Showing posts with label PUTERI SALAMIA. Show all posts
Showing posts with label PUTERI SALAMIA. Show all posts

Tuesday, December 4, 2012

Hasil Skrip Oleh Mak Dara dan Adik Akan Mula Ditayangkan Di Kaca TV Anda Hari Ini!

Assalammualaikum duhai teman..
Ada yang dah tahu dan mungkin juga ada yang belum mengenai kerjaya sebenar Mak dara.. Mak Dara sebenarnya adalah seorang penulis drama TV.. Mak dara telah berkecimpung dalam dunia penulisan skrip selama lebih 16 tahun dan telah menghasilkan skrip drama hampir 65 buah drama dan banyak yang telahpun ditayang dan ada juga telah diulang tayang berkali kali di kaca TV. Dan hari ini dua buah rancangan hasil skrip oleh Mak Dara dan adik Mak Dara Adza Emie akan mula ditayangkan di kaca TV.

Pertama yang akan mula ditayangkan ialah sebuah rancangan masakan yang berjudul JELAJAH RASA ETNIK PAMOGA yang dihoskan oleh Serina Datuk Redzuawan dan juga Chef El Hadi akan mula ditayangkan sebentar saja lagi di saluran TV3 pada pukul 11:30 pagi nanti.

JELAJAH RASA ETNIK PAMOGA 

@ TV3 11:30 pagi 

Menurut Serina, rancangan yang bakal ditayangkan itu juga berbeza kerana ia memfokuskan kepada masakan pelbagai etnik masyarakat di negara ini termasuk Sabah dan Sarawak."Untuk mengetengahkan masakan golongan etnik yang ada seperti suku Orang Asli kami terpaksa meredah hutan dan memasuki kawasan perkampungan mereka. Chef El-Hadi akan mendapatkan menu itu dan memasaknya di setiap tempat yang kami kunjungi.

"Untuk musim pertama Jelajah Rasa Etnik kami telah mula menjalani penggambaran sejak 19 September lalu dan ia membabitkan 13 lokasi serta menu masakan yang berbeza. Selain etnik Orang Asli, kami juga akan memaparkan masakan golongan Baba Nyonya dan Jawi Peranakan. "Kami turut menjemput bapa saya, Chef Wan dalam episod tentang suku kaum Minangkabau di Negeri Sembilan sebagai penampilan khasnya dalam episod itu. Keseluruhan penggambaran itu akan mengambil masa sebulan setengah," ujarnya.

Sewaktu ditanya mengapa dia memilih Chef El-Hadi, Serina berkata, ia berdasarkan pengalaman chef itu yang cukup meluas membabitkan pelbagai menu biarpun dia berasal dari Maghribi. Lebih menarik kerana dia juga belum begitu mengenali secara lebih mendalam masakan masyarakat di sini sebaliknya akan menyajikan hidangan mengikut gayanya.

Hasil skrip kedua oleh Mak Dara dan adik Mak Adza EMie yang juga seorang penulis skrip yang akan diulang tayang untuk kesekian kali di kaca TV adalah sebuah drama bersiri bertajuk PUTERI SALAMIA


DRAMA BERSIRI PUTERI SALAMIA
@TVi 180 setiap Selasa & Rabu 
jam 12.05 tengah hari

Drama bersiri PUTERI SALAMIA telah banyak kali diulang tayang di kaca TV  dan telah ditayangkan di RTM 2 . Pada yang belum berkesempatan untuk menonton drama ini bolehlah mula menonton drama bersiri ini mulai esok di saluran TVi 180 pada setiap hari Selasa dan Rabu pada pukul 12:05 tengah hari..

Drama ini diilhamkan oleh penerbit Zay Datuk Hj Basalie dan telah ditulis oleh Mak Dara dan adik mak juga iaitu Adza Emie . Drama ini berkisar seorang Puteri bernama Puteri Salamia dari Kerajaan Indera Saputra yang telah ditunangkan kepada Putera Sulu sejak kecil lagi. Bagaimanapun, ketika menginjak usia dewasa, Puteri Salamia telah jatuh hati pada Kesatria 

Qalif, Kesatria Istana Kerajaan Ayahandanya. Dalam drama ini, Puteri Salamia telah mengembara merentas masa dan telah sampai ke zaman sekarang. Bermulalah pengembaraan Puteri Salamia seorang diri di zaman berbeza dan secara kebetulan beliau telah berjumpa dengan Ben seorang pemuda yang seiras dengan wajah kekasihnya.

Jadi.. Kepada semua teman teman Mak Dara semua.. Jika anda free free hari ni tontonlah JELAJAH RASA ETNIK PAMOGA dan drama PUTERI SALAMIA yang akan mula disiarkan di kaca TV anda hari ini ya.. Sokongan anda amat amat Mak hargainya... 


Friday, March 30, 2012

PUTERI SALAMIA | EPISOD KE 4

As salam kepada semua sahabat.. Selamat berhari Jumaat.. Drama PUTERI SALAMIA episod ke 4 bakal ditayangkan pada pukul 3 petang ini di RTM 2.. Pada sesiapa yang terlepas menonton episod pertama, kedua dan ketiga  tu takpe.. Boleh je terus nonton episod ke empat ni.. hehe

Photo: Skrip ke 62

Tajuk Drama:PUTERI SALAMIA
Durasi : 5 episod x 1 jam
PRODUKSI: Wide Angle Sdn Bhd 
PRODUSER:Zay Datuk Zay Basaliei 
SKRIP: Adza Irdawati Adenan & Adza Nasya Emie
Siaran: Akan mula ditayangkan di RTM2 9hb mac setiap hari Jumaat pada pukul 3 petang
Barisan Pelakon
Puteri Salamia : Mardiana Alwi
Kesatria Qalif/Ben : Ebi Kornelis
Embun/Nenek Kebayan : Hasnah Ibrahim
Rose : Rydah Malanjang
Putera Sulu : Azrie Basalie
Permaisuri Indera Saputra : Azean Juzeanty
Raja Indera Saputra : Rodih Madun
Dr. Donny : Marlin Malalin
Elia : Affy Jacklynda Entawin
Penyiasat : Amirul Abdul
Ibu Ben : Puan Jurinah

Drama Bersiri Puteri Salamia adalah produk terbitan Wide Angle Film Production Sdn Berhad untukstesen TV nasional, RTM. Drama ini telah diadaptasi dan diubahsuai menjadi cerita dongeng daripada cerita rakyat tempatan Bajau Semporna. Drama ini diilhamkan oleh penerbitnya Zay Datuk Hj Basalie dan telah ditulis oleh Adza Irdawati dan Adza Nasya Emie Adenan. Drama ini berkisar seorang Puteri
bernama Puteri Salamia dari Kerajaan Indera Saputra yang telah ditunangkan kepada Putera Sulu sejakkecil lagi. Bagaimanapun, ketika menginjak usia dewasa, Puteri Salamia telah jatuh hati pada Kesatria
Qalif,  Kesatria Istana Kerajaan Ayahandanya. Dalam drama ini, Puteri Salamia telah mengembara merentas masa dan telah sampai ke zaman sekarang. Bermulalah pengembaraan Puteri Salamia seorang
diri di zaman berbeza dan secara kebetulan beliau telah berjumpa dengan Ben seorang pemuda yang seiras dengan wajah kekasihnya.

Bagi pengguna internet, you can watch via http://www.rtm.gov.my/tv2/



Wednesday, March 14, 2012

Ololo Sweettttnyer Anak Buahku Ini...

Ohhh memang sweettttt sangat anak buah Mak Dara si Elia ni.. Tak sangka pulak dia ada buat entry mengenai salah satu skrip yang Mak Dara tulis bersama adik mak iaitu Adza Emie . Sebuah drama yang bertajuk PUTERI SALAMIA hehe..

Ya mak memang ada masukkan nama Elia dalam skrip mak ni.. Mak dah pun minta permisionnya pada tahun lepas.. Yang sweet sangat ialah tak sangka Ya sudi print skrin perbualan kami tu hehehe..

 
pic dikidnap di blog Elia 

Mula mula pakai namanya... Mana tahu nanti orangnya pula kan.. Insyaallah.... hehe.. Nak baca apa lagi yang ditulis oleh Ya mengenai drama ini dan aunty auntynya yang meroyan ini boleh baca di entry ini ya...http://jejariruncing.blogspot.com/2012/03/elia-dalam-drama-puteri-salamia.html. Kepada anda semua jangan lupa untuk menonton drama PUTERI SALAMIA pada setiap hari Jumaat jam 3 petang di RTM2 k...

Kepada Ya.. All the best dalam exam final paper hari ni ok.. Nanti balik KL kita celebrateeee ngee =)


Friday, March 9, 2012

Nama Blogger Terkenal Jadi Watak Hero Drama Puteri Salamia..

As salam kepada semua sahabat.. Selamat berhari Jumaat.. Akhirnya saat saat yang dinanti nanti telah pun tiba dimana sebuah skrip drama bersiri bertajuk PUTERI SALAMIA akan mula ditayangkan pada hari ini pada pukul 3 petang nanti di RTM 2.. Skrip drama ini adalah hasil skrip Mak Dara dan adik mak iaitu Adza Emie.. Drama ini telah diterbitkan oleh Puan Zay Bt Hj Datuk Basalie... Drama ini adalah drama ke 62 yang telah mak dara hasilkan selama 15 tahun berkecimpung dalam dunia penulisan ni...

Photo: Skrip ke 62

Tajuk Drama:PUTERI SALAMIA
Durasi : 5 episod x 1 jam
PRODUKSI: Wide Angle Sdn Bhd 
PRODUSER:Zay Datuk Zay Basaliei 
SKRIP: Adza Irdawati Adenan & Adza Nasya Emie
Siaran: Akan mula ditayangkan di RTM2 9hb mac setiap hari Jumaat pada pukul 3 petang
Barisan Pelakon
Puteri Salamia : Mardiana Alwi
Kesatria Qalif/Ben : Ebi Kornelis
Embun/Nenek Kebayan : Hasnah Ibrahim
Rose : Rydah Malanjang
Putera Sulu : Azrie Basalie
Permaisuri Indera Saputra : Azean Juzeanty
Raja Indera Saputra : Rodih Madun
Dr. Donny : Marlin Malalin
Elia : Affy Jacklynda Entawin
Penyiasat : Amirul Abdul
Ibu Ben : Puan Jurinah

Drama Bersiri Puteri Salamia adalah produk terbitan Wide Angle Film Production Sdn Berhad untukstesen TV nasional, RTM. Drama ini telah diadaptasi dan diubahsuai menjadi cerita dongeng daripada cerita rakyat tempatan Bajau Semporna. Drama ini diilhamkan oleh penerbitnya Zay Datuk Hj Basalie dan telah ditulis oleh Adza Irdawati dan Adza Nasya Emie Adenan. Drama ini berkisar seorang Puteri
bernama Puteri Salamia dari Kerajaan Indera Saputra yang telah ditunangkan kepada Putera Sulu sejakkecil lagi. Bagaimanapun, ketika menginjak usia dewasa, Puteri Salamia telah jatuh hati pada Kesatria
Qalif,  Kesatria Istana Kerajaan Ayahandanya. Dalam drama ini, Puteri Salamia telah mengembara merentas masa dan telah sampai ke zaman sekarang. Bermulalah pengembaraan Puteri Salamia seorang
diri di zaman berbeza dan secara kebetulan beliau telah berjumpa dengan Ben seorang pemuda yang seiras dengan wajah kekasihnya.

Dan yang paling istimewanya watak hero dalam cerita ini yang telah dilakonkan oleh Ebi Konelis AF telah diambil dari nama seorang blogger terkenal iaitu BEN.. yup Ben Ashaarihehe.... 


BEN ASHAARI


Namun diingatkan bahawa mak hanya menggunakan namanya sahaja.. Watak serta karektor "BEN" di dalam drama ini tiadalah berkena mengena dengan adik Ben ye hehe =) 


Dan seorang lagi nama blogger yang Mak Dara telah masukkan dalam drama ini ialah nama anak saudara Mak Dara iaitu Elia blogger Jejari Runcing.. Elia merupakan watak utama dalam drama ini hehe

Blogger ke tiga yang telah mak masukkan dalam drama ini ialah nama Blogger Rose Johari.. Namanya diambil kerana Rose telah pun memenangi salah satu GA anjuran Mak Dara suatu ketika dulu dan antara hadiahnya ialah meletakkan nama pemenang dalam skrip terbaru mak.. Maka janji telah pun ditunaikan hehe

Terima kasih kepada Puan Rose dan Adik Ben kerana sudi mengabadikan nama anda dalam drama ini ya.. Kepada adik Ben.. Nanti boleh le akak letak nama baby Ben dan Azila pulak sebagai nama dalam salah satu watak dalam drama akak yang akan datang ye hehe..

Marilah sama sama tonton Drama PUTERI SALAMIA yang bakal ditayangkan petang ini ya... =) Bagi pengguna internet, you can watch via http://www.rtm.gov.my/tv2/


Tuesday, April 19, 2011

PUTERI SALAMIA bermula........

Penulisan skrip drama 5 episod berjudul PUTERI SALAMIA kini bermula...


Photo: Skrip ke 62

Tajuk Drama:PUTERI SALAMIA
Durasi : 5 episod x 1 jam
PRODUKSI: Wide Angle Sdn Bhd 
PRODUSER:Zay Datuk Zay Basaliei 
SKRIP: Adza Irdawati Adenan & Adza Nasya Emie
Siaran: Akan mula ditayangkan di RTM2 9hb mac setiap hari Jumaat pada pukul 3 petang
Barisan Pelakon
Puteri Salamia : Mardiana Alwi
Kesatria Qalif/Ben : Ebi Kornelis
Embun/Nenek Kebayan : Hasnah Ibrahim
Rose : Rydah Malanjang
Putera Sulu : Azrie Basalie
Permaisuri Indera Saputra : Azean Juzeanty
Raja Indera Saputra : Rodih Madun
Dr. Donny : Marlin Malalin
Elia : Affy Jacklynda Entawin
Penyiasat : Amirul Abdul
Ibu Ben : Puan Jurinah

Drama Bersiri Puteri Salamia adalah produk terbitan Wide Angle Film Production Sdn Berhad untukstesen TV nasional, RTM. Drama ini telah diadaptasi dan diubahsuai menjadi cerita dongeng daripada cerita rakyat tempatan Bajau Semporna. Drama ini diilhamkan oleh penerbitnya Zay Datuk Hj Basalie dan telah ditulis oleh Adza Irdawati dan Adza Nasya Emie Adenan. Drama ini berkisar seorang Puteri
bernama Puteri Salamia dari Kerajaan Indera Saputra yang telah ditunangkan kepada Putera Sulu sejakkecil lagi. Bagaimanapun, ketika menginjak usia dewasa, Puteri Salamia telah jatuh hati pada Kesatria
Qalif,  Kesatria Istana Kerajaan Ayahandanya. Dalam drama ini, Puteri Salamia telah mengembara merentas masa dan telah sampai ke zaman sekarang. Bermulalah pengembaraan Puteri Salamia seorang
diri di zaman berbeza dan secara kebetulan beliau telah berjumpa dengan Ben seorang pemuda yang seiras dengan wajah kekasihnya.

Hari ni Mak Dara dan adik Mak Dara Adza Emie akan mula menulis skrip untuk sebuah drama berepisod bertajuk PUTERI SALAMIA untuk Wide Angle Film Production Sdn Bhd

Pada pemenang MAK DARA 1st GA iaitu Rose Johari.. seperti yang dijanjikan nama anda ROSE akan kami masukkan dalam skrip drama ini =)

Dan tidak ketinggalan nama BEN ASHAARI akan dijadikan sebagai nama watak Hero untuk drama ni.. hehehe tungguuuuuuuuuuu!!!!!

Puhh kanan.. puhhhhhh kiri..
mehhh ler idea.. jangan kau lari lari hehe

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK