Showing posts with label KAKA. Show all posts
Showing posts with label KAKA. Show all posts

Monday, March 26, 2012

KAKA Tidak Menumpang Populariti Ratu Rock Ella


Di corong corong radio kini kerap dimainkan lagu BAWAKU PERGI. Namun tahukah anda bahawa penyanyi lagu ini KAKA adalah anak saudara kepada Ratu Rock Ella.. Patutlah suaranya pun sedap seperti makciknya itu.. Di dalam lagu itu Kaka berduet bersama Zizan Raja lawak. Mari lihat biodata Kaka

Nama Penuh: Nor Atiqa Noor Azraff
Umur: 23 Tahun
Mula menyanyi pada umur 8 tahun
Single Terbaru: Bawaku Pergi (Feat Zizan Raja Lawak) 



Akui Kaka, meskipun minat menyanyi setinggi gunung namun dia mengambil masa yang lama untuk melangkah masuk ke lapangan seni suara. Salah satu alasannya, Kaka bimbang tidak mampu mengendalikan kontroversi kerana dia pernah melihat ibu dan ayah saudaranya, Ella & Korie dihambat dengan gosip menyakitkan. 

Setiap kali jika terdapat artis baru yang mempunyai pertalian darah dengan artis artis yang telahpun  popular, mereka selalu dicop sebagai menumpang populariti artis popular itu kan. Namun bagi Mak Dara perkara ini tidak berlaku pada Kaka ini kerana lagu Kaka telah diterima ramai dan lagu itu telah menjadi hits sebelum semua mengenali siapakah Kaka yang sebenarnya . Ini bermakna lagu yang dinyanyikan oleh Kaka amat bermutu dan tidak perlu menumpang populariti sesiapa.. All the best kepada Kaka semoga akan tampil dengan lebih banyak lagu hits...