Showing posts with label Nurul bersama suaminya. Show all posts
Showing posts with label Nurul bersama suaminya. Show all posts

Monday, July 11, 2011

Pernikahan Bintang AF Sah..


Nurul bersama suaminya, Mohd Munzil pic oleh google. 

Wahhhh hari ni Mak Dara nak jadi Kaypoh sikit boleh tak.. Almaklumlah Mak Dara tengah demam Top Kay Poh sehari dua ni hehe ok berbalik kepada tajuk di atas .. Siapa yang bernikah. Bintang Akademi yang mana satu dan apa yang sahnya? Bawa bertenang dan baca di bawah ye


"Pernikahan kami sah" itulah yang dikatakan oleh bintang Akademi Fantasia Nurul . Bagi yang tak tahu tentang cerita ini.. Ini kisah rentetan dari kenyataan yang dikeluarkan oleh keluarga kandung Nurul yang disiarkan di rancangan Melodi tidak lama dulu. Di dalam Melodi keluarga Nurul menyatakan kekecewaan mereka kerana ayah kandung Nurul tidak dapat mewalikan pernikahan anaknya itu yang dilakukan di Narathiwat Thailand,  dan hari ini Nurul pula membalas dengan memberi kenyataan dengan mengatakan bahawa pernikahannya itu sah .

Susah jugak ye bila dah jadi artis ni habis semuanya berlaku secara public.. Nak berbaik ke nak bertelagah ke semua di mata awam kan.. Mak Dara mendoakan semoga mereka dapat menyelesaikan masalah ini dengan membuat perbincangan. Semoga kesemua mereka dapat hidup aman dan makmur dan berbahagia selalu hendaknya ya..

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK