Wahhhhh terujaa... Apa yang terujanya? Moh sama sama kita bayangkan ye.. Buka aje pintu rumah tetiba ada hadiah atas kereta.. Haaaa kompom terkejutkan.. Haa itulah yang terjadi pada Mak Dara semalam masa nak menghantor suami keluar pintu rumah untuk pegi kerja..
hadiah atas kereta =)
Terkejut juga Mak Dara dan suami .. Siapalah yang hantar hadiah ni kan.. Bila bukak aje hadiah tu barulah terungkai siapakah yang menghantar hadiah itu..
"Congratulation! www.eqbalzack.com"
Rupa rupanya hadiah candle istimewa ini datangnya dari blogger istimewa iaitu Abang EQBALZACK.. Baru Mak Dara teringat tak lama dulu Mak Dara ada memenangi hadiah saguhati masa menyertai contest dari Abang EQ iaitu contest "I LIGHT U" . Rupa rupanya Abang Eq telah dua kali ke rumah Mak Dara untuk hantarkan hadiah ni tapi Mak Dara masa tu sibuk dengan menolong adik pindah maka tak sempat bertemu dengan beliau .. Kesian Abang Eq.. Dah le kena hantar hadiah by hand.. dah tu takde orang kat rumah.. Nasib baik rumah kita dekat kan hehehe... Sooo sorry Abang EQ.. Harap tak marah ye... Hopefully one day we can meet.. boleh minta sign autograph dari Abang Eq ni hehe =)
Terima kasih atas hadiah yang diberi.. Memang suka bebenor.. Really appreciate it.. Ni yang buat bertambah bersemangat nak join contest dan GA lagi ni hehehe..
Yeayyyy!!! Syukur alhamdullilah hari ni 17 April 2011 maka genaplah 3 bulan blog BICARA MAK DARA!!
HAPPY BUFFDAY BLOGKU YANG TERCINTAN CINTUN muahh
Di sini Mak Dara nak ambik kesempatan nak ucapkan ribuan terima kasih terutama pada hubby Mak Dara ang banyak mengongkong errr salah menyokong penglibatan Mak Dara dalam dunia blog ni.. Bersabar bila sejak dua menjak ni Mak Dara lebih melayan blog dari dia hahahaha.. Just kidding ahaks.. Pada anak anak Mak Dara yang selalu berebut menggunakan laptop untuk main games..
Dan terutama kepada AJK MESYUARAT TINGKAP MAK DARA!!!!!!! Sayang korang ketat ketattttt... Terima kasih sebab selalu support blg picisan Mak Dara ni.. To Kak Pah selamat berpindah, To Top selamat merayap2, To Mrs Sabri selamat buat bloglist kategori Ibu, To Lekat Lekat Gurl selamat mengupas ngupis.. To BA selamat membuat segmen lagi dan lagi, To MEGGIBOY selamat makan meggi, To Belalang selamat merisik risik , To Jejari Runcing semoga tangan semakin runcing dan untuk semua rakan rakan blogger yang lain... selamat berblogging..
Amboi macam menang award le pulak hahahaha... tengkiuu semua yer.. Jassamu ku kenang..Terima kasih, Domo Arigato, Nandre, Sheshe kepada anda dan kepada yang bakal follow Mak Dara. !!!
Hari ni Mak dara nak ceciter ceciter pasal kisah Lagenda Mahsuri.. Ha ni bukan kisah Lagenda Mahsuri di Langkawi tu yer.. Ini pasal blog Lagenda Mahsuri.Com.. Sebuah blog yang sungguh pemes dan meletopss letopsss =)
Siapa yang tak kenal dengan blog ni. Pemiliknya memanggil dirinya sebagai Mak.. Samalah macam Mak Dara membahasakan diri ni Mak Dara hehe.. Mak Dara selalu BW ke blog Mak ni tapi disebabkan kebutaan IT baru beberapa hari lepas baruMak Dara jumpa butang shoutmix di blognya tu dan juga butang follow beliau.. Blur betul Mak Dara ni kan.. Bila dah jumpa butang butang tu apa lagi.. Terus menjerit le di kotak jerit tu dan terus le pollow ..
Mak Dara adalah followernye ke 835 =)
Serba sedikit mengenai Mak Lagenda..
Seorang Ibu yang mempunyai 3 orang cahayamata, Seorang Isteri , Seorang pekerja dan seorang pelajar University dalam bidang pendidikan.She is a easy going person, respect each others dan mengharapkan the same thing dilakukan oleh rakan rakan di sekelilingnya. Bukan seorang yang penyabar tapi bukan juga seorang yang baran..tapi seorang yang sangat mudah stress. hehe
Moh le terjah ke blog Mak Lagenda ramai ramai.. Klik di SINI yer.
Hari ini genap blog BICARA MAK DARA bersiaran selama 2 bulan 21hari. Bertambah bersyukur apabila hari ini blog Mak Dara ni menerima AJK MESYUARAT TINGKAP MAK DARA yang ke 800 tepat jam 3:10 petang tadi.
Mak Dara ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada Eyna Azmi kerana sudi follower Mak Dara yang ke 800!!!
Dan tidak dilupakan kepada semua Ahli AJK MESYUARAT TINGKAP MAK DARA kesemuanya. Setiap seorang dari anda adalah amat amat bererti dan amatttt bermakna bagi Mak Dara. Mak Dara ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada setiap sorang dari anda yang tidak putus putus terus mensupport blog picisan Mak Dara ini....
Pagi tadi terbaca yang Ben Ashaari nak "jual blog"nya? biar betul.. rupa rupanya BA dah nilaikan blognya di http://bizinform.org dan setelah dihitung dan dinilai Website Value bagi blog BA adalah ..225,013,31.. Mak aiii tinggikan nilai blog BA ni kan hehe.. Ada sapa sapa beran nak beli? =)
Maka apa lagi Mak Dara pon gatalkan tangan dan klik di http://bizinform.org untuk tengok berapakah nilai blog picisan Mak Dara ni.. Dan jawapangnya.. jeng jeng..jeng..
okey jugak ek nilai blog Mak ni rupernyer hehehe.. Moh le check.. Berapa Nilai Blog Anda? klik aje di link sini yer http://bizinform.org.
pejam celik.. pejam celik... ketuk ketuk jari kat laptop tiba tiba sedar je rupa rupanya ini adalah post Mak Dara yang ke dua ratos!!!!!!!!!!
Post kedua ratus dalam masa 2 bulan 15 hari!!! perghhh apa la yang Mak Dara dah merapu meraban dalam 199 post yang lain ek hahahaha... Diharapkan semua yang baca post post Mak Dara tak mendapat apa apa jenis penyakit jiwa dengan bahasa dan cara penyampaian mak Dara menulis ye..
Ada jugak kawan kawan tanya.. Tak bosan ke asyikkk menulis aje.. Dah le hari hari tulis skrip pastu hari hari tulis blog... Jawapan Mak Dara Tidak Sama Sekali.. Sebab bila menulis skrip kita harus puaskan pihak producer pihak stesen TV dan banyak pihak lagi. Tapi bila menulis blog kita dapat kepuasan diri.. betul tak hehe..
Terima kasih Mak Dara nak ucapkan pada semua yang sudi layanzzzz danmembaca apa yang Mak Dara tulis dan merapukan.. Tankiuuu =)
Berattttttt.. Memang beratttttt masalah ni.. Memang padahhhhh bila alat penimbang berat badan disalah letak.. Maunya tak.. Dulu tempat penimbang berat badan elok elok jer Mak Dara letak dihadapan pintu bilik air.. dah memang jadi kewajipan setiap kali lepas mandi sure naik tempat penimbang tu dan ukur berat badan.. Kira boleh le agak agak untuk maintainkan badan gebuuuuu dan kembang semangkuk Mak Dara ni.
Tapi sejak 2 bulan lebih ni alat timbang badan Mak dara tu missing in action.. Tak tau mana letak.. Maka takdelah lagi sesi menimbang berat ala ala The Biggest Looser tu.. Bukannya tak boleh beli yang baru..Tapi setiap kali nak beli baru rasa beratttt lah nak bawak balik. Pikir nanti balik umah carilah.. dan macam macam alasan Mak Dara buat. Bila tiada alat penimbang berat badan.. Maka Mak Dara pun lupa daratan le.. Maka makan pun tak jagalah huhu
Tup tup pagi tadi baru jumpa alat penimbang. Rupanya maid Mak Dara simpan dalam store.. huhu bolehh ?? hahahaha.. Maka sesi menimbang berat badan pun berlangsung setelah 2 bulan lebih tertunda.. jeng jeng jeng..
pic oleh en google =)
bukan 1.. bukan 2.. bukan 3.. tapi 4 kilo lebih!!!! berat Mak Dara bertambah 4 kilo lebih!!! uwaaaa macam nak menangis pon ada. Habisla sesi SLIMING SANCTUARY Mak Dara sebelum ni.. huhuu.. Tak boleh jadi.. kena buang balik 4 kilo lebih ni.. moral of the story ialah jangan salah letak alat penimbang berat.. jaga pemakanan dan jangan malas malas huhuhu.. sedihh tapi itu lah kebenaran yang terpaksa Mak Dara telan.. err takmo telan takmoooo hahaha
Alhamdullilah setelah bersiaran selama 2 bulan 6 hari.. Blog BICARA MAK DARA dah mendapat Follower ke 666!! Syukurrrr!!!
Mak Dara ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan memberikan award kepada Cik EJA kerana telah menjadi ahli AJK MESYUARAT TINGKAP MAK DARA Ke 666 ! Tks Eja!
Wahhh macam ahlil nujum pulak Mak Dara malam ni. Maunya tak.. Raja Lawak Final belum bermula dan akan bersiaran langsung pukul 9 malam karang tapi Mak Dara dah cakap MAN yang akan juarai RAJA LAWAK malam ni kan hehehe..Mak Dara cakap macam tu sebab Mak Dara memang minat dengan si MAN ni.. Tambahan bila dia buat lawak tiru gaya Erick Leong memang bestttt...
Tak sabar Mak Dara nak tengok persembahan Man pada pertandingan akhir Raja Lawak Malam ni.. Mudah mudahan Man menang.. Tapi kalah ke menang ke tak kisah ler.. yang penting Raja Lawak dapat mencungkil bakat bakat baru yang bagus bagus seperti Zizan, Johan, Angah, Charm dan ramai lagi..
Ini antara persembahan Man yang paling Mak Dara suker hehe
Tapi ini semua pendapat Mak Dara aje yer.. Pada yang meminati peserta yang lain jangan hangenn dengan Mak Dara pulak yer hehehe.. Jom sokong kesemua mereka yer.. Jangan lupa tnton RAJA LAWAK FINAL malam ni.. Jommmmmm!!!!
Pewittttttttttttttttttt... Perghhh terujaaaa Mak Dara.. Maunya tak Blog Mak Dara yang baru bernafas selama 2 bulan 1 hari dah mendapat Follower yang ke 600!!!! Tak pernah terbayang terimagine dan ter ter lain lagi lah.. Tak dapat membayangkan kegembiraan Mak Dara.
Mak Dara ingin ucapkan terima kasih dan tahniah kepada Love Sweetheart aka kak love aka kls kerana menjadi follower Mak Dara yang ke 600!!
Jom ramai ramai terjah ke Blog adik Mishiera.. Sila Klik di SINI atau di pic header di atas untuk ke blog beliau ya =)
Tengok pada Header tu!!! Tengok pada namatu!!! pergh!! Itu saja dah cukup menarik minat Mak Dara untuk terjah ke blog ini!
Mak Dara kemudian mula menggodek godek pemilik blog ini. Pemilik blog ini ialah KLS. Perghhh.. Bertambahlah menarik minat Mak Dara kerana salah satu brand kesukaan Mak Dara ialah KLS iaitu Kimora Lee Simmons brand hehe
Serba sedikit mengenai pemilik ini ialah... Love Sweetheart aka kak love aka kls is a home maker. full of obsession.Berusia awal 30-an. Graduate from local uni. setelah tamat pengajian kls berkhidmat bersama syarikat swasta sebelum berkahwin dgn Darl Ron aka abang ron. kls kemudian meneruskan karier sebagai ahli perniagaan soho. Dikurniakan hero bijak Leo Einsteins.Tinggal di our 'white house' di bandar baru bangi bersama 3 best metal buddies black, gumud and kecik juga leo's pets goldfish dorothy n friends. Kls amat menyintai bangi yang indah permai.Is like no other place like Bangi.Bangi is the best!
Menarik kan? Apa lagi terus le Mak Dara pollow blognya yang Fabulous tu.. Mak Dara adalah pengikutnya yang ke 174!
Jom ler sama sama terjah ke blognya yer.. Klik di Header yang hebat di atas atau di SINI ya.. To KLS all the best ya =)
Baca tajuk jer mesti ada yang ingat Mak Dara dah mengandung 2 bulan kan hehehe.. Idok le macam tu.. Sebenarnya esok Blog BICARA MAK DARA akan menyambut 2 bulan pembukaannya.. Wahhh cepatnyer rasanya dah masuk 2 bulan..
Macam macam idea Mak dara ada sempena nak menyambut 2 bulan anniversary blog Mak dara ni.. Idea nak buat GA, idea nak buat Contest.. Idea nak buat Lucky Draw.. Macam macam idea ada..
Tunggguuuuuuuuuuu.. Semuanya akan terungkai esok hehehe
Seperti yang anda tahu atau yang belum tahu.. Mak Dara bekerja sebagai penulis skrip drama. Mak Dara dah lama berkecimpung dalam bidang penulisan ni dan dah 60 drama dan drama bersiri yang mak dara dah tulis. Antaranya NEK NAK, SAKA, CUCI CUCI SERVICES, BOLA CINTA, PINTU TAUBAT dan macam macam lagi.
Sekarang Mak Dara sedang menulis sebuah skrip drama bersiri terbaru bersama adik Mak Dara Adza Nasyaemie atau nama glamer kat blog dia SUPER IBU. Drama bersiri itu berjudul PUTERI SALAMIA yang merupakan skrip drama Mak Dara yang ke 61 =)
Drama ini diterbitkan oleh seorang penerbit wanita muda iaitu Zay Datuk Basalie. Zay merupakan isteri kepada penerbit dan pengarah En Jurey Rosli yang telah memenangi banyak anugerah di festival filem kat Malaysia ni. Mak Dara dah banyak kali bekerjasama dengan En Jurey Rosli ni. Lebih dari 8 tahun kalau tak silap dan banyak jugak skrip skrip drama yang Mak dara dan suami Mak Dara tulis untuk syarikat beliau termasuklah filem "LIBAS" yang akan ditayangkan di pawagam di Malaysia tak lama lagi. Namun ini adalah pertama kali untuk Mak Dara bekerjasama dengan isterinya pulak. Ternyata memang besttttt. Susah nak dapat producer yang sporting macam Zay dan suaminya ni. memang Syiokkk =)
En Jurey Rosli dan Zay Datuk Basalie
Zay juga merupakan seorang bloger. dan Blognya bernama "A CUP OF LOVE, HUGS & KISSES"
Zay bakal menerbitkan banyak lagi drama drama untuk syarikatnya. pada sesiapa yang nak berlakon ke nak jadi pengacara ke.. Boleh le terjah ke blog beliau @ A CUP OF LOVE, HUGS & KISSES.. =)
It's a bird.. its a plane.. no it's SUPER IBU!!!!!!! hehehe.. SUPER IBU ni bukan le saudara kepada SuperMan ataupun Super Woman,dia adalah Adik Mak Dara yang paling bongsu iaitu Adza Nasyaemie. SUPER IBU ni kira nama yang digunakan dalam blog dia hehe.. Amacam kreatif tak.. ada macam iklan ibumee tak? hahaha
SUPER IBU ni dah lama dah berbloging tapi tak aktif sangat. Dek kerana sibuk menjadi ibu kepada anak pertamanya Adza Qaliesya . Tapi sekarang dia dah aktif kembali!!! baguih le tu Emie oi hehe..
Emie jugak merupakan penulis skrip macam Mak Dara.. Macam Mak Dara jugak komedi memang jadi peberet genre untuk kami menulis skrip. Tapi dia memang kreatif bila buat skrip kisah misteria atau penyiasatan.
Sekarang kami sedang sibuk untuk menyiapkan skrip drama bersiri kami berjudul PUTERI SALAMIA. Kalau uols nak nama uols dimasukkan dalam skrip drama terbaru kami ni gi lah terjah blg SUPER IBU ni sebab dia tengah takde idea nak letakkan nama nama pada skrip baru kami tu..
Klik di SINI atau klik di gamor di atas untuk ke blog SUPER IBU
1) sila ringankan blog anda 2) penuhkan dengan info yang berguna 3) update setiap hari .
Anda tidak dibayar dengan klik, tapi dibayar dengan unik traffik. Sila bersihkan blog anda,tunggu tetamu nuffnang datang berkunjung.
Ringkas aje tips dari Nuffnang yang Mak Dara terima di email ni tapi senang ke nak buat ek.. hmmm belom coba belom tahu kan.. COBAAN.. Nak try test cuba dulu dan lihat keberkesanannya.. =)
Akhirnya adik ketiga Mak Dara, Adza Tuty telah membuka blognya sendiri. Jenuh jugaklah kami carik idea untuk diletakkan pada blog baru adik Mak Dara ni.. Mula mula taruk nama "MY LIFE AS MISS J" hahaha idea meroyan dari Mak Dara lah.. Pastu ditukar lagi kepada "SUPERMOM" pastu semalam kami bincang punya bincang last last adik Mak Dara setuju dengan cadangan Mak Dara dengan meletakkan nama TUTY ON THE BLOG... Nasib baik dia ikut cadangan Mak Dara, kalau dia ikut cadangan suami Mak Dara jaadilah nama blog tu TUTY GO-BLOG kekekeke
Terkezuttt jugak kami bila blog yang baru dibuka 2 hari tu kini dah ada 40 follower.. Jomler terjah ake blog adik Mak Dara ni beramai ramai yer.. Klik di atas atau klik saja di SINI untuk ke lognya =)
Penulisan skrip drama 5 episod berjudul PUTERI SALAMIA kini bermula...
Malam ni Mak Dara dan adik Mak Dara Adza Emie akan menerus menulis treatmen skrip untuk episod kedua drama PUTERI SALAMIA ni..
Pada pemenang MAK DARA 1st GA iaitu Rose Johari.. seperti yang dijanjikan nama anda ROSE telah saya masukkan dalam skrip drama ini yang akan ditayangkan di RTM mungkin pada pertengahan tahun ini.. Tunggguuuuu ya.. =)
Awas Penghasut Terhebat! Tapi ini bukan kes mahkluk penghasut yang bertanduk tu bukan.. bukan.. Ini citer pasal Mak Dara berjaya menjadi penghasut terhebat.. Uisshhh jangan pulak naik takut dengan Mak Dara. Mak Dara sebenarnya telah berjaya menghasut, menggoda adik Mak Dara dan kawannya supaya BerBLOG.. hehehe teror tak.. Tu nasib baik Mak Dara tak buat MLM kalau tak mau terus kaya hahahahaha
Tgh cari idea nak taruk nama blog sampai dah jd goblog neh hahaha
Tu gambor kat atas tu adalah mangsa hasutan Mak Dara le tu.. yang kiri tu adik Mak Dara Adza Tuty dan disebelahnya tu kawan adik Mak Dara si Hanifah. Tapi satu jer masalahnya.. Bila dah pandai hasut kenalah pandai tolong diaorang setupkan blog blog diaorang tu.. Masalahnya Mak dara pun masih baru dalam dunia blog ni sooooo ini membuatkan kami sama sama telah jadi GOBLOG.. hahaha
Tapi oklah jadilah jugak blog dioarang tu.. Jomler sama sama terjah ke blog diaorang yer.
Nak ke Blog Adza Tuty klik di SINI Nak ke Blog Hanifah Tuty klik di SINI
Tengku Nur Sakinah Tengku Saari.. Siapa dia tu? pasti ada yang tertanya tanyakan? sebenarnya Tengku Nur Sakinah ni sepupu Mak Dara.
Terlihat kemalangan yang menimpa isteri pelakon Abang Shaharuddin Thamby membuatkan Mak Dara teringat akan kemalangan ngeri yang dialami oleh Makcik , Pakcik dan sepupu Mak Dara yang berlaku pada tahun 2005. Makcik Mak Dara tu namanya Makcik Zaharah, Kami panggil Makcik Arah aje dan mereka tinggal di Kulim Kedah.. Makcik Arah merupakan kakak kepada Ibu Mak Dara puan Zaleha Makcik arah suaminya Pakcik Tengku Saari dan anak anak mereka Tengku Zuhaidi dan Tengku Nur Sakinah yang merupakan sepupu Mak Dara terlibat dalam kemalangan ngeri itu ketika pulang dari keluar makan di Karangan.
Di satu traffic light bila lampu hijau maka Pakcik Mak Dara terus memandu tanpa mengetahui bahawa satu lori trellar yang tidak mengikut lampu merah terus memandu dan melanggar lampu merah dihadapannya dan terus melanggar kereta Pakcik Mak Dara itu.
Kereta mereka dilanggar hingga remuk. Syukur alhamdullilah, Makcik, Pakcik dan sepupu Mak Dara Tengku Zuhaidi atau yang kami panggil Adi selamat dan hanya mengalami kecederaan yang tidak serius. Namun nasib Tengku Nur Kinah atau Kinah tidak sebaik mereka yang lain. Kinah mengalami kecederaan serius kerana tempat duduknya di belakang adalah tempat treller itu melanggar dengan kuat.
Keadaan menjadi huru hara. Ramai orang berpusu pusu mendekati mereka. Namun yang tak bestnya, Makcik Arah yang dalam keadaan terpinga pinga kerana baru sahaja dilanggar menyedari bahawa terdapat seorang mengambil dompet dan merentap barang kemas dilehernya dengan amat kuat. Apa jenis manusia pun tak taulah.. Mengambil kesempatan semasa orang didalam kesusahan. Moga tuhan membalas perbuatan kejinya itu.
Mereka semua terus dibawa ke hospital dan dibenarkan keluar sebagai pesakit luar. Namun Kinah dimasukkan ke pusat ICU. Kinah mengalami kecderaan teruk termasuk gegaran otak yang teruk. Mak Dara masih teringat lagi mendapat panggilan telefon dari Adi menyampaikan berita itu. Naik lemah lutut Mak Dara mendengarnya. Mak Dara terus pulang dari KL ke Kulim Kedah malam itu juga.
Sesampai di hospital. Kami semua tak dapat menahan air mata bila melihat keadaan Kinah. Bertambah luluh hati dan perasaan kami bila doktor menyuruh memanggil semua ahli keluarga yang terdekat supaya bertemu dengan Kinah sebelum apa yang diramalkannya terjadi.. Masyaallah.. Bayangkan perasaan keluarga kami ketika itu.
Namun Allah swt masih sayangkan Kinah. Setelah beberapa ketika di hospital Kinah tersedar dari komanya dan beberapa bulan dia dihospital dan setelah beberapa pembedahan dan terapi akhirnya Kinah keluar dari Hospital. Namun oleh kerana gegaran diotaknya membuatkan saraf mata Kinah kini terganggu maka matanya mengalami sedikit masalah namun syukur alhamdullilah keuda dua matanya masih boleh melihat. Syukur alhamdullilah. Yang penting sepupu Mak Dara sihat dan selamat dari kecederaan yang amat ngeri itu.
Tengku Nur Sakinah merupakan seorang wanita yang sungguh kuat dan tabah. Mak Dara memang tabik pada sepupu Mak Dara sorang ni. Tiada apa yang dapat mematahkan semangatnya untuk meneruskan kehidupannya. Mak Daraberdoa dan berharap moga suatu hari nanti Kinah dapat bertemu jodoh dan bertemu dengan orang yang menyayanginya sepenuh hati.
Sepupu Mak Dara ni takde blog tapi kalau ada yang nak komen atau nak berkawan dengan sepupu Mak Dara ni sila klik di SINI atau di gambar diatas dan terus ke page Facebooknya =)
Hmmm lap yu so muchhh Kinah!!! Be strong ok.. Hope U meet Mr Right soon hehe..