Showing posts with label DRAMA MENCARI DATIN. Show all posts
Showing posts with label DRAMA MENCARI DATIN. Show all posts

Monday, April 14, 2014

MENCARI DATIN

Assalam duhai teman.. Haaa apa kena dengan mak ni tup tup nak cari Datin pulak kan? Kenapa tak cari Dato saja betol tak? Opss karang ada jugak periuk belanga yang terbang melayang layang nanti hehe.. Kisahnya begini.. Baru baru ini Mak Dara bersama somi Mak Martias Ali baru sahaja selesai menulis sebuah skrip drama bertajuk MENCARI DATIN . Drama ini merupakan hasil karya skrip Mak Dara yang ke 70. Cerita ni cerita komedi.. Haaa memang peberet genre Mak Dara untuk menulis cerita yang lawak lawak ni. Bila dah dapat genre yang kita suka dan minat apalagi... Mak dara dapat habis menulis skrip drama ini dalam masa 17 jam sahaja non stop!!! Haaa ini antara record terbaru Mak dara sejak menulis selama 18 tahun ni hehe.. Selalunya kalau menulis sesuatu skrip drama ambil masa sekurang kurangnya 5 hari ke 2 minggu atau lebih.. Entah le kali ni boleh pulak buat tak sampai satu hari hehe.. Pengarah dan penerbit bagi drama ini ialah TS JEFFRY tau...

Dan drama tu dah pun siap shooting dan akan ditayangkan pada MALAM INI!!!


Jom saksikan Telemovie Komedi bertajuk " MENCARI DATIN" pada 14/4/2014 pada jam 8.30 malam di TV9.....antara barisan pelakon-pelakon terkenal :- ROPI CECUPAK, IFA RAZIAH, ZARA ZYA, LANA NORDIN, RAMONA ZAMZAM, DAYANA ROZA, ACONG SWEETCHILD, serta dibintangi pelakon kanak-kanak : MUNTAZAR GHUFRAN serta ramai lagi......JANGAN LUPA TONTON YER!!!!........


Friday, January 31, 2014

MENCARI DATIN


Assalam duhai teman.. Haaa apa kena dengan mak ni tup tup nak cari Datin pulak kan? Kenapa tak cari Dato saja betol tak? Opss karang ada jugak periuk belanga yang terbang melayang layang nanti hehe.. Kisahnya begini.. Baru baru ini Mak Dara bersama somi Mak Martias Ali baru sahaja selesai menulis sebuah skrip drama bertajuk MENCARI DATIN . Drama ini merupakan hasil karya skrip Mak Dara yang ke 70. Cerita ni cerita komedi.. Haaa memang peberet genre Mak Dara untuk menulis cerita yang lawak lawak ni. Bila dah dapat genre yang kita suka dan minat apalagi... Mak dara dapat habis menulis skrip drama ini dalam masa 17 jam sahaja non stop!!! Haaa ini antara record terbaru Mak dara sejak menulis selama 18 tahun ni hehe.. Selalunya kalau menulis sesuatu skrip drama ambil masa sekurang kurangnya 5 hari ke 2 minggu atau lebih.. Entah le kali ni boleh pulak buat tak sampai satu hari hehe.. Ok moh Mak Dara kongsikan sedikit sinopsis dan jalan cerita drama MENCARI DATIN ni ya..


Skrip Ke 70

Tajuk: MENCARI DATIN

Durasi : 60 minit
PRODUKSI: PENTAS WAYANG SDN BHD
PRODUSER: TS JEFREY
Idea Asal : MARTIAS ALI
SKRIP: Adza Irdawati Adenan & Martias Ali
SIARAN : TV9 (mungkin akan ditayangkan pada hujung feb 2014 nnt)

SINOPSIS MENCARI DATIN

Razak awal 50an, seorang ahli peniagaan yang berjaya. Mempunyai dua orang isteri iaitu Saleha (40an) isteri tua dan Maria (awal 30an). Perkara yang menarik dalam kehidupannya bila mana kedua isterinya saling hormat menghormati dan memahami dunia bermadu.  Razak mempunya seorang anak perempuan  bernama Junaidah berusia dalam 20 an hasil perkahwinannya dengan Saleha dan seorang anak lelaki berusia 8 tahun hasil perkahwinan dengan isteri kedua. 

Razak begitu taat pada jadual rumah tangga dan tidak pernah mengabaikan giliran untuk bersama isteri pertama dan kedua. Segalanya begitu sempurna bagi Razak.
Namun segalanya mula berubah bila mana Razak menerima satu surat untuk di isi sebagai syarat bagi mendapatkan status Dato’  dari sebuah istana negeri.  Razak merasakan itu merupakan satu penghormatan kepada dirinya dan menambah kekuatan profile syarikat yang di milikinya itu. Berita itu kemudian sampai ke pengetahuan Saleha dan Maria.

Saleha terus merasakan bahawa tidak lama lagi dia akan bergelar Datin.  Saleha mulai berubah dari segi pakaian, perwatakan serta percakapannya.  Junaidah menjadi mastermind untuk groom ibunya sebagai persediaan untuk menjadi seorang Datin. 

Perbuatan Saleha itu menyebabkan Maria mulai merasa meyampah pada madunya itu. Saleha merasa yang dia kini mempunyai kelebihan berbanding dengan isteri mudanya. Perbuatan Saleha menyebabkan Maria mulai tertekan.
Wani  (20an) adik kepada Maria mulai menghasut Maria supaya kakaknya itu mendapat gelaran datin.  Wani menyuruh Maria memujuk Razak untuk menceraikan isteri tuanya. Persengketaan antara Maria dan Saleha akhirnya tercetus. Masing-masing mencari jalan  supaya Razak declare siapa yang harus mendapat title Datin.

Kini keharmonian kehidupan bermadu Razak mulai bergoncang.  Razak tahu bahawa Saleha yang layak mendapat pangkat datin kerana ia adalah isteri yang pertama. Namun Razak juga amat menyayangi Maria.

Saleha mulai berjinak-jinak dengan group datin yang sering ke sebuah kelab Pocho-Pocho.  Saleha mengaku yang dia adalah Datin Saleha.  Tanpa dia sedari ada seorang yang menyamar menjadi  Datin yang cuba mengambil kesempatan untuk menipu datin-datin di kelab itu. Salehater pengarauh dan melabur dalam satu projek dengan dangan jumlah wang yang banyak.

Maria pula semakin gilakan glamor. Dia seriang menawarkan diri untuk menjadi peanung di beberapa acara amal.  Maria menjadi semakin sibuk.Razak semakin kusut dengan perangai kedua-dua isterinya. Lantas dia banyak menghabiskan masa dengan Qasih, setiausaha di pejabatnya. Satu hari Saleha di jemput ke satu majlis amal di mana Maria menjadi penaung. Saleha mulai memecah tembelang dengan menatakan bahawa Maria bukan datin. Pergaduhan dan tarik rambut berlaku di hadapan pihak media. Suasana menjadi kecoh.

Keesokan harinya kedua-dua mereka berada di dalam penjara kerana membuat kacau.  Razak datang untuk menjamin mereka berdua. Razak kemudian memberi tahu bahawa dia tidak terpilih untuk mendapat gelaran Dato dankerana kesibukan mereka berdua mengejar title Datin, Razak telah mengahwini Qasih sebagai isteri ketiganya.

Setahun kemudian Razak mendapat gelaran Datuk bila mana Junaidah melahirkan cucu mereka yang pertama. 

Amacam ok tak citer ni hehe.. Drama ini akan diterbitkan oleh penerbit TS JEFRY dan syarikat PENTAS WAYANG PRODUCTION SDN BHD dan bakal menjalani penggambarannya tak lama lagi.. Doakan semoga shooting ini berjalan lancar dan dipermudahkan ye..

Jom terjah ke Blog / senarai drama yang pernah Mak dara hasilkan http://adzairda.blogspot.com/2014/01/drama-mencari-datin.html


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK