Showing posts with label KAPSUL. Show all posts
Showing posts with label KAPSUL. Show all posts

Tuesday, September 1, 2015

Impian Terakhir Pengarah Allahyarham Martias Ali Untuk Filem KAPSUL Tercapai

Assalam duhai teman.. Rasanya rata rata telah mengetahui tentang filem KAPSUL yang akan menemui penonton pada 17hb September 2015 nanti kan. Haa pada yang belum pernah dengar tentang filem ni moh Mak Dara nak khaborkan pda kalian.. Sebenarnya arwah Somi Mak Dara, Allahyarham Martias Ali merupakan penulis skrip dan pengarah bagi filem ini dan En Amru Najmi Osman dan syarikat Two Tones Sdn Bhd merupakan penerbit bagi filem ini.. Pada tika dan saat ini filem KAPSUL dalam proses promotion kaw kaw punya. Pada beberapa hari lalu team KAPSUL telah pun menjalani jelajah ROAD TOUR ke beberapa buah negeri termasuk Melaka JB. Tak lama lagi akan ke beberapa lokasi lagi bagi mempromosikan filem ini. 



Pihak penerbit iaitu Two Tones juga telah mengeluarkan beberapa teaser sebagai promo untuk filem ini. Mari Mak Dara kongsikan Trailer filem KAPSUL ini ya..



Haaa macam mana??? Gempakkk kan teaser filem KAPSUL ini.. Bertambah gempak bila Tun Mahathir juga turut membintangi filem ini kan.. Malangnya, cita-cita Allahyarham suami mak untuk melihat sendiri filem ini di layar perak tidak kesampaian apabila meninggal dunia pada 29 Mei 2014 ketika usianya 46 tahun, setelah terlantar selama hampir sebulan di hospital akibat penyakit kanser darah. Masih ingat lagi semasa di dalam wad di hospital Ampang.. Arwah Somi mak asyik bertanya kepada producer En Amru supaya menemui dan memujuk Tun M untuk membintangi filem ini. Ini kerana arwah memang telah menulis watak dan dialog khas untuk Tun M. Dan filem ini juga diinspirasi dari kapsul yang ditanam oleh Tun M . Tun M memang menjadi idola arwah somi Mak sejak dulu.. Maka itu menjadi antara impian terakhirnya..


Arwah somi Mak Dara dan Penerbit di lokasi penggambaran KAPSUL 
tahun lalu

Allahyarham suami Mak Dara hanya sempat terlibat dalam proses penggambaran serta suntingan awal sahaja dan filem ini kemudiannya berjaya disiapkan oleh pihak penerbit hampir 14 bulan selepas ketiadaan beliau. Namun walauapapun.. Mak Dara sebagai isteri amat amat bangga dengan hasil karya beliau. 

Penerbit En Amru bersama Tun M semasa penggambaran filem KAPSUL

Jutaan terima kasih kepada pihak penerbit TWO TONES Sdn Bhd , Encik Amru Najmi, En Fizi dan semua yang terlibat kerana akhirnya mereka telah berjaya memujuk Tun M untuk membintangi filem ini .Tun M berminat untuk menerima tawaran berlakon dalam filem tersebut kerana jalan ceritanya mengisahkan mengenai perjuangan bangsa Melayu sejak zaman dulu demi menuntut sebuah kemerdekaan. Selain itu, cerita ini berdasarkan kapsul masa Wawasan 2020 yang ditanam oleh beliau di Monumen Putrajaya semasa pentadibirannya. Terdetik di dalam hati Mak dara, jika arwah somi mak masih hidup pasti dia akan gembira kerana salah satu impian terakhirnya tercapai. Alhamdullilah.. TWO TONES memang terbaikkkk..

Ok di sini Mak Dara terfikir juga untuk buat giveaway atau contest filem KAPSUL.. Tapi masih dalam proses merangka. Kalau jadi nanti Mak khaborkan pada semua ye. Maybe kasi tiket wayang ke.. Atau pemenang tu duduk kat KL ke boleh le nengok wayang sama sama Mak Dara dan anak anak ke..Atau Tshirt KAPSUL ke.. Nanti mak pikiorkan ye..


Ok mak mohon teman teman blogger untuk bantu Mak mempromote filem KAPSUL ni di blog anda ya.. Pada yang ada buat entry mengenai filem KAPSUL ini Mak akan review entry dan blog anda dan masukkan ke dalam bloglist mak.. Ribuan terima kasih kepada yang semua menyokong KAPSUL. 


Buat suamiku allahyarham Martias Ali.. Tak sabar untuk bersama anak anak kita menonton karya terakhir mu.. Al Fatihah buatmu sayang...

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai FILEM KAPSUL boleh ke FB PAGE @ https://www.facebook.com/kapsulthemovie atau ke 

Saturday, March 1, 2014

Bila Jue Aziz Petik Nama Somi Mak Dara

Walaweiii hehehe bangga seketika Mak dara apabila tiba tiba sedang baca surat khabar di satu artikel yang membicarakan tentang kerjaya Jue Aziz dan perkembangan terkininya di dalam dunia seni.. Tup tup ada terselit nama somi Mak Dara , Martias Ali di situuuuu

"terbaru Kapsul arahan Martias Mohd Ali"

Somi Mak Dara (kanan) bersama penerbit En Amru (kiri)
ketika sedang mengarahkan filem KAPSUL
tak lama dulu :)

Hehehe tumpang bangga la bagi pihak somi mak hehehe.. Memang somi mak Martias Ali banyak memuji tentang lakonan Jue Aziz dalam filem KAPSUL ni.. Dan somi mak ada tunjuk beberapa video yang dirakamnya di set penggambaran di mana Jue sedang melakonkan babak yang sangat berat dan mak benar benar kagum dengan lakonan yang dilakonkan oleh Jue Aziz itu.. Meremang bulu roma tengok lakonan Jue itu i tell youuuu.. SHE IS AN AWESOME ACTRESS!!! Fuhh tak sabar nak lihat filem KAPSUL ni ditayangkan di pawagam.. 

Nantikan ya Filem kapsul terbitan En Amru Najmi dan TWO TONES SDN BHD di pawagam tidak lama lagi.... Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai FILEM KAPSUL boleh ke FB PAGE @ https://www.facebook.com/kapsulthemovie atau ke webpage @ http://www.filemkapsul.com/




Friday, February 21, 2014

Teaser FILEM KAPSUL

Assalam duhai teman.. Rasanya rata rata telah mengetahui tentang filem KAPSUL yang baru sahaja tamat penggambarannya pada beberapa minggu yang lalu. Somi Mak Dara , Martias Ali merupakan penulis skrip dan pengarah bagi filem ini dan En Amru Najmi Osman dan syarikat Two Tones Sdn Bhd merupakan penerbit bagi filem ini.. Pada tika dan saat ini filem KAPSUL dalam proses editing. Namun pihak Two Tones telah mengeluarkan beberapa teaser sebagai promo untuk filem ini. Mari Mak Dara kongsikan antara teaser filem KAPSUL ini ya..




Haaa macam mana??? Gempakkk kan teaser filem KAPSUL ini.. Itu baru teaser belom betul betul full lengh film lagi.. Nantikan filem KAPSUL akan datang!

SINOPSIS FILEM KAPSUL
Sebuah kapsul masa wawasan 2020 yang ditanam oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dicuri dan telah membawa Zohri kembali ke zaman silam. Zohri kini terperangkap di tengah pergolakan bangsa melayu untuk mencapai kemerdekaan serta membawa bangsa Melayu keluar dari kancah kemiskinan. Zohri melihat dan merasa sendiri akan erti sebuah perjuangan bangsanya yang tidak pernah dia bayangkan selama ini. Dia melihat, dia merasai dan kini dia mulai memahami betapa peritnya liku-liku rentetan sejarah negara dan bangsa. Kembara Zohri berterusan dari satu era ke era seterusnya dan tiada siapa yang mampu membawanya pulang ke zamannya sekarang kecuali dirinya sendiri.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai FILEM KAPSUL boleh ke FB PAGE @ https://www.facebook.com/kapsulthemovie atau ke webpage @ http://www.filemkapsul.com/

Saturday, February 8, 2014

Anak Mak Dara Berlakon FIlem

As salam duhai teman.. Nak dijadikan cerita semalam merupakan hari terakhir penggambaran bagi filem arahan sulung somi Mak Dara Martias Ali, iaitu filem yang bertajuk KAPSUL. Dan oleh kerana hari yang terakhir maka Mak Dara pun pergilah ke set lokasi bersama semua anak anak Mak Dara untuk memberi support kepada somi mak itu. Dan pada babak terakhir dalam filem itu adalah sebuah scene di dalam restoran. Dan tiba tiba aje somi mak suruh mak masuk set untuk memenuhkan restoran tu.. Mak aiiii segannnn lah mak.. Maka mak pun cadangkan supaya anak anak Mak iaitu Adza Kasih dan Adza Danina je yang berlakon bagi pihak mak hehe.. Mari Mak Dara kongsikan sedikit gambor yang sempat mak snap semasa mereka sedang berlakon itu ye..

Adza Danina

Adza Kasih (tudung hitam)


somi mak (baju biru) sedang pikiorkan
angle yg terbaik utk shoot

Faizal Hussein (kot coklat) masuk set

sebelum mula shoot

ACTION!!!


kusyuk nau nau kalau tgh mengarah tu hehe

somi mak bersama Abang Heryanto

selesai babak terakhir Filem Kapsul!!!

Saya:Tuan director.. Saya nak casting utk filem cik thn dpn boleh?
Martias Mohd Ali: mmmmm tengok lah dulu....
Muahahahaha

Its a wrappp!! Syukur alhamdullilah akhirnya penggambaran film KAPSUL telah tamat ..Jadilah anak anak merasa berlakon sebagai ekstra sekejap dibawah arahan papa diorang hahaha..  Tahniah kepada semua para pelakon yg membintangi filem ini especially Faizal Hussein. Kepada pihak penerbit Two Tones Sdn Bhd especially Tuan Haji Amru Najmi.. Kepada setiap seorang krew yang terlibat.. Dan ucapan tahniah buat somi mak Martias Ali atas arahan filem pertamanya.. So proud of you yang.. Alhamdullilah.. Sujud syukur pada mu ya Allah swt...

Friday, February 7, 2014

Mak Dara Di Lokasi Penggambaran Filem Kapsul

Assalam duhai teman.. Hari ini merupakan hari terakhir penggambaran bagi filem KAPSUL yang diarahkan oleh somi Mak Dara Martias Ali... Dah last day ni maka somi mak pun ajaklah Mak Dara ke set lokasi untuk nengok dia shooting.. Dah banyak kali benor somi mak ngajak jadi mak pon pegi ajelah.. Ha sesampai di sana Abang Faizal Hussein dah siap sedia .. Fuhhh sungguh berdedikasi dan disiplin Faizal hussein begitu juga dengan semua team termasuk penerbitnya En Amru Najmi..

Pada tika dan waktu sekarang mereka akan memulakan penggambaran mak sempat snap dua keping gambor je dulu.. takmau kacau diorang dengan snap snap gambar bebanyak.. Kejap kejap nanti la baru mak mulakan aktiviti paparazi mak tu buat masa sekarang buat lek buat peace dulu hehehehe...

Ok nantikan live update dari mak dara dari lokasi penggambaran filem kapsul ini ya...






Thursday, January 16, 2014

Gambar Eksklusif Hari Pertama Penggambaran Filem KAPSUL

Assalam duhai teman. Hari ini 16hb Januari 2014 maka adalah hari pertama bagi penggambaran Filem Kapsul . Lokasi penggambaran adalah di Kuala Kangsar. Dan untuk babak pertama yang akan difilemkan hari ini adalah di sebuah kawasan hutan yang diubah menjadi markas atau tempat persembunyian komunis. Pelakon yang terlibat untuk hari pertama penggambaran filem ini ialah Abang Zaidi Omar, Yang Kassim dan ramai lagi. Mari Mak Dara kongsikan dengan anda gambar gambar eksklusif sekitar penggambaran Filem KAPSUL . 



Martias Ali (Somi Mak) pengarah bagi filem ini adoii siap pakai 
sapa punya rambut palsu tu yang oiii hahaha
bersama Abang Misnin Ehsan EP sedang menunggu set siap

set lokasi


sedang membina set lokasi 






Somi mak tengah mengarah

kusyuk betul somi mak 

Filem Kapsul akan menjalani penggambaran selama 28 hari dn hampir 60 peratus penggambran akan dilakukan di Kuala Kangsar dan selebihnya di Kuala Lumpur. Mari kita doakan agar penggambaran filem KAPSUL ini berjalan lancar dan semoga dipermudahkan insyaa allah..

SINOPSIS FILEM KAPSUL
Sebuah kapsul masa wawasan 2020 yang ditanam oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dicuri dan telah membawa Zohri kembali ke zaman silam. Zohri kini terperangkap di tengah pergolakan bangsa melayu untuk mencapai kemerdekaan serta membawa bangsa Melayu keluar dari kancah kemiskinan. Zohri melihat dan merasa sendiri akan erti sebuah perjuangan bangsanya yang tidak pernah dia bayangkan selama ini. Dia melihat, dia merasai dan kini dia mulai memahami betapa peritnya liku-liku rentetan sejarah negara dan bangsa. Kembara Zohri berterusan dari satu era ke era seterusnya dan tiada siapa yang mampu membawanya pulang ke zamannya sekarang kecuali dirinya sendiri.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai FILEM KAPSUL boleh ke FB PAGE @ https://www.facebook.com/kapsulthemovie atau ke webpage @ http://www.filemkapsul.com/

#Gambar ehsan dari KAPSUL FAN PAGE


Wednesday, January 15, 2014

Sekitar Majlis Doa Selamat Filem Kapsul

Semalam bertempat di pejabat Two Tones Sdn Bhd Cyberjaya maka berlangsunglah Majlis Doa Selamat Filem Kapsul. Filem ini diterbitkan oleh Encik Amru Najmi dan diarahkan oleh somi Mak Dara Martias Mohd Ali dan akan menjalani penggambaran pada 15hb Januari iaitu besok selepas di tangguh penggambarannya hampir sebulan akibat hujan. Mari Mak Dara berkongsi dengan anda beberapa keping gambar yang telah di snap oleh pihak penerbit ketika Majlis berlangsung.



Majlis dimulakan dengan selawat 
keatas junjungan Nabi Muhammad SAW sempena 
Hari Maulidur Rasul


Ucapan producer En Amru "maju lah filem melayu yg 
dihasilkan oleh anak melayu bertemakan kenegaraan.
tiada cerita gangster,tiada cerita hantu

ucapan oleh somi Mak Dara Martias Ali selaku
pengarah bagi Filem Kapsul

antara blogger yg turut hadir ialah
Uncle Gedek Dan Anastasya Aida ;)

sebahagian barisan pelakon yang membintangi KAPSUL

En Amru Najmi Dan Martias Ali

Filem KAPSUL ini bakal membariskan barisan pelakon terkenal tanah air yang mana hampir 75 peratus daripada mereka pernah memenangi atau merangkul pelbagai anugerah dalam industri perfileman tanah air . Para pelakon yang membintangi filem ini ialah Datuk Rahim Razali ,  Adlin Aman Ramli , Zaidi Omar, Normah Damanhuri,  Zamarulhisham ,  Jue Aziz, Mubarak Majid,  Shahruddin Tamby ,  Sharonizam , Adam Corie Lee, Harun Salim Bachik , Meor Hashim Manap , Qazim Nor , T.S Jeffry ,  Haerianto Hassan ,  Aman Garseka ,  Kenji Sawahi , Joey Daud ,  Zamri GK ,  Ahya , Irfan Khairi , Zack X Factor,  Fadilah Mansor,  Abdul Manan Sulaiman , Ann Yusof ,Ucop Cecupak  dan Reza Fuad.

Filem KAPSUL mengisahkan kapsul Wawasan 2020 yang selama ini menjadi tanda tanya mengenai isi kandungannya sebelum dibuka pada 1 Januari 2020. Dan Filem ini dianggarkan menelan belanja hampir RM2.3 juta. Jutaan terima kasih kepada semua yang hadir . Tahniah dan selamat maju Jaya kepada Two Tones Sdn Bhd. Dan all the best buat somi Mak Dara Martias Ali yang akan mengarahkan filemnya yang pertama. Semoga penggambaran filem ini yang akan dimulakan mulai esok berjalan lancar dan dipermudahkan amin. Insyaa Allah.


Thursday, September 5, 2013

Pencarian Wajah Seiras Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak danTun Dr Mahathir muhamad,

Anda memiliki wajah seiras Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Dr Mahathir muhamad? Kepada wanita pula.. Anda memili wajah iras iras seperti Tun Dr. Siti Hasmah ?

  Tunku Abdul Rahman 


Tun Abdul Razak

Tun Dr Mahathir muhamad

Tun Dr. Siti Hasmah 

Jika anda atau saudara mahupun teman teman anda yang memiliki wajah seiras Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Dr Mahathir muhamad dan Tun Dr. Siti Hasmah ... Ada berita baik untuk anda!!

Syarikat Two Tones Sdn Bhd akan mengadakan ujibakat utk pertama kalinya bagi filem terbaru mereka iaitu sebuah filem bertajuk "KAPSUL" . Filem ini akan diterbitkan oleh Encik Amru Najmi dan diarahkan oleh somi Mak Dara Martias Mohd Ali tidak lama lagi.

Mereka kini sedang giat mencari wajah wajah seiras tokoh tokoh politik seperti di atas untuk melakonkan watak watak dalam filem itu. Ujibakat ini berlangsung seperti detail di bawah:

LOKASI UJIBAKAT :
Medyavizyon Sdn Bhd, No 30-1B, 1st floor , 
Jln U/ P 1/7, ukay Perdana, 68000 
Ampang , Selangor. 

TARIKH UJIBAKAT: 
14 dan 15 september 2013

WAKTU UJIBAKAT: 
dari pukul 2 ptg hingga 6 ptg 

Sila bawa gambar full 2kpg dan profail anda. 

P/S: Sila hubungi Puan ismaliza ismail di no 0123328472 untuk sebarang pertanyaan atau anda boleh klik di link ini untuk ke fanpage fb filem  KAPSUL https://www.facebook.com/kapsulthemovie

Jika anda punyai teman teman, rakan sekerja ataupun sanak saudara yang mempunyai wajah yang seiras tokoh tokoh diatas bolehlah emailkan juga gambar mereka ya.. Pada teman blogger yang Mak Dara kasihi.. Jika anda tidak keberatan bolehlah tolong war warkan juga pencarian wajah tokoh tokoh ini di blog anda ya.. Copy paste pun takpe hehe.. Terima kasih semua.. Jumpa anda di ujibakat ini nanti ya!!


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK