Showing posts with label Rosley Idris. Show all posts
Showing posts with label Rosley Idris. Show all posts

Thursday, July 25, 2013

Pelakon Rosley Idris Meninggal Dunia Akibat Kanser .. Takziah

As salam duhai teman.. Malam ini Mak Dara dikejutkan dengan berita pemergian seorang teman lama Mak Dara iaitu pelakon Rosley Idris. Allahyarham telah meninggal dunia pd jam 6.40 ptg td 24/7/2013 akibat sakit Kanser usus di HUKM.. 

Masyaallah Mak Dara baru teringat untuk menziarahnya di Hospital namun tidak kesampaian.. Masih teringat kenangan manis Mak Dara ketika berlakon bersama samanya di dalam drama bertajuk Jejak Kasih pada tahun 1996 dulu.. Drama bersiri ini telah diadaptasi dari segmen rancangan Jejak Kasih yang sangat famous dan terkenal pada tahun 90an dulu yang disiarkan di TV3. Dalam salah satu episod itu arwah menjadi hero dan mak dara memegang watak sebagai heroin di dalam drama itu. Mak masih ingat jalan ceritanya di mana dalam drama itu kononnya watak yang mak dara bawa itu sedang diijabkabulkan dengan watak yang dibawa oleh arwah, tiba tiba makcik memberitahu bahawa watak mak dara itu anak angkat dan perkahwinan itu terpaksa dibatalkan kerana wali yang tidak sah. Dan kemudian watak yang dibawa oleh arwah Abang Rosley bersama sama dengan watak yang mak dara lakonkan mencari keluarga sebenar mak dara hingga akhirnya bertemu dan akhirnya kami dapat disatukan. Banyak kenangan manis mak dara semasa berlakon bersama allahyarham.. And I will never forget that moment.. 


Salam takziah buat keluarga allahyarham dan semoga allahyarham ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman. AL FATIHAH....



THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK