Showing posts with label Iphone5 Gadget Impian. Show all posts
Showing posts with label Iphone5 Gadget Impian. Show all posts

Thursday, December 27, 2012

Iphone 5 Gadget Impian - Maafkan AKu

Assalam duhai teman terutamanya kepada semua yg menyertai Iphone5 Gadget Impian. Mak Dara ingin mohon maaf kerana lama tidak menjengah ke sini. Mak Dara kini sedang menjaga ibu Mak Dara yang sedang sakit sekarang di rumah kakak Mak Dara. Sekarang ibu Mak Dara amat lemah untuk berjalan dan kini terpaksa menggunakan pampers dewasa sejak beberapa hari ini.. Keadaannya bertambah ok sikit semalam dan Mak Dara balik ke rumah untuk ambil sedikit pakaian untuk ke rumah kakak Mak Dara semula tengah hari nanti. 

Mak Dara benar benat terkejutnya apabila melihat semua peserta contest Iphone5 Gadget Impian masih terus mengundi kerana Mak Dara sangka contest telah tamat beberapa hari lalu. Rupanya ia telah dianjangkan. Mak Dara mohon maaf kerana tak sedar akan hal ni dan Mak Dara mohon maaf krerana tak membalas semula semua vote vote anda. Mak Dara mohon supaya anda tidak vote lagi untuk Mak Dara kerana Mak khuatir tak dapat balas semua vote anda itu kerana tumpuan Mak Dara kini adalah untuk ibu Mak yang sakit. Harap anda faham situasi Mak.. Mak ucapkan jutaan terima kasih pada yang telah vote dan mohon jutaan maaf kerana tak dapat membalas vote anda selama beberapa hari ni.. Semoga berjaya kepada semua..

Kepada semua pembaca blog Mak Dara dimaklumkan bahawa kebanyakkan entry blog dipublish secara auto publish dan kerana itu tiada komen balas dari mak dara dan juga tiada kunjungan balas kembali ke blog anda . Kalau tak ada perkara sebegini dah kompom kompom mak akan terjah setiap anda yang sudi memberi komen di blog mak ni.. Anda oun tahu kan memang itu lah resam mak.. membalas kunjungan yang sudi berkunjung.. Insyaallah setelah ibu Mak sihat sedikit mak akan membalas kunjungan anda itu.. Terima kasih kerana tetap sudi bersama mak dara walaupun mak dah tak ubah macam biskut kejap ade kejap takde.. Anda semua memang terbaek dan selalu di hati Mak.. Doakan semoga ibu Mak Dara segera sembuh ya.. terima kasih.