Showing posts with label Drama AIDILFITRI DI BULAN SYAABAN. Show all posts
Showing posts with label Drama AIDILFITRI DI BULAN SYAABAN. Show all posts

Thursday, July 3, 2014

AIDILFITRI DI BULAN SYAABAN


Tontonlah drama bertajuk AIDILFITRI DI BULAN SYAABAN yg sedang disiarkan di ASTRO RIA 104 sekarang.. Drama ini adalah hasil skrip suami saya Martias.. walaupun arwah telah 34 hari meninggalkan kita namun karyanya masih terus disiarkan.. 

lokasi rumah di dalam drama ini adalah rumah lama kami di rawang sebelum kami berpindah ke lembah keramat.. so many sweet memory..


sayangku Martias... you always ask me if im proud of you and your job.. the answer is.. always sayang... im soo proud of you...


Monday, July 1, 2013

AIDILFITRI DI BULAN SYAABAN

As salam duhai teman.. Tengah buat apa tu? Kalau tengah tengah free tu moh le menonton sebuah drama komedi yang bertajuk AIDILFITRI DI BULAN SYAABAN yang sedang ditayangkan di ASTRO PRIMA saluran 105 sekarang!


Skrip drama ini telah ditulis oleh somi Mak Dara Martias Mohd Ali dan mak dara pun ada juga bantu tulis sikit sikit dalam skrip ini hehe. Kalau anda anda semua nak tahu, drama ni rasanya dah diulang tayang di kaca TV lebih dari 6 tahun . Boleh dikatakan kalau tiap kali tibanya aje bulan ramadhan dan bila tiba hari raya pasti drama ini akan diulang tayang dan diulang tayang lagi dan lagi dan lagi.. Kalau di hollywood mau kayo laki mak dapat royalty sebagai penulis ni hehehe.. 

Oleh kerana rating dan sambutan yang amat memberangsangkan maka ASTRO RIA meminta Martias menyambung cerita ini ke "AIDILFITRI DI BULAN SYAABAN 2" yang telah ditulis sepenuhnya oleh Martias Ali.

Ok lah...  Moh kita nonton drama AIDILFITRI DI BULAN SYAABAN di Astro Prima sekarang yuk!! :)


Saturday, June 30, 2012

AIDILFITRI DI BULAN SYAABAN

Tiap kali tibanya bulan Syaaban pasti Mak akan terkenang sebuah drama yang mak dara tulis bersama somi mak Martias Ali iaitu drama berjudul ADILFITRI DI BULAN SYAABAN...


Drama ini dilakonkan oleh Joey Daud , Rashidi Ishak dan Shajiry..Mak Dara rasa skrip ini adalah yang paling seronok pernah Mak dara tulis.. Nak nak lagi bila menulis bersama sama somi kann bertambahlah terujanya hehe.. Ada yang pernah menonton drama ini? 

Pada yang belum pernah melihat drama ini meh mak dara ceritakan secara ringkas kisah drama ini ya.. Joey Rashidi dan Shajiry merupakan 3 rakan baik dan tinggal serumah.. Joey seorang yang agak pemalas untuk bekerja lalu dia ke klinik milik Rashidi dan meminta Rashidi memberikan dia MC namun Rashidi mendesak untuk membuat anual checkup terhadap Joey dahulu sebelum dia memberikan Joey MC.. Oleh kerana terlalu malas untuk ke tempat kerja Joey akhirnya bersetuju.. Akhirnya laporan kesihatan Joey diterima dan semua terkejut apabila mendapati bahawa Joey menghidap penyakit kronik dan dijangkakan jangka hayat hidupnya tidak lama saja lagi iaitu dua bulan dari hari itu. Joey sangat sedih mendapat berita itu. Rashidi dan Syajiry berjanji akan menunaikan apa sahaja permintaan terakhir teman mereka itu. Dan joey menyatakan niatnya untuk menyambut raya buat kali terakhir. Joey dibawa pulang ke kampung Shajiry dan Rashidi bersama orang orang kampung mula membuat persiapan olok olok mereka walaupun pada bulan itu bukan bulan ramadhan tetapi adalah bulan syaaban namun semua mahu menunaikan hajat terakhir Joey itu.

Joey menjadi semakin melampau apabila menyatakan bahawa dia teringin rasa bertunang dan shajiry merelakan kekasih hatinya untuk ditunangkan kepada Joey hanya untuk menunaikan hajatnya itu. Namun Shajiry menegaskan kepada kekasihnya itu bahawa mereka akan bersatu semula setelah Joey meninggal dunia nanti. Bukan itu sahaja Joey turut meminta motor baru yang dibeli Syajiry dan macam macam lagi dan semua permintaannya itu ditunaikan oleh Shajiry dan Rashidi walaupun ppada ketika itu mereka mulai bengang dengan sikap joey yang mengambil kesempatan atas sakitnya itu..

Pada pagi hari raya olok olok di bulan Syaaban itu Joey dan kesemua mereka menyambutnya dengan syahdu kerana merasakan ini kali terakhir joey akan meraikan hari raya. Tiba tiba Rashidi mendapat panggilan dari kliniknya menyatakan bahawa laporan kesihatan Joey telah tertukar dengan seorang lagi pesakit yang lain dan mereka katakan bahawa Joey tidak mempunyai sebarang penyakit dan amat sihat sekali. Mereka memaklumkan hal itu kepada Joey namun terlambat apabila Joey sudahpun mengetahui hal itu terlebih dahulu dan telah melarikan motor dan semua hadiah pemberian Rashidi dan Syajiry bersama sama kekasih hati Syajiri.


Memang kelakoar benar Joey, Shajiry dan rashidi membawakan watak mereka masing masing.. Memang seperti apa yang kami gambarkan masa kami menulis skrip drama ini.. Oleh kerana rating dan sambutan yang amat memberangsangkan maka ASTRO RIA meminta Martias menyambung cerita ini ke "AIDILFITRI DI BULAN SYAABAN 2" yang telah ditulis sepenuhnya oleh Martias Ali dan telah keudara di Astro Ria beberapa tahun yang lalu..

Hmmm bilalah dapat buat lagi cerita komedi raya macam ni lagi ye huhuhu...

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK