Showing posts with label Digi WWWOW Award. Show all posts
Showing posts with label Digi WWWOW Award. Show all posts

Saturday, June 9, 2012

Siapakah Bakal Menang DiGi WWWOW AWARDS 2012?


Akhirnya masa yang ditunggu tunggu telah pun tibaaaa.. Malam Anugerah DiGi WWWOW AWARD 2012 bakal berlangsung malam ini.. Tahun ini pertandingan ini penuh dengan MISTERI apabila tidak dinyatakan  atau tiada sebarang list yang dikeluarkan oleh pihak Digi akan siapakah finalist TOP 5 yang telah dipilih oleh pihak juri. Pada tahun lepas dua minggu sebelum majlis anugerah dah dikeluarkan list finalist top 6.. Mungkin tahun ni diorang nak buat SURPRISE kan hehe sooo kepada semua yang telah terpilih tu all the best ya...

Mak rasa rasa antara yang bakal menang ialah Jini Boy TV dan juga video LEMBU NAK JAGA tu sebab diorang memang besttt sangat.. Hari tu masa pelancaran pertandingan ini kedua dua mereka telah pun menjadi PANEL SPEAKER DiGi WWWOW dan segmen segmen yang mereka buat khas untuk majlis pelancaran hari tu memang bermanfaat dan banyak yang boleh dipelajari oleh semua . luvss it ;)

Beberapa teman Mak Dara berkata mereka berterima kasih kepada pihak Digi kerana akhirnya telah menghantar email kepada mereka SEMALAM iaitu SEHARI SEBELUM majlis anugerah digi wwwow bakal berlangsung dan menyatakan bahawa mereka hanyalah top 10 dan tidak termasuk dalam top 5 dan memberitahu bahawa mereka tidak dijemput ke malam anugerah itu  Ok lah kan sehari sebelum hari award dapat email tu.. kalau dapat pada hari ini takut takut dah ada yang tak buka email dan pegi ke majlis tu..  kompom kesian diorang kan hehehe . Tapi oklah nanti pihak DiGi akan berikan sijil atas penyertaan mereka tu semua..

Ada juga teman yang bersyukur kerana tak buat sebarang promotion dan vote yang tinggi namun turut dipilih.. Perghhh memang bertuah ..  tabikk spring satuu ;)

Walau apa apapun semoga malam anugerah ini berlangsung dengan jayanya.. All the best kepada semua finalist . Dan kepada pihak penganjur uols memang TERBAEKKKKKKK lah...

p/s: Kepada rakan blogger mak dara yang tidak  terpilih tu ( you know who you are) walaupun usaha usaha anda  tidak di ambil kira namun rasanya semua orang dapat tahu bertapa kuatnya anda semua mempromote dan bekerja keras untuk contest ini.. Ada yang mengeluarkan wang yang banyak.. Ada yang mempromote dalam dan luar negara.. ada yang tidak tidur malam hampir berbulan hanya untuk ini .. we salute you :) 


Tuesday, April 3, 2012

IBU MERTUA KAU


As salam duhai teman.. Haaa semalam nak habaq mai.. Mak Dara telah pun shoot video promo untuk DiGi WWWOW AWARD.. Pada mulanya mak dara ingat nak buat simple simple aje.. Ala ala serius minta tolong votekan untuk Mak Dara untuk kategori Nuffnang Fave Kay Poh.. tapi adik Mak Dara si Adza Tuty cakap asyik serius aje buat le kelakor sikit ikut personaliti meroyan mak ni.. Hmm betul jugak kan sesekali bertukaq arah apa salahnya kan.. Biaq lain dari yang lain sikit kan.. Lepas tu dia bagi idea suruh buat macam ibu mertuaku tu.. 

Nama ibu mertua dalam filem tu pun kalau tak silap, Mak Dara juga so memang kenalah kan.. Apa lagi Mak terus berkomplot dengan adik mak si Adza Edie minta dia direct dan edit video ni dan alhamdullilah dia setuju.. Dan adik bongsu mak Adza Emie pun sudi jadi makeup artis mak perghhh pucuk dicita lah kan.. Maka shooting pun bermula Mak Dara versi IBU MERTUA KAU hahaha.. Moh mak sharekan beberapa keping gambar belakang tabir ya..

 

Haaaaa itu lah antara petikan petikan babak dalam video promo mak dara tu.. Kalau nak tahu apa sebenarnya yang terjadi.. Kejap lagi mak kasi upload full videonya ya.. 30 saat aje tak lama hehe tungguuuuuuuuuuu.....



Thursday, July 14, 2011

Smile.. Smile.. Smile...

Ohhhhhh tiada kata dapat diluahkan.. tiada sengih yang lagi tersengih dari sengihan Mak Dara sekarang ini.. Tiada suka dari lebih dari keterujaan mak dara pada saat ini tatkala melihat ini..


Mata macam tak percaya apa yang dilihat.. Blogger femes emes Mia Liana telah meletakkan gambarnya bersama Mak dara sebagai headernya!! OMG OMG... sungguh WWWOW!!!!!!!! Terkenang lagi saat pertama kali terlihat Mia di DiGi WWWOW Award tu.. Mula mula Mak Dara segan nak tegur..

Mia dan suami sedang beratur untuk mendapatkan pass masuk

akhirnya Mak Dara beranikan diri jua untuk menegur Mia

Saat mula berkenalan dengan Mia memang besttttttttttt.. sempoiiiii.. seramah mana Mia di blog lebih ramah bila kita berjumpa.. Very humble and nice person.. Segala keseganan untuk menegur blogger femes emes ni hilang tatkala bertemu Mia dan suami.. 



Smile.. Smile.. Smile..

Mak Dara tabik spring sama Mia kerana berada di dalam top 6 TOP BLOGGER OF THE YEAR AWARD!.. No matter what you are still a winner.. Tks for the friendship.. And hope to see you soon! 

Wednesday, July 13, 2011

Perjalanan Mak Dara ke Digi WWWOW Award

Salam semua teman teman.. Wahhh lewat betul Mak Dara nak update blog malam ni.. Sebenarnya Mak Dara baru saja balik dari majlis DiGi WWWOW AWARD dimana Mak Dara antara calon top 6 untuk kategori TOP KAY POH AWARD... Banyak betul yang mak nak updatekan.. Jadi mak buat dalam berperingkat ye ngeeee..

Ok mari mak mulakan dari perjalanan Mak untuk ke Digi WWWOW Award tu boleh? kira boleh lah ye hehe.. Ok Mak Dara ke sana ditemani oleh somi Mak Martias Ali.. kami bertolak dari rumah pukul 6 petang..

dlm kereta otw ke KLPAC

akhirnya tiba jua di hadapan KLPAC dalam pukul 6:30 petang

alamak kena lalu depan bapak bapak sukarelawan pulak haha

Adesss panjangnya kena beratur untuk mendapatkan pas masuk

ternampak blogger Mialiana(bertudung pink) bersama suami

Tengah tunggu giliran untuk dapatkan pas masuk

akhirnya mak dara terima pas untuk masuk woohooo

fuhhh masih ramai yg beratur di bawah

Mak mengorak langkah ke majlis tu..naseb baik tangga tu tak baper tinggi ngee

bertemu dengan blogger Mia Liana


Waduhhhh mata betul2 betul dah berattt ni rasanya tak mampu nak bertahan lagi hehehe.. Baiklah Mak undur diri dulu ya.. Esok mak akan sambung cerita yang belum sudah ini.. Apa apapun mak idok le menang dalam kategori Top Kay Poh tu namun mak amat amat bersyukur kerana berada dalam top 6 untuk kategori tu hehehehehe.. Tahniah mak ucapkan pada semua pemenang ye... ok kita sambung esok ye anak anak selamat malam.. errr pagi hehe

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK