Showing posts with label OMBAK RINDU. Show all posts
Showing posts with label OMBAK RINDU. Show all posts

Friday, November 9, 2012

Kecoh ANUGERAH SKRIN 2012

Kecoh memang kecoh satu rumah Mak Dara sebentar tadi semasa sedang menonton ANUGERAH SKRIN 2012 yang disiarkan secara langsung di saluran TV3 sekarang ini... Maunya tak kecoh tengah sedap layannnn Anugerah SKRIN 2012 ni tiba tiba sampai pada PENCALONAN untuk ANUGERAH LAKON LAYAR TERBAIK tiba tiba nama somi Mak Dara iaitu MARTIAS ALI adalah salah seorang dari calon calonnya!!!


I mean what??? Jangankan nak dapat undangan ke majlis itu tapi langsung tak diberitahu akan pencalonannya itu oleh pihak penganjur.. Very funny lah juga kannnn nominee tak tahu dirinya di nominatekan sehingga tengok di TV tadi baru dapat tahu.. Itu kalau tengok.. Kalau tak tengok sampai sudah tak tahu agaknya.. Hehehe kejadian macam ni pertama kali terjadi pada somi Mak dara selama dia bergiat lebih 20 tahun dalam bidang seni.. 


Calon calon untuk Lakon Layar Terbaik






Walau apapun Tahniah kepada filem BUNOHAN kerana telah memenangi Anugerah Lakon Layar Terbaik.. Memang you deserve it..!!! Filem ini memang antara filem favourite Somi dan Mak Dara memang terbaekkk tahun 2012 ni.. Tahniah..


status update FB somi Mak Dara Martias Ali

somi mak MARTIAS ALI ;)

Buat somi Mak Dara MARTIAS ALI... What ever it is... Im soooo proud of you sayang..Filem LIBAS sebuah lakon layar yang ditulis oleh Abang antara 5 finalist dari 70 buah filem yang dipertandingkan.. It's biggg sayanggg... :) Tapi memang besttt aje tengok abang cool dan tersengih aje bila tahu diri dicalonkan tapi langsung tak tahu menahu tentangnya sebenarnya hehe.. You are super cool.. That's why I love you .. Insyaallah cuba lagi tahun depan ye.. Harap harap tahun depan kalau lah ada rezeki sekurang kurangnya diberitahu oleh pihak penganjur ye mudah mudahan...

Kepada pihak penganjur harap harap tak terlepas pandang akan hal ini.. Bak kata somi Mak Dara tak harapkan langsung jemputan ke majlis tak harapkan langsung untuk menang namun sekurang kurangnya calon diberitahu lah akan pencalonannya.. Ye lah bukan senang nak tercalon kannnn.. Apa apapun semoga tiadalah calon calon yang tercalon pada malam ini menerima nasib seperti somi Mak Dara.. Dan Mak Dara doakan agar ANUGERAH SKRIN terus maju dan maju menjadi antara Anugerah Terhebat Malaysia... Uols memang TERBAEKKKKKK lah...


# to my fellow blogger friends feel free to copy and paste this entry no prob, 
the more entry from you guys about this the merrier ;)

 Entry tanda support dari rakan blogger

1) Calon Tidak Dijemput Ke Majlis Anugerah Skrin 2012! Blog E'RAZ FADLI
2) Kecoh Anugerah Skrin 2012 ! Blog Puan Gojes
3)Kecoh  ANUGERAH SKRIN 2012 - Blog Ranting Patah
4) Kecoh Anugerah Skrin Via Bicara Mak Dara - Blog Apa Apa Saja Tentang Aku
5) http://www.mialiana.com/2012/11/kecohanugerahskrin2012.html- Blog Mia Liana
6) Kecoh Kerana Anugerah Skrin - Blog Nurul Aini
7)Anugerah Skrin 2012 TV3 : Anugerah Atau Teater ANugerah - Blog Mr Jocko

p/s: jika anda ada membuat entry mengenai ini sila tinggalkan link anda ya tq

Thursday, December 1, 2011

OMBAK RINDU.. A MUST SEE MOVIE 2011 !!

Tuhan tolong lembutkan hati dia
♫ ♥ ♫ Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu ♥ ♫ ♥
Hidup tanpa dia di sisi ku

Waduhhhhh jiwangggg memang jiwanggggg Mak Dara hari ini.. Semuanya berpunca dari OMBAK RINDU.. Yup Mak Dara baru pulang dari menonton filem Ombak Rindu di TGV Wangsa Walk Mall sebentar tadi bersama ibu, sepupu dan anak buah Mak Dara.. Lagu di atas memang terngiang ngiang di telinga Mak Dara walaupun dah lebih dari 3 jam pulang dari menonton filem ni hehehe..


Mak Dara dan Aaron.. hahaha perasan dgn gambor pun jadilah


Mak dan sepupu Mak Dara yang hots dan Gorgeous Kak Ani

wahhh siap tunjuk bukti tiket lagi ni haha

Secara jujurnya.. Kenapa Mak Dara mahu menonton filem ini bukanlah kerana pelakonnya Aaron Aziz , maya Karin ataupun Lisa.. Bukan sebab trailer filem ni yang memang terbukti bagus.. Dan bukan juga kerana novelnya.. Mak Dara menonton filem itu adalah kerana OSMAN ALI ! Yup Osman Ali adalah antara pengarah peberet Mak Dara selain dari Kabir Bhatia.. Sentuhan Osman Ali dalam setiap filem arahannya pastinya akan menyengat dan terbaik. Maka dengan itu Mak Dara menonton filem ini..

Memang jangkaan Mak Dara tepat apabila filem ini berjaya memukau perhatian Mak Dara dan semua penonton di panggung yang penuh tadi.. Tidak terasa walau masa 2 jam berlalu.. Yang pasti tak kira lelaki mancho.. wanita keras hati atau sesiapa saja pasti akan mengalirkan airmata apabila menonton filem ini.. Lakonan hebat Maya Karin dan Aaron berjaya menyentap hati penonton dengan babak babak romantis dan dramatis mereka.. Lakonan Lisa juga tidak menghampakan.. Dia berjaya membawa watak sebagai seorang anak orang kaya yang mahu memiliki setiap apa yang diidamnya.

Teringat lagi Mak Dara tatkala bertemu Aaron buat pertama kalinya semasa beliau melakonkan sebuah filem skrip oleh Mak Dara dan somi iaitu filem SHYYY.. DIA DATANG!


Namun sayangnya oleh sedikit masalah maka filem ini tak ditayang tayang hingga sekarang.. Memang frust gila semua warga kerja filem ni huhu.. Takpe insyaallah.. Sekarang Mak Dara berazam untuk buat sebuah skrip filem pada masa akan datang dan harap harap Aaron dapat berlakon dalam filem mak tu nanti hehe..

Ok sebelum Mak dara melalut dan topik ke laut.. Mak Dara nak pesan pada anda yang bakal menonton filem ini.. JANGAN LUPA BAWA TISU!!!! u gonna need it.. hehehehe ok rasanya tak perlu Mak Dara membebel panjang tentang cerita ini kerana anda sendiri perlu menilaikannya sendiri.. Lain orang lain citarasanya.. Mak menjangkakan filem ini sekurang kurangnya bakal mengaut kutipan 6 juta insyaallah!! Bagi Mak.. Filem OMBAK RINDU is A MUST SEE MOVIE 2011!!!!


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK