Showing posts with label KLIS. Show all posts
Showing posts with label KLIS. Show all posts

Wednesday, January 25, 2012

Somi Mak Dara di Malaysia Hari Ini

Assalam duhai teman.. Waduhhhhh hampir dua hari mak dara tak menyentuh dan membuka blog mahupun FB.. Mak dara memang dah plan untuk 100% bersama keluarga dan yang tersayang selama dua hari satu malam sempena hari jadi Mak Dara pada 24hb Jan yang lepas... Ye lahhh hari jadi bukannya hari hari kan.. Lagipun macam macam boleh terjadi.. Tiba tiba kalau tertulis ini adalah hari jadi mak yang terakhir.. Mak nak le berada bersama keluarga mak dari mak dok dalam bilik ngadap lappy sorang sorang kan huhuhhu... Sejak dah beransur usia senja nan merah otak ni asyik pikior yang bebukan aje.. Fuhhhh kompom dah tuaaaaaaaaa hahahaha...

Ok dah lari tajuk.. Ya mak nak habaq mai yang pagi tadi Mak Dara temankan somi Mak Martias Ali ke TV3. Somi mak telah dijemput menjadi tetamu untuk rancangan Malaysia Hari Ini bersama dengan temannya Dato Azrai Jamaluddin.

somi mak Martias Ali (tengah)

Rancangan ini telah pun keudara pada pagi tadi 25hb Jan. Somi mak dan Dato Sri Azrai dijemput ke rancangan itu bagi mempromosikan acara Kuala Lumpur Short Film Festival (KLIS) anjuran mereka yang bakal berlangsung pada 30hb Jan hingga 1hb Feb tidak lama lagi..



Jutaan terima kasih kepada TV3 kerana sudi menjemput pihak KLIS ya.. Namun debaran tidak terhenti di situ saja.. Esok pagi pulak somi Mak akan keudara di rancangan THE BREAKFAST SHOW secara live pada esok pagi.. Haaa ni mak paling nebes.. Sebab rancangan ni adalah dalam bahasa Ingeris.. Semoga somi mak dapat menjawap semua soalan dengan lancar mudah mudahan amin.. Pada yang free free tu tengok le THE BREAKFAST SHOW esok pagi ye hehehe


Sunday, July 10, 2011

Suami Mak Dara, Martias Ali @ Berita Minggu

Pagi ni bukak aje surat khabar tersengih je mak.. Maunya tak muka somi ade terpampang kat depan mata hehe.. 

Syukur alhamdullilah akhirnya artikel mengenai Kuala Lumpur Short Film Festival yang dianjurkan oleh suami mak Martias Ali bersama En Yusof kelana dan En Jurey Rosli disiarkan juga...Doakan semoga festival filem ini berjalan dengan lancarnya ya..  =)


Thursday, July 7, 2011

Teruja Untuk Pelancaran KLIS Esok

Esok adalah hari perasmian dan pelancaran KLIS iaitu singkatan kepada Kuala Lumpur International Short Film Festival yang akan bertempat di The Rootz Rooftop Lot 10. Penganjur bagi Festivalk filem pendek ini terdiri daripada Encik Yusof Kelana, Encik Jurey Rosli dan juga suamin mak Martias Ali..


 Suami Mak, Martias Ali bersama bunting/banner KLIS

Mak juga akan kesana untuk membantu apa apa yang patut dalam majlis ini.. Terujaaaa wooooo...Doakan semoga majlis perasmian dan pelancaran Kuala Lumpur International Short Film Festival berjalan dengan lancar ye... tankiuuuu semua..

Tuesday, July 5, 2011

2 Hari lagi sahaja sebelum KLIS Dilancarkan

Tinggal 2 hari sahaja lagi sebelum pelancaran  Kuala Lumpur International Short Film Festival (KLIS) bakal berlangsung.. Bertempat di  The Rootz Rooftop Lot 10 pada 7hb Julai acara ini bakal diadakan.. Suami Mak Dara iaitu Martias Ali bersama Encik Yusof kelana dan En Jurey Latif Rosli akan melancarkan majlis pelancaran festival filem yang mereka usahakan selama ini..

Kuala Lumpur International Short Film Festival 2012 (KLIS 2012)

Jadi kepada semua penggiat seni mari lah sama sama kita menjayakan festival filem ini.. Bagi pembikin filem pendek jangan lepaskan peluang anda dan hantarkan penyertaan filem pendek anda ke KLIS.. 

Untuk keterangan lanjut mengenai KLIS sila klik di SINI.

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK