Showing posts with label Earth Hour. Show all posts
Showing posts with label Earth Hour. Show all posts

Saturday, March 26, 2011

Bergolap Gulita demi EARTH HOUR

Mak Dara dan family turut menyertai kempen Earth Hour yang baru jer habis sebentar tadi.. Sejam tanpa lampu rasanya sekejap ajer berlalu dengan keletah anak anak Mak Dara yang seronok bermain dalam gelap.

Anak teruna Mak Dara dengan pose ala ala greennya hehe

Mak Dara bersama anak anak semasa Earth Hour

keadaan ruang tamu rumah Mak Dara semasa Earth Hour.. huhu golapp

Anak anak main masak masak dalam golap
(gambor ni terang sbb pakai flash hehe)

Sikit lagi dah boleh bukak lampu yer darlingss hehe

lepas setengah jam terus diorang bosan main haha

Yeayyy akhinya kami berjaya menghabiskan sejam tanpa berlampu.. Sehingga tahun depan.. Save Earth .. Save Life =)

Friday, March 25, 2011

Apa yang perlu dilakukan semasa EARTH HOUR

Earth Hour... Ia merupakan kempen memadamkan lampu selama sejam pada 26Mac dari pukul 8:30 malam sampai 9:30 malam ini. Satu dunia tengah berkempen sama. Ini adalah untuk menunjukkan keprihatinan manusia di bumi mengenai bumi yang semakin hancur disebabkan ‘global warming’,lapisan ozon semakin menipis dan macam-macam la yang akan merosakkan bumi ini.


Mak Dara turut sertai Earth Hour tahun lepas dan akan sertai juga pada tahun ni.. Nak nak pulak anak sulung Mak Dara tu memang kearah green.. green the earth katanya.. Tak padan dengan umor 13 tahun hehe.. Dia tak suka Mak Dara shoping dan ambil plastik bag bila membeli barang barang. Dia akan suruh Mak Dara bawak "green bag" yang boleh recycle dan guna banyak kali.. Dia jugalah yang paksa Mak dara beli bag tu haha.. Tapi kadang kadang kalau keluar shoping tanpa dia.. Kantoi jugak.. Ambik juga plastik bag bila dah siap bayar dan time nak ambil barang yang dah dibeli. Tapi bila balik cepat cepat simpan bag plastik di dapur kasi dia tak nampak haha. Ahamdullilahlah jika dia ada kesedaran macam tu dari usia muda.. Macam Mak Dara dah tua tua baru nak sedar tentang kempen kempen macam ni..


Mak Dara nak lebih bersedia untuk setai Earth Hour ni malam ni.. Dan dah siapkan list..

Apa yang perlu dilakukan untuk sambut EARTH HOUR

1) Beli lilin banyak banyak
2) siapkan kipas tangan
3) Charge Laptop sampai Full
4) Sediakan mainan yang boleh dimain bersama anak anak
di dalam gelap untuk elakkan diorang boring
5) Siapkan makan dan minuman ringan untuk anak anak
6) Tutup Lampu selama sejam
DONE!

Itu list Mak Dara ler.. Orang lain punya list dan aktiviti masa Earth Hour ni mungkin lagi adventure dari Mak Dara rasanya hehe. Uols join kempen Earth Hour malam ni? Bagi yang join sedialah apa apa yang patut yer.. =)

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK