Showing posts with label Ladang unta. Show all posts
Showing posts with label Ladang unta. Show all posts

Sunday, February 17, 2013

Ladang Unta Di Hudaibiyah

semalam Mak Dara di bawa ziarah ke Hudaibiyah dan salah satu tempat yang kami pergi ialah di Ladang Unta.. Lokasinya di tepi highway sahaja dan berdekatan dengan masjid Hudaibiyah..

Menjejak sahaja kaki ke ladang unta itu mak dara dan semua jemaah tak lepaskan peluang untuk menangkap gambar dengan unta unta yang sangat manja itu.. Memang seronok dapat beri unta unta tu makan dan dapat pegang anak anak unta di sana..

Akhir sekali kami pun minum susu unta yang dijual oleh pemilik unta di situ.. Harga sebotol susu unta adalah 5 riyal .. Rasanya memang lain sikit tapi mak dara gagahkan juga untuk meminumnya.. Bukan selalu dapat merasa susu unta ni kan.. Hehe
















THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK