Showing posts with label D'ADZA. Show all posts
Showing posts with label D'ADZA. Show all posts

Tuesday, February 7, 2017

PROMOSI LIPBALM TERLAJAK MURAH

Bibir anda kusam? Kurang merah ? Kering ? Gelap? Pucat ? Hilang keyakinan kalau tak bermekap? Dah macam macam anda cuba untuk menjadikan bibir anda MUNGIL kembali namun tiada yang berkesan? Jangan menangis di bucu katil terlebih dahulu!!!! Mak Dara ada cara untuk selesaikannya.. Memperkenalkan lipbalm hebat lagi kebabom D'ADZA LIPS MAGIC COLOUR


Yessss dengan D'ADZA LIPS MAGIC COLOUR insyaallah dapat mengembalikan kemungilan bibir anda.. Dan berita lebih baik untuk anda apabila sekarang sedang berlangsungnya PROMOSI KAW KAW untuk clearance stock. Ni bukan sebab pengasas produk ni dah meroyan macam Mak Dara tapi sebabkan dia nak habiskan semua stok yang ada dalam gudang dia tu sebelum dia keluarkan produk terbarunya.. Produk apa? Haaa nantikan entry yang seterusnya.. 

Pasti ada yang tertanya tanya D'ADZA LIPS MAGIC COLOUR.. ADZA?? Adakah ini produk dkeluaran Mak Dara.. Oh no nooo.. Mak belum lagi berkesempatan nak buat produk kecantikkan sendiri almaklumlah diri pun kurang cantik huhuhu.. Tapi produk ini adalah dari keluaran adik Mak Dara iaitu Adza Rinawati Adenan.

Adza Irdawati (Mak Dara) & pengasas produk Adza Rina

Ok mak nak habaq mai.. Lipbalm D'ADZA LIPS MAGIC COLOUR  ni bukan hanya untuk gugurl jer tapi juga untuk lelaki.. Jangan tak percaya kalau mak habaq lipbalm ni lebih banyak dibeli oleh pelanggan lelaki berbanding perempuan kerana kebanyakkan mereka adalah perokok tegar dan berbibir kering dan gelap. Selepas pakai jer lipbalm ni alhamdullilah dah kembali kemerahan namun natural sikit bibir mereka yang dulunya seperti dracula kekdahnya . Tak percaya meh mak kongsikan dengan anda beberapa testimoni dari pelanggan D'ADZA LIPS MAGIC COLOUR ..

sesuai untuk lelaki dan wanita


 


Adza Edie mengenakan D'ADZA LIPS MAGIC COLOUR
pada hari pernikahannya

Jangan tak tahuuu.. Saatu satunya adik lelaki Mak Dara si Adza Edie juga mengenakan hanya D'ADZA LIPS MAGIC COLOUR pada hari pernikahan dan persandingannya.. Terus nampak fresh dan berseri seri dibuatnya..

isteri dan anak JOE WINGS

Dan jangan tak tahu antara penggemar D'ADZA LIPS MAGIC COLOUR adalah isteri dan anak kepada pemain gitar legen malaya JOE WINGS!! Dan kalau anda nak tahu lipbalm D'ADZA LIPS MAGIC COLOUR ni akan berubah mengikut PH DARAH secara individu.. Contohnya seperti pasangan anak beranak di atas . Si maknya bila pakai jadi peach dan bila anak pulak pakai jadi warna pinky pinky gitew.. Unik bukan??!!

Jadi berbalik kepada PROMOSI LIPBALM TERLAJAK MURAH yang mak mention di atas.. Untuk setiap pembelian dua batang lipbalm D'ADZA LIPS MAGIC COLOUR ke atas para pelanggan akan menikmati free postage dan free gift! Sebatang lipbalm ini berharga RM25 dan postage RM7 SM RM9 SS.



Macam mana nak dapatkan D'ADZA LIPS MAGIC COLOUR.. Sila jerit nama mak tiga kali kat luor tingkap tu.. Haaa kalau tak berjaya barulah anda whatsapp nombor yang tertera di bawah atau boleh melawat IG atau FB page D'ADZA LIPS MAGIC COLOUR ok hehehe

Whatsapp 01111384641 - Adza Rina

Jadi apa tunggu lagiiiiii.. Moh le dapatkan D'ADZA LIPS MAGIC COLOUR beramai ramai.. memang sangat berbaloi.. It will not call magic for nothing you know... Haa dont make mak skipping london hehe.. Selamat mencubaaaaa....


Sunday, October 19, 2014

KAKI ZUMBA JOM SERTAI YB's FIT CHALLENGE

Assalam duhai teman.. Apa habaq semua? Rasanya dah lama Kak Adza tak hupdate blog kecintaan Kak Adza ni.. Almaklumlah bila dah memegang tanggungjawab sebagai Ibu dan ayah ni tanggungjawab makin berat dan semakin membuatkan Kak Adza tidak berkesempatan untuk blog Akak ni.. huhu jangan marah noo.. nanti kena juai hehe..

Ok Kak Adza ni nak khaborkan pada teman teman yang kaki Zumba sekalian.. Kak Adza nak habaq mai bahawa adik kak Adza iaitu Adza Tuty akan mengadakan sebuah aktiviti Zumba iaitu YB's FIT CHALLENGE . Kenapa nama acara zumba ni YB's Fit CHALLENGE? Ini disebabkan adik Kak Adza menyahut cabaran YB KJ untuk melakukan aktiviti sihat seperti yang FIT MALAYSIA lakukan..


Kepada peminat Zumba & kaki fitness !! Moh le join!!

YB's FIT CHALLENGE 



Tarikh: 25th OCTOBER 2014. 
Tempat : Dewan Cheras Baru



D ADZA FITNESS PROMO :
http://youtu.be/Lms9o6qFusQ

Join us here!!
https://www.facebook.com/events/1541523419394686/  

● Find ur fit buddy to join 1 hour of BUDDY UP CHALLENGE  and do 6 kinds of partner workout routines
● Let's do a 90 minutes nonstop Zumba Fitness with ZIN ADZA RINA & ZIN ASK MUDDY and stand a chance to win lots of gift and lucky draw..!!


TICKETS
BUDDY UP (each) - RM35.00
ZUMBA - RM35.00
WALK IN - RM45.00
GROUP (min 10 pax) - RM30.00


ATURCARA
9.00AM - REGISTRATION
9.30AM - DIET COOKING DEMO 
10.00AM -BUDDY UP CHALLENGE
11.05AM - NUTRITION TALK 
11.30AM - ZUMBA FITNESS
1.00PM - LUCKY DRAW




Untuk keterangan lanjut mengenai YB's FIT CHALLENGE
sila hubungi Adza Tuty di talian 0142335336
Jom Zumba!!!!




Wednesday, April 25, 2012

Lakonan Mak Dara Dalam VCD OK

Salam duhai teman..
waduh semalam hampir tiga jam lebih mak dara uploadkan sebuah VCD bertajuk OK ke laman youtube Mak Dara . Drama OK ni adalah hasil skrip Mak Dara semasa Mak Dara bekerja menjadi penulis skrip di syarikat Gitu Gitu Sdn Bhd milik Abang Saiful Apek, 7 tahun lalu.. Di samping bekerja sebagai penulis skrip group Mak Dara D'ADZA juga jadi salah satu kumpulan/Band dibawah nanungan Abang Saiful.. Dan Abang Saiful akhirnya nak shoot semua teman dibawah naungan syarikatnya iaitu Yassin, Abg Bob Kuman, CD NAZ termasuklah D'ADZA untuk berlakon dalam drama terbitannya maka lahirlah OK...


Nak ke tengok lakonan Mak? nak ke? Jangan menyesal cik Salmah hehehe... hehehehe segannnnyeeeer..

Iyanie(baju merah) dan Mak Dara dalam satu babak dalam "OK"
 D'ADZA bersama Apek - dalam salah satu babak "OK"
Lakonan CD NAz, Saiful APek, Yassin dan Bob Kuman dalam salah satu babak "OK"
Haaaa memang sesuailah kan mak berlakon dengan watak sebagao seorang yang gemuk dan low self esteem kan.. Ok ni hanyalah PART 1 dari cerita ini.. Sekarang mak sedang upload part 2 pula.. tungguuuu 

Alang alang dah berada di sini sudilah kiranya mengundi Mak Dara setiap hari untuk Digi Woww Award 2012 bermula sekarang hingga 13 Mei untuk NuffNang Top Fav Kay Poh ( link ) Digi Woww Awards Nuff Nang Fav Kay Poh undian anda amat berharga bagi makkkk =)

Sunday, June 12, 2011

Shooting Lagi Bersama Man Maharajalawak

Aritu Mak Dara ada tulis yang mak dan ahli ahli mozik yg lain iaitu adik beradik Mak Dara yang laian iaitu Adza Yanie, Adza Tuty dan Adza Rina dah pun siap shooting untuk video kliop kan? Video klip ini khas untuk dimasukkan di dalam drama "MAN POS MASUK KAMPUNG" lakonan Man. kiranya D'ADZA jadi undangan le dalam satu babak dalam drama tu.

di belakang tabir "the making of video klip"



kiranya dalam drama tu nanti Man tengah hantor surat tetiba letih dan tertidor maka D'ADZA datang dalam mimpi dia dan akan ganggu kosentrasi dia masa dia tengah keje nak hantar surat haa mcm tu lah lebih kurang..

Haaa ni mak nak habaq mai.. video hari tu tak menepati piawaian oleh pihak producer Encik Yusof Kelana.. Memang baguss Abang Yusof ni.. Dia memang teliti dalam kerjanya. Dia nak buat a better video clip.. Makaaaaa esok Mak Dara dan D'ADZA akan shooting lagi bersama Man Maharajalawak.. Haa tak perrr shooting hari hari pun Mak tak kisah.. mak sukerrrr hahahaha.. Jangan ada babak berguling atas lantai atau babak menari depan peti ais sudah le bukan apa karang korang susah nak bezakan yang mana satu Mak Dara yang mana satu peti ais hahahaha.. wish us luck ya hehehe

Friday, April 15, 2011

BEN ASHAARI AJAK JADI BUDAK BUDAK SAT !


Assalammualaikum sumer.. Ni BA buat segmen terbaru khas untuk hari ni iaitu segmen BEN ASHAARI AJAK JADI BUDAK BUDAK SAT ! Jap nak pikir.. Sesuweii ke Mak Dara nak berangan nak jadi budak.. Jadi Mak budak sesuai le kan.. hahaha.. Tak kiraaa nak join jugak...

APAKAH KAREKTOR KARTUN YANG PALING KORANG MINAT DAN KENAPA

Karektor kartun yang palingggggggggg Mak Dara minat dari duluuu sampailah dah beranak empat ni tak lain tak bukan ialah.. jeng jeng jeng..

Jem and the Holograms

Yaaaaaa... Jem and the Holograms... itulah karektor kartun yang amat diminati oleh Mak Dara dan semua adik beradik Mak Dara. Kalau nak tau.. Dari kartun Jem and the Holograms ni lah Mak Dara dan 3 orang lagi adik beradik perempuan Mak Dara menubuhkan kumpulan kami D'ADZA SISTERS sejak umo kami dari 10 tahun lagi =)


Lagu tema Jem And The Holograms

Dasyatkan penangan kartun ni.. Kakak Mak Dara nak jadi macam penyanyinyer.. Dua orang adik Mak Dara lagi nak jadi pemain drum dan guitarist dan Mak Dara nak jadi keyboardistnya.. Dan kami pun mula buat persembahan di sekolah . Kan setiap hujung tahun ada hari penyampaian hadiah maka kompom D'ADZA SISTER perform punyer..
D'ADZA
dari kiri, Adza Rina, Adza tuty, Adza Yanie & Adza Irda


Tak sangka pulak angan angan kami dari kecik terus jadi kerjaya bila dah tua tua macam ni. Kakak dan adik adik Mak Dara masih menyanyi dalam D"ADZA BAND dan sekarang perform kat Concord Shah ALam. Kecuali Mak Dara dah lama bersara sejak aktif membesarkan keluarga ni kan hehehe..

D'ADZA BAND

Kalau uols free free dan suka tgk band boleh le concord Hotel Shah Alam dan tengok adik beradik Mak Dara perform setiap hari kecuali hari Ahad.. Ahad diorang cuti =)

APAKAH KARTUN PALING KORANG TAK MINAT LANGSUNG NAK TENGOK

Kartun yang paling kurang Mak Dara minati ialah.. Pokemon.

Pokemon

Ok.. Ok.. kompom ramai yang suka kartun ni kan.. Tapi memang tak menarik minat Mak Dara . Bagi Mak Dara macam terlalu boyish sangat kartun ni hehe

SUPERHERO ,AKU NAK JADI


Superhero yang Mak Dara nak jadi ialah SUPER MOM.. Nak jadi Ibu yang terbaik kepada anak anak Mak Dara hehehe

Jomlah ramai ramai jadi budak budak hehe.. klik di sini untuk join segmen BA ni yer..
http://www.benashaari.com/2011/04/segmen-ben-ashaari-ajak-jadi-budak-sat.html


Sunday, April 10, 2011

Dihari istimewamu

Kakak sulung Mak Dara iaitu Adza Adzriyati menyambut ulang tahun harijadinya yang ke tiga puluh ehem ehhem semalam 9hb April. Kakak Mak Dara dan 2 lagi adik aik Mak Dara iaitu Adza Tutyrianti dan Adza Rinawati menyanyi dalam sebuah Band iaitu D'ADZA BAND. Maka kami sekeluargapun celebratelah birthday dia di tempat kerja diorang di Cross Road Lounge di otel Concor Shah Alam



 
 
Cukup korum.. Mak Dara bersama seluruh keluarga Mak Dara
Dr kiri: AdzaNasyaemie, Adza Rinawati, Adza Adzriyati, En Adenan Arshad
Pn Zaleha arus, Adza Irdawati(Mak Dara, Adza Tutyrianti & Adza Edie Izwan
 
Cukup korum Mak Dara dan semua adik beradik Mak Dara
 
Semua anak anak Mak Dara turut menghadiri Birthday party tu
Syukur alhamdullilah semuanya acara berjalan lancar. Semua adik eraik serta ibuapa Mak Dara pon turut hadir dalam birtday party tu. 

Happy Birthday Kak Yan!!! Luvsss Ya
 

Monday, March 21, 2011

APA KAU RASA Jadi Lagu Tema Drama Terbitan Abang Shahruddin Thamby

Mak Dara dan suami baru saja habis buat skrip berjudul "AKU DIA DAN DIA". Drama ni adalah skrip drama yang ke 60 yang telah Mak Dara tulis dan telah diterbitkan oleh Abang Shaharuddin Thamby seorang pelakon yang terkenal dan sekarang telah menjadi seorang penerbit drama yang meletops... . Mak Dara rasa shooting drama ni baru aje habis tapi Mak Dara tak pasti siapakah pelakon pelakon yang menjayakan drama tu.. Nanti double check balik dengan abang Din hehe..

Kisahnya Tengah hari tadi suami Mak Dara mendapat panggilan dari Abang Din menyatakan bahawa dia nak gunakan lagu D'ADZA iaitu lagu berjudul APA KAU RASA sebagai lagu tema drama AKU DIA DAN DIA tu.. perghhhhhhhhh terujaaaa Mak mendengar berita tu..


Memang sesuai lagu tu dengan jalan cerita drama tu. Terima kasih Abang Din kerana sudi guna lagu kami tu.. Tak sabar nak tengok bila Drama tu disiarkan di RTM nanti =)

Jom layanzzz lirik APA KAU RASA.. Lirik ni Mak Dara tulis bila ada orang tegur pasal kekembanggannnnn Mak Dara . Kira macam lirik nak lepas geram lah hahahaha..

Lirik Apa Kau Rasa – D’ Adza

Kau Sukakan Wanita-wanita Cantik
Ku cantikkan Diriku
Kau Suka Wanita-wanita Genit
Ku Mulakan Diet Ku
Kau Gilakan Wanita-wanita Seksi..
Itu Bukan Aku
Wanita Seksi.. Seksi.. Itu Bukan Aku

Bila Difikir Kembali Bodohnya Diriku
Mengapa Harus KuPuaskan Hati Mu Saja
Aku Tetap Aku Wanita Luar Biasa
Kini Penuhi Pula Permintaan Ku

Hensemkan Diri Mu..
Kempiskan Boroi Mu..
Saratkan Akaun Mu..
Jantankan Kelakian Mu..
Setelah Penuhi Segala Yang Ku Pinta
Kau Temui Aku, Kini Apa Pula Kau Rasa

Tell Me How U Feel
I Do It Again
I’ve Got A Get Up Get Up And Get Down
I Do It Again
I’ve Got A Get Up Get Up And Get Down
Now Tell Me How U Feel

#Korus 2x


Monday, February 21, 2011

D'ADZA BAND dalam Majalah Media Hiburan

Group D'ADZA dan D'ADZA BAND ni memang tak banyak bezanya cuma bezanya ahli kumpulannya aje. kalau D'ADZA terdiri dari adik beradik Mak Dara iaitu Adza Iyanie, Adza Tuty, Adza Rina dan Mak Dara sekali Adza Irda. kumpulan kami ni dah lama ditubuhkan sejak dari kami kecik kecik lagi.. Tapi sejak Mak Dara asyik dok produktif mengembangkan keluarga maka Mak Dara bersara dari D'ADZA dan selepas itu tertubuhlah D'ADZA BAND yang dianggotai oleh Adza Yanie, Adza Tuty, Adza Rina, Tengku Noor dan Amri. Sekarang D'ADZA BAND membuat persembahan di hotel Concord Shah Alam.

Alhamdullilah D'ADZA BAND telah dijemput oleh majalah Media Hiburan untuk dimasukkan dalam segmen "BAND PILIHAN" dalam majalah tu.. Maka keluarlah cerita mengenai D'ADZA di Media Hiburan =)

D'ADZA Band di Majalah Media Hiburan 12-18 feb

D'ADZA Band di Majalah Media Hiburan 12-18 feb

Pada sesiapa yang suka layan tengok Band.. bolehlah gi ke Crossroad @ Concord Shah Alam dan saksikan D'ADZA perform.. =)


Wednesday, February 16, 2011

Mak Dara dan Batu Keras

Tidak.. Mak dara bukannya kena baling dengan batu yang keras. Dan tidak juga.. Mak dara tak kena penyakit batu karang hehehe.. batu Keras tu bahasa berlapik kepada HARD ROCK sebenarnya.

Mak Dara @ HARD ROCK CAFE KL

Mak Dara ni bukanlah kaki clubbing . Tapi Mak Dara memang suka menonton live band. Sebab Mak Dara dolu dolu pun salah sorang anggota Band juga. Band Mak Dara dulu namanya D'ADZA. Dimana Mak Dara main keyboard dan adik beradik Mak Dara yang lain menyanyi. Tapi sejak dah beranak pinak dan sejak spare tyre dah semakin menimbun nimbun maka Mak dara bersara dari dunia band ni sebelum roboh pentas dek sebab Mak Dara yang dah semakin gebu nih hehe.


Mak Dara bersama D'ADZA suatu masa dolu huhu

Jadi Mak Dara selalu lah pegi layan tengok band band perform. Terbaru Mak Dara dan adik Mak Dara gi layan Band Hydra yang perform kat Hard Rock Cafe KL. perghh memang besttt betul band tu. Yang bestnya bila diorang perform lagu lama lama zaman Mak Dara iaitu lagu2 dari Boyz 2 Men . Perghh menusuk kalbu bila dengar lagu The End Of The Road.. huhu

D'ADZA BAND

Tapi apa apapun seminggu sekali, Mak Dara pasti akan pergi menengok Band D'ADZA yang sekarang dianggotai oleh kakak Mak Dara iaitu Adza Adzriyati, Adik2 Mak Dara Adza Tutyrianti dan Adza Rinawati, serta abang ipor Mak Dara Tengku Noor(pemain keyboard) dan Amri (pemain gitar) yang sekarang perform di Crossroad Concord Shah Alam. Kalau uols pun suka tgk Band check out ler Band D'ADZA yer =)

Wednesday, January 19, 2011

MAK DARA, BAND MAK DARA & SAIFUL APEK - Kembalilah

Mak dara ni memang gila menulis.. Ibu Mak Dara selalu cerita masa Mak Dara kecik kecik dulu, Mak Dara ni pantang nampak pensel sure habis dinding rumah Mak Dara decorate hehe.. Nasib baiklah dengan berkat kesabaran Ibu Mak Dara akhirnya Mak Dara menjadikan bidang penulisan ni sebagai satu kerjaya. time kasih mak.. Lap you very the strong lah hehe.. So lepas boring boring tulis skrip, Mak Dara bersama adik beradik Mak Dara (D'ADZA) telah dilamar oleh Saiful Apek untuk menjadi artis dibawah naungan Gitu Gitu Production. Dan disitu buat kedua kalinya Mak Dara dan juga atas pertolongan adik beradik Mak Dara menghasilkan lirik kedua iaitu lagu KEMBALILAH nyanyian D'ADZA feat Saiful Apek.

Lagu Kembalilah telah dimuatkan dalam album SAIFUL APEK & FAMILI

Layanzz le lirik lagu Mak Dara yang tangkap lalok ni yer..

KEMBALILAH

Segalanya kini pun bermula
Wajahmu seringkali kugambar eh...
Hadirlah walau dalam mimpiku
Kurindukan sikap mesra
Oh kawanku

Korus
Ruang-ruang dalam hati ini berkata
Kembalilah
Nada-nada dalam hati ini bergema
kembalilah

Apek
Kurindukan gurauan
Hilai tawa tangis oh kawanku
Kini ku kosong tak bererti

Segalanya kini bermula
Wajahmu seringkali kugambar eh...
Hadirlah walau dalam mimpiku
Kurindukan sikap mesra
Oh kawanku

Ruang-ruang dalam hati ini berkata
Kembalilah

Apek
Kurindukan gurauan
Hilai tawa tangis oh kawanku
Kini ku kosong tak bererti

Ulang korus

Download: Kembalilah.mp3

Lirik Kembalilah - D'Adza feat Apek

KEMBALILAH juga telah menjadi soundtrack untuk VCD OK

Fuhhh kenangan yang terindah betul time tu.. =)



Tuesday, January 18, 2011

APA KAU RASA

Lebih 14 tahun Mak Dara terlibat dalam bidang penulisan skrip. Hampir 59 skrip drama Mak dara telah ditayangkan di kaca TV sejak 1997 lagi antaranya SAKA, NEK NAK, CUCI CUCI SERVICES, BOLA CINTA dan banyak lagi. Filem hasil tulisan Mak Dara yang ditulis bersama suami ialah SHHY..DIA DATANG, SERREM and LIBAS yang akan ditayangkan di pawagam pertengahan tahun ini.. Sekarang Mak Dara menceburi bidang Blog dan Mak Dara pun teringin nak menceburi bidang menulis lirik lagu pulak..

lirik pertama yang pernah Mak Dara tulis ialah untuk band Mak Dara berjudul "APA KAU RASA".. cubalah rasa lirik ni ek.. enjoyssss

lagu: APA KAU RASA
musik: HADI HASSAN
lirik: ADZA IRDAWATI
artis: D'ADZA



Apa Kau Rasa

Kau Sukakan Wanita-wanita Cantik
Ku cantikkan Diriku
Kau Suka Wanita-wanita Genit
Ku Mulakan Diet Ku
Kau Gilakan Wanita-wanita Seksi..
Itu Bukan Aku
Wanita Seksi.. Seksi.. Itu Bukan Aku

Bila Difikir Kembali Bodohnya Diriku
Mengapa Harus KuPuaskan Hati Mu Saja
Aku Tetap Aku Wanita Luar Biasa
Kini Penuhi Pula Permintaan Ku

Hensemkan Diri Mu..
Kempiskan Boroi Mu..
Saratkan Akaun Mu..
Jantankan Kelakian Mu..
Setelah Penuhi Segala Yang Ku Pinta
Kau Temui Aku, Kini Apa Pula Kau Rasa

Tell Me How U Feel
I Do It Again
I’ve Got A Get Up Get Up And Get Down
I Do It Again
I’ve Got A Get Up Get Up And Get Down
Now Tell Me How U Feel

Amacam ada rasa apa apa tak lepas baca lirik Mak Dara ni hehehe


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK