Showing posts with label Kuala Lumpur International Short Film Festival 2012. Show all posts
Showing posts with label Kuala Lumpur International Short Film Festival 2012. Show all posts

Wednesday, January 25, 2012

Somi Mak Dara di Malaysia Hari Ini

Assalam duhai teman.. Waduhhhhh hampir dua hari mak dara tak menyentuh dan membuka blog mahupun FB.. Mak dara memang dah plan untuk 100% bersama keluarga dan yang tersayang selama dua hari satu malam sempena hari jadi Mak Dara pada 24hb Jan yang lepas... Ye lahhh hari jadi bukannya hari hari kan.. Lagipun macam macam boleh terjadi.. Tiba tiba kalau tertulis ini adalah hari jadi mak yang terakhir.. Mak nak le berada bersama keluarga mak dari mak dok dalam bilik ngadap lappy sorang sorang kan huhuhhu... Sejak dah beransur usia senja nan merah otak ni asyik pikior yang bebukan aje.. Fuhhhh kompom dah tuaaaaaaaaa hahahaha...

Ok dah lari tajuk.. Ya mak nak habaq mai yang pagi tadi Mak Dara temankan somi Mak Martias Ali ke TV3. Somi mak telah dijemput menjadi tetamu untuk rancangan Malaysia Hari Ini bersama dengan temannya Dato Azrai Jamaluddin.

somi mak Martias Ali (tengah)

Rancangan ini telah pun keudara pada pagi tadi 25hb Jan. Somi mak dan Dato Sri Azrai dijemput ke rancangan itu bagi mempromosikan acara Kuala Lumpur Short Film Festival (KLIS) anjuran mereka yang bakal berlangsung pada 30hb Jan hingga 1hb Feb tidak lama lagi..



Jutaan terima kasih kepada TV3 kerana sudi menjemput pihak KLIS ya.. Namun debaran tidak terhenti di situ saja.. Esok pagi pulak somi Mak akan keudara di rancangan THE BREAKFAST SHOW secara live pada esok pagi.. Haaa ni mak paling nebes.. Sebab rancangan ni adalah dalam bahasa Ingeris.. Semoga somi mak dapat menjawap semua soalan dengan lancar mudah mudahan amin.. Pada yang free free tu tengok le THE BREAKFAST SHOW esok pagi ye hehehe


Monday, July 11, 2011

Suami Mak Dara, Martias Ali @ Harian Metro

Wahhhh besttnyer... Dua hari lepas ada artikel mengenai suami Mak dara di Berita harian dan hari ni ada di Harian Metro.. suka suka suka... ngeeee..


Di dalam artikel di harian metro hari ni menulis mengenai kekecewaan penganjur Kuala Lumpur Internasional Short Film Festival iaitu En Jurey Rosli, En Yusof Kelana dan termasuk suami Mak Dara Martias Ali terhadap dua agensi yang tidak memberi kerjasama terhadap penganjuran festival film ni.. Biasalah pasti ada halangan dalam setiap apa yang kita usahakan tu kan.. Namun insyaallah..Berkat usaha dan keyakinan dan tawakal berserta doa mudah2an semuanya bakal berlangsung dengan lancar... Tolonglah doa doakan semoga festival film ini berjalan dengan lancar ye.. 

Sunday, July 10, 2011

Suami Mak Dara, Martias Ali @ Berita Minggu

Pagi ni bukak aje surat khabar tersengih je mak.. Maunya tak muka somi ade terpampang kat depan mata hehe.. 

Syukur alhamdullilah akhirnya artikel mengenai Kuala Lumpur Short Film Festival yang dianjurkan oleh suami mak Martias Ali bersama En Yusof kelana dan En Jurey Rosli disiarkan juga...Doakan semoga festival filem ini berjalan dengan lancarnya ya..  =)


Friday, July 8, 2011

Selesai Sudah Pelancaran KLIS


Syukur alhamdullilah.. Akhirnya selesai sudah pelancaran Kuala Lumpur International Short Film Festival 2012 yang bertempat di The Rootz Rooftop Lot 10. Moh tengok gambar gambar sekitar majlis tu nak.. ngeee

Suami mak @ the event

Mak at the event

Dato Mohd Sidek Khalid merasmikan pelancaran KLIS

Sesi soal jawab bersama wartawan

sempat lagi curik2 posing masa tengah bz hehe

Dari kiri kak Rozie, Adza Tuty, En Yusof Kelana, Adza Rina dan mak

dari kiri Adza Rina, suami mak Martias Ali, Adza Tuty dan Adza Emie

mak bersama suami dan Pn Roslina

Suami Mak sedang diinterview oleh wartawan dr Berita Awani

Sesi bergambar bersama wartawan

Sebelum berlangsung acara ini hujan bukan main lebat lagi di KL membuatkan kesemua kami gabra takut takde yang datang namun syukur alhamdullilah hampir kesemua jemputan menghadirkan diri walaupun terpaksa meredah jamm dan hujan lebat. 

Rupa rupanya tengah sakan mak menulis sekarang ni, suami mak baru je dapat call dari kawannya menyatakan yang temuramahnya semalam telah ditayangkan dalam berita ASTRO AWANI semalam.. Aisehhhh melepas le nak tengok hehehe.. Takpe tunggu surat khabor punya write up le nanti hehehe

Kepada penganjur festival ini iaitu suami mak Martias Ali, Encik Yusof Kelana dan Encik Jurey Rosli tahniah diucapkan.. It was a great launch and a great event.. Kepada Kak Rozie, Fendi, adik adik mak iaitu Adza Tuty, Adza Rina dan Adza Emie yang tengah "memboyot" itu jutaan terima kasih kerana sudi membantu bagi menjayakan majlis ni.. jasamu ku kenang.. =)


Thursday, July 7, 2011

Teruja Untuk Pelancaran KLIS Esok

Esok adalah hari perasmian dan pelancaran KLIS iaitu singkatan kepada Kuala Lumpur International Short Film Festival yang akan bertempat di The Rootz Rooftop Lot 10. Penganjur bagi Festivalk filem pendek ini terdiri daripada Encik Yusof Kelana, Encik Jurey Rosli dan juga suamin mak Martias Ali..


 Suami Mak, Martias Ali bersama bunting/banner KLIS

Mak juga akan kesana untuk membantu apa apa yang patut dalam majlis ini.. Terujaaaa wooooo...Doakan semoga majlis perasmian dan pelancaran Kuala Lumpur International Short Film Festival berjalan dengan lancar ye... tankiuuuu semua..

Wednesday, March 30, 2011

Kuala Lumpur International Short Film Festival 2012

Berita baik kepada semua Film Maker.. terutama kepada pembikin Filem Pendek. Kini anda boleh menghantar karya karya filem pendek anda untuk dipertandingkan di Kuala Lumpur International Short Film Festival 2012.Kuala Lumpur International Short Film Festival 2012 akan dianjurkan oleh En Jurey Rosli, En Yusof Kelana dan En Martias Mohd Ali.

Logo Kuala Lumpur International Short Film Festival 2012


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK