Showing posts with label Drama Keranamu Ibu. Show all posts
Showing posts with label Drama Keranamu Ibu. Show all posts

Saturday, March 31, 2012

KERANAMU IBU - Walau Banyak Kali Tonton Sebak Tetap Ada




Assalammualaikum duhai teman... Baru sebentar tadi Mak Dara baru terjumpa satu video drama yang telah diuploadkan oleh syarikat NUSANTARA Sdn Bhd iaitu sebuah drama yang berjudul KERANAMU IBU.. Drama ini sebenarnmya telah ditulis skripnya oleh Mak Dara dan telah pun dijadikan sebuah VCD pada tahun 2004 dahulu.. Memang mak tak sangka ada di upload di youtube.. 

Antara 63 buah drama yang telah mak hasilkan skripnya namun drama ini paling dekat di hati Mak Dara.. Ini mungkin kerana watak alif "kanak kanak istimewa" yang tidak disukai oleh orang kampung amat similar dengan kisah hidup arwah adik mak dara iaitu allahyarhamah Adza Suzyriani yang telah meninggal dunia pada umurnya 16 tahun.. 

Dan selepas sahaja mak tulis skrip ini mak terus tak mahu lagi tulis kisah sedih..  Sebab tu mak terus tulis drama bergenre komedi dan seram aje sampai sekarang..

Jika sudi tontonlah drama ini ya.. Kerana drama ini amat amat bermakna pada mak..
Waduhhh naik sebak pulak bila bercerita tentang arwah adik mak.. Ok sebelum banjir di pipi mak ni sudi sudikanlah menonton KERANAMU IBU ini ya....