. Ehh korang jangan ingat mereka memang berkelakuan macam tu 100% ya.. Sebahagian yang ditunjukkan di media sosial adalah "Karakter" yang dicipta mereka. Walaupun ada yang suka , ada yang benci ada yang kecam namun mereka semakin dikenali, Betul tak? Lepas tu baru Mak Dara mula memahami apa yang dimaksudkan oleh suami Mak Dara dengan membina "KARAKTER" itu.. Fuhhh tak sangka arwah suami Mak Dara ni memang fikir jauh ke masa depan. 

Namun sayangnya setelah kematian arwah Mak Dara telah berhenti terus dari dunia blog selama hampir 3 tahun. I quit when im on top (for me lah hahaha perasan jap k). Memang sayangggggg sekaliiiii..  Kini Mak Dara terpaksa start from a scratch, Bermula dari mula. Insyaallah Mak akan lebih aktif berblog selepas ini . Dan buat arwah suami Mak Dara.. Terima kasih atas segala galanya . Akan saya terus perjuangkan penulisan saya dalam skrip drama dan juga blogging in Syaa Allah.. Al fatihah buatmu Bang..


Image may contain: 1 person


Nantikan Mak Dara akan buat COMEBACK!!!!!!!



Sunday, December 31, 2017

INGAT HANYA YANG BAIK TERHADAP ARWAH

INGAT HANYA YANG BAIK TERHADAP ARWAH
Tiba tiba hari ni teringat pula kisah seorang teman kepada sepupu saya yang telah kehilangan suami pada tahun lalu. Bayangkan di sebuah tanah perkuburan sedang majlis pengkebumian berlangsung.. si anak , saudara mara , sahabat , kenalan dan si Balu sedang bersedih mendengar talkin yang sedang dibacakan. Tiba seorang wanita yang tidak pernah dilihat atau dikenali tiba. Kelakuannya amat ganjil. Dia mengaminkan setip doa yang dibacakan dengan penuh kusyuk sambil air mata bercucuran tanpa dapat dibendung. Kelakuannya seoalah dia dan arwah amat saling mengenali. Namun tiada seorang pun yang berada disitu mengenali wanita misteri ini. Kini semua mata memandang kearahnya dan dia mula rasa tidak selesa dan perlahan lahan meninggalkan kubur itu dengan berat hati. Si balu terkesan dengan kehadiran wanita itu. Sepulangnya dia dari kubur. Pertama yang dilakukannya adalah membuka handphone suaminya dan mula membaca semua mesej yang terdapat di dalam telefon itu namun tiada yang meragukan. Tidak puas hati, si Balu membuka pula akaun sosial (Facebook) dan memeriksa semua mesej arwah suaminya.. dan di sana semua sangkaannya benar belaka. Tak perlu saya nyatakan lah rasanya anda juga dapat mengagak.
Memang berat dugaan yang diterima oleh si balu. Mendengarkan kisah ini dari sepupu saya juga membuatkan saya sedih kepadanya. Ya semua manusia tidak sempurna. Pasti ada khilaf yang dilakukan. Memang perasaan ingin tahu akan membuak buak namun apa kebaikan yang akan dia dapat setelah mengetahui "segala galanya" . Dalam hal ini si Balu telah hilang semua kasih , sayang, cinta pada arwah dengan sekelip mata. Perasaan sedih bertukar benci, perasaan sayang berubah kepada sakit dikhianati.
Bagi pendapat saya..Sesungguhnya arwah telah pergi dan takkan kembali. Lebih baik jika kita tidak mencari atau mengorek kisah silamnya. Biar semua kisahnya dibawa bersama. Apa yang perlu kita lakukan setelah ketiadaannya ialah mengenang semua kebaikan, kasih dan cinta yang dipupuk selama bersama. Sentiasa berdoa semoga Allah swt mengampuni segala salah silap selama hayatnya. Ingat dan kenanglah hanya yang baik terhadap arwah...

Saturday, January 11, 2014

1 Juta Pageview Buat Bicara Mak Dara

1 Juta pageviews! 1 juta?? Betul ke nih?? Syukur alhamdullilah akhirnyaaaaaa www.bicaramakdara.com sebuah blog picisan lagi meroyan Mak Dara ini akhirnya telah pun mendapat 1 JUTA PAGEVIEWWWW hew hew hew.....



DAN RIAKSI MAK DARA.......


Apa lagiiiii Mak meroyannnnnnnnnnnnn la nyahhhhhhhhhh. Haa tengok macam macam riasi mak ni dibuatnya nok hehehehe. Perghhhhh mak tak pernah sangka penulisan Mak dapat diterima pembaca walaupun hampir kesemua entry mak ni hanyalah entry personal dan entry ting tong dari seorang wanita gemuk dan gebu lagi kertu ini hew hew hew...

Pertama tama sekali Mak nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Ibu dan arwah ayah yang melahirkan dan membesarkan Mak Dara dan menyekolahkan Mak Dara kalau tak kompom tak reti mengeja dan membaca apatah lagi nak menulis blog ni .. Jutaan terima kasih buat somi Mak Martias Ali yang tak putus putus menyokong dan layannnkan aje bini dia ni bila meroyan di blog. Maaf la ye bang banyak citer abang dalam blog ni tapi semua citer yang baik baik je dont worry hehe.. Terima kasih kepada anak anakku Adza Haiqal, Adza Danina, Adza Kasih & Adza Isabella , kerana paham dengan minat mama ni kadang kadang mama nengok blog lagi lama dari main masak masak atau main candy crush dengan korang hehe. Mama sayangggg semua anak anak mama...

Last but not least kepada anda.. anda.. anda.. anda.. anda... X 1000 000!!!! Terima kasih kerana selalu sokonggggggggggggg Mak selama mak berjinak dalam dunia blog ni.. Anda semua yang memberi Mak Dara untuk lebih bersemangat untuk terus memeroyankan dunia blog ini hehe... Tak dapat mak ucapkan dengan perkataan bertapa mak dara sayangggggkan kamu semua...

Haaaaaaaaaa ngko.. Sekali speech panjang melebor macam menang award kekdahnya hew hew hew .. Akhir kata dari Mak Dara.. MAJULAH MEROYAN UNTUK NEGARA! Assalammualaikum...


Saturday, July 16, 2011

HKPOP telah wujud lama sebelum munculnya KPOP

Sekarang ramai betul anak anak muda dan remaja amat meminati KPOP.. Semua lagu lagu dan cara pemakaian penyanyi penyayi KPOP terus menjadi ikut ikutan mereka.. Anak anak kecil Mak Dara sendiri pun asyik nyanyi lagu "nobody nobody but you" nyanyian The Wonder Girls tu..

antara artis artis KPOP yang popular (pic by google)

Tapi ramai yang tak tahu ataupun dah lupa bahawa sebelum demam KPOP melanda negara.. Wujudnya demam HKPOP.. apa HKPOP tu.. HKPOP tu artis artis dari Hong Kong.. Ni masa zaman zaman tahun 1990an le.. Zaman Mak Dara masih anak dara lagi gitew hehe.. Tapi pada masa tu takdelah digelarkan HKPOP cuma dipanggil artis Hong Kong aje. Antara yang menjadi gilaan anak anak muda zaman itu termasukle Mak Dara sendiri ialah..

Leon Lai Meng

Andy Lau

Aaron Kwok

Haaa...Ini antara yang glamer la.. sebenarnya banyak lagi artis artis Hong Kong yang digilai oleh remaja zaman tu.. Ni siapa siapa yang berada dalam tahun 1990an kompommmmm kenal punyalah.. Tapi antara Leon Lai Meng, Andy Lau dan Aaron Kwok mak palinggggggg minat dengan Leon Lai Meng.. Hampir semua lagu lagu dia Mak hafal.. Entah betul entah tak pakai belasah je time tu.. yelah mana ada internet nak search untuk lirik liriknya pada masa tu kan hehe.. Mak beli album dan poster poster leon Lai meng ni.. Dah tu kalau ada keratan gambarnya di suratkhabar, Mak siap gunting masukkan dalam dompet hehe.. 

Namun kini giliran KPOP pula meletop.. Mak pun tak mahulah ketinggalan zaman maka Mak pun layanzzz anda macam mana?

Wednesday, July 6, 2011

WORDLESS WEDNESDAY # 6


Wordless Wednesday: On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph 
with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that 
the photo itself says so much that it
doesn’t need any description.

Tuesday, July 5, 2011

PINTU TAUBAT

Semalam Ibu Mak Dara ada beritahu yang drama yang Mak Dara tulis tengah diulang tayang di Astro Oasis. Drama yang dimaksudkan oleh Ibu Mak Dara tu ialah PINTU TAUBAT. Drama ni merupakan skrip ke 45 yang telah Mak Dara tulis. Skrip drama ini Mak Dara tulis bersama suami Mak Dara, Martias Ali.


Drama ni dah ditayangkan di Astro Oasis pada oktober 2010 tak sangka akan diulang tayang lagi pada tahun ni. Syukur alhamdullilah.. Drama ini adalah terbitan Jurey Rosli dari World Evolution Brain Sdn Bhd. Dan lagu tema drama ini dinyanyikan oleh Oja.

Drama bersiri PINTU TAUBAT ini adalah rantaian cerita-cerita tantang kisah kisah manusia yang insaf dan mencari pengampunan daripada Allah SWT atas keterlanjuran dosa yang dilakukan. Penampilan khas Ustaz Ismail Kamus untuk menterjemah ayat-ayat Al-Quran sebagai pedoman.

TAJUK TAJUK EPISOD dalam PINTU TAUBAT
EPISOD 1 : TANGGANG
EPISOD 2 : NOMBOR TERAKHIR
EPISOD 3 : RASUAH
EPISOD 4 : ANAK
EPISOD 5 : AIR NERAKA
EPISOD 6 : CURANG
EPISOD 7 : DUSTA
EPISOD 8: RAGUTAN MAUT
EPISOD 9: INSAF ZARINA
EPISOD 10 : SAMUN
EPISOD 11 : TEKSI
EPISOD 12 : PELANGGAN

EPISOD 13 : MALAIKAT MAUT
Salah satu scene dalam drama PNTU TAUBAT
Rem antara pelakon yang menjayakan drama PINTU TAUBAT

Pada yang sudi nak menonton drama ni bolehlah menonton di channel ASTRO OASIS pada pukul 2:30 petang nanti ye =)

Sunday, July 3, 2011

Mak Dara VS Transformer


Mak Dara, family & Bumblebee 2010

Kejap aje masa berlalu.. Rasa macam tahun lepas aje mak dan family pergi menonton filem Transformer ni tup tup dah ada sequel atau sambungannya.. Tak boleh jadi ni.. Mak kena gi berjuang untuk membeli tiket walaupun barisan untuk membeli tiket di TGV Wangsa Walk ni panjanggggggggnya ya amatttt ... kalau  sold out arini esok gi berjuang lai kekekeke....

Wednesday, May 25, 2011

Hadiah Teristimewa Dari Yuyu Zulaikha

Ingat tak dulu Yuyu Zulaikha ada buat satu contest.. FERERRO ROCHE Contest.. ingat tak Mak Dara ada beritahu yang Mak Dara adalah salah seorang dari 33 orang pemenang dalam contest tu.. Dan beberapa hari yang lepas Mak Dara terima satu bungkusan...


Happynya Mak Dara bila tengok di belakang bungkusan itu dan melihat pengirimnya adalah dari Yuyu Zulaikha.. Bila buka aje bungkusan tu.. lagi lah happy dibuatnya... 
 

Inilah yang Mak Dara terima hadiah dari Yuyu Zulaikha berupa sebuah selendang yang sangat cantikkk secantik Yuyu Zulaikha jua.. =)


Mak Dara nak ucapkan terima kasihhhhhh kepada Yuyu Zulaikha kerana telah menghadiahkan tudung yg sangat cantikk ni.. Akak sukerrr sangat Dik.. Tengkiuuuuuu.. muahhhh =)


Aritu Akak dah wish di FB wall adik tapi hari ni akak nak ucapkan sekali lagi.. HAPPY BELATED BIRTHDAY DIK!!!! semoga adik ceria ceria selalu ya =)

Thursday, May 19, 2011

Chef Faizal Biografi ~ Ilham Kulinari & Sentuhan Fotografi

Untuk menjadi seorang yang bergelar chef bukanlah semudah yang disangka. Kesabaran, disiplin dan semangat yang tinggi untuk belajar adalah kunci sebenar untuk menjawat jawatan penting di dapur hotel ini. Oleh Itu Mak Dara rasa sangat bangga bila dapat berkawan dengan seorang teman di FB yang juga merupakan seorang Chef iaitu Chef Faizal.. Bertambah gembira bila Chef Faizal baru aje membuka blog barunya.. Bertambah sorang lagi teman FB Mak Dara menjadi teman blogger.. I llike =)

Chef Faizal ni merupakan Executive Chef di The Summit Hotel Subang USJ. Selalu aje Chef faizal ni tag gambor gambor makanan yang dimasaknya pada Mak Dara.. memang selalu buat Mak dara terliur dengan gambar gambar masakannya yang sedap sedap tu hahaha..

chef faizal idris with spread @ Leaf Cafe
Chef Faizal 


Mak Dara adalah followernya yg pertama =)

Chef Faizal ni bukan sahaja seorang chef, beliau juga meminati bidang fotografi maka di dalam blognya bukan hanya anda akan disajikan dengan resepi resepi masakan malah anda juga akan dihidangkan dengan gambar gambar hasil karya Chef Faizal ini juga... Dengar khabar Chef Faizal akan mengeluarkan buku masakannya tidak lama lagi.. Mak Dara doakan semoga Chef Faizal terus maju jala dalam setiap bidang yang diceburinya.. Jangan lupa belanja I nanti k hehe

Nak tahu lebih lanjut mengenai Chef Faizal jom le ramai ramai terjah ke blognya.. sila klik di SINI ye

Wednesday, May 11, 2011

Mak Dara dan Pemilik Jamu Mak Dara

Akhirnya Mak Dara dapat bertemu dengan pemilik syarikat Jamu Mak Dara iaitu En Habib dalam satu majlis di Kuala Lumpur seminggu lalu.. Jumpa dah seminggu tapi hari ni baru teringat nak update.. hehe

Mak Dara bersama En Habib pemilik Syarikat Jamu Mak Dara! =)


Adik Mak Dara, Adza Tuty pun tak lepaskan peluang
bergambar bersama En Habib =)

Memang baik orangnya dan amat merendah diri.. Asyik tersenyum aje sepanjang majlis itu.. Mak Dara tak lepaskan peluang untuk bertemunya.. Seraya berjumpa, Mak Dara borak borak bersama beliau dan akhirnya terkeluar le cerita yang Mak Dara ada sebuah blog dan saya letakkan nama sebagai Mak Dara... Sebaik mendengar itu En Habib hanya tersenyum dan kata "Oh ye ke.. Ok.. Then you must come to the teater".. Adusss Mak Dara boleh tak tahu pulak yang En Habib bakal membuat teater "Mak Dara Nyonya" arahan Rosminah Tahir yang bakal dipentaskan Pusat Pelancongan Malaysia (MTC) di ibu kota jam 8.30 malam pada 6 hingga 12 Julai nanti.Nampak sangat tak buat research kan hehe..

Tapi apa apapun memang seronok bertemu dengan beliau.. Dan akan cuba utk pergi ke persembahan teater tu nanti =)

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK