Showing posts with label India. Show all posts
Showing posts with label India. Show all posts

Thursday, February 3, 2011

Keunikan House Boat di Kerala India

Saja jerr Mak Dara nak kongsi cerita pasal Mak Dara dan suami ke india 2 minggu lepas. Terutama pengalaman Mak Dara menaiki "HOUSE BOAT" yang menjadi tarikan utama pelancong ke Kerala India.



Mak Dara dansuami byk menghabiskan masa kami di Kerala. Mungkin ada yg tak pernah pun dengar pasal kerala di India kan.. yang selalu dengar Mumbai New Delhi, Taj Mahal. Jangan tak tahu menurut dlm majalah kapal terbang yg kami naiki tu, kerala adalah antara 50 tempat 'wajib' yg mesti dilawati di dlm dunia ni hehe..

Mak Dara di perlabuhan house boat di Kerala dan sedang menju

Akhirnya setelah 3-4 hari di bandar Cochin Mak dara dan suami ambik keputusan untuk menyewa sebuah Boat house. Ni kira macam hotel bergerak lah. Sewanya dalam duit kita dalam RM500 semalam. tapi tengok pada boat tu jugak.. ada yang mewah sewanya pun mewah ler.. ada 2 tingkat.. ada 2 bilik, 3 bilik yang boleh menempatkan sampai 3 keluarga. Tapi disebabkan hanya Mak Dara dan suami jer ke India kami sewa boat house yang satu bilik ajer.. Ini kira Honeymoon Mak Dara dan suami yang keempat selepas Tasik kenyir, Bangkok, Hat Yai dan Bali..

Yang bestnya pasal Boat House tu kami disediakan seorang kapten boat dan seorang chef. Kiranya mcm VVVIP lak rasanya hehe. Maunya tak.. ada orang pandu boat.. ada orang tolong masakkan bfast, lunch, makan petang dan dinner.. Makanan pulak perghhh tak payah cakap ler.. mmg sodappppp...


Bilik di dalam house boat


Mak Dara di ruang tamu atas house boat tu

Hubby Mak dara sedang melayan perasaan atas house boat ahaha


Mak Dara sedang belajar memasak udang dengan chef di atas kapal tu


Mak dara di ruang tamu dalam house boat sambil menikmati lunch
yg dimasak oleh chef di atas kapal itu


Mak Dara atas boat house


Hubby Mak Dara si Pelayar bahtera hehehe

Pelayaran kami bermula dari pukul 11:30 pagi. Mak dara dah prepair buah limau takut takut kalau loya dan rasa nak termuntah. tapi sangkaan mak dara meleset sebab naik boat di tasik ni lain dari naik boat di laut. Takdelah nak terumbang ambing sangat.. Macam biasa jer.. Sepanjang tasik tu banyak rumah rumah, sawah padi dan kebun kebun.

Mak Dara terpegun melihat sepanjang tasik tu yang lebih kurang beratus kilometer, keadaan sungguh bersih. Mak dara dapat lihat ramai wanita wanita india keluar mencuci baju cara tradisional. mereka juga mencuci kawasan rumah dan sekitar tasik tu. memang pembersih diorang ni.. pada siapa yang selalu kutuk Inida dengan khabar angin yg mereka ni kotor memang tak patut.

Nak dipendekkan cerita. boat tu membawa kami lebih kurang seratus kilometer lebih dan berjalanan mengambil masa selama lebih 6 jam. dan akhirnya kami berlabuh di satu tempat di pinggir tasik. Ini kerana kerajaan India ada peraturan di mana semua boat house dilarang beroperasi lebih dari pukul 5 petang bagi memberi laluan kepada boat boat nelayan . memang bagus kerajaan diorang ni.

So mak dara dan suami pun bermalamlah di tepi tasik tu. Dan keesokkan harinya, Mak Dara dan suami dibawa pulang .

Memang satu pengalaman yang tak dapat lupakan berada di house boat ni..mmg superb!! kalaulah ada kat malaysia house boat macam ni sure bestt punya =)

Tuesday, February 1, 2011

Bila Mak Dara Pakai Saree



Waaa akhirnya Mak Dara berjayo belajar pakai sari.. habis satu pekan Kerala Cochin Mak Dara berjalan dengan sari merah Mak Dara ni.. Nasib baik tak dak lembu menanduk Mak Dara hehehe.. Bila kita tengok orang pakai saree kita ingat senang je nak memakainya kan? kita ingat kain sari tu pusing pusing lilit satu badan..siap..well think again!! Pakai saree ni memang tak mudah macam kita fikirkan.. Kira macam satu jenis art juga cara memakainya.


Mak Dara tengah belajar cara pakai saree

Syukur alhamdullilah Mak Dara lega sesangat sebab semua khabar angin yang kata India ni kotor.. dan banyak penyakit semuanya hanyalah khabar angin.. India bukanlah seburuk yang kita sangka.. Orang orangnya sangat friendly.. kecuali few otto driver lebey kurang macam toot toot kat siam tu.. sebab banyak jugak yang kencing harga sewa .. tapi adatlah kan kat malaysia pun kalau nampak pelancong akan cekik darah kaw kaw..

Berbalik pada memakai saree. Alhamdullilah orang di Kerala Cochin India peramah dan baik baik adanya. Contohnya di kedai Mak Dara membeli Saree ni. Diorang siap tanya tahukah Mak dara nak pakai saree.. Bila Mak Dara tersengih diorang paham yang Mak dara mmg takde clue macam mana nak pakai. Tanpa diminta terus diaorang bukak kain sari dari plastik dan terus ajarkan pada Mak Dara. Memang pening juga tapi dapatlah tangkap sikit sikit caranya.


Mak Dara@ di Film Screening di SCRIPT SHORT FILM FESTIVAL


Mak Dara atas bot house

Lepas 2-3 hari dok try melilit lilit saree di badan akhirnya mak dara pandailah sikit pakai saree.. Apa lagi .. mau lebih sepuluh helai saree Mak Dara
borong. Dan merata tempat jugak yang Mak dara pergi dengan memakai saree ni..


kuch kuch hotta hai kat tepi sawah bersama hubby


NAMASTE


Namaste.. Mak Dara telah ke Kerala Cochin India dari 26hb-31hb Januari lepas. Mak dara ke sana kerana menemankan suami Mak Dara dimana filem pendeknya berjudul "ANAK" telah berjaya masuk ke pertandingan SCRIPT SHORT FILM FESTIVAL. Syukur alhamdullilah.. akhirnya suami Mak Dara berjaya membawa pulang GOLDEN HOLA AWARD.


Suami Mak Dara menerima hadiah Golden HALO AWARD di
SCRIPT SHORT FILM FESTIVAL @ Cochin India

Seminggu disana macam macam pengalaman yang Mak Dara alami. Dan kebanyakkannya semuanya kenangan indah indah. Pengalaman berada di sana memang lain dari apa yang Mak Dara dengar. Sebelum ke India macam macam orang bagitau Mak Dara.. Yang India ni kotor, susah nak dapat makanan halal and so on and so on..

jadi bila saja Mak dara samapi di sana , semua khabar khabar angin tu memang hanya satu khabar angin. India taklah sekotor yang Mak Dara dengar.. actually di Cochin Kerala, bandarnya bersih. Orang orangnya memang friendly dan banyak membantu semasa Mak dara dan suami di sana.


Mak Dara di tengah bandar Cochin Inida

tapi walau apa pun.. Hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri lebih baik di negeri sendiri.. Malaysia tetap juga terbaik!!!!!

Mak Dara akan update semua tempat tempat menarik di India yang telah Mak Dara lawati.. tunggu ya..

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK