Showing posts with label Saiful Apek. Show all posts
Showing posts with label Saiful Apek. Show all posts

Sunday, February 3, 2013

ALONG GEDEBE

Assalam duhai teman.. Pada tika dan saat ini sebuah drama hasil skrip oleh Mak Dara yang bertajuk ALONG GEDEBE sedang disiarkan di ASTRO WARNA sekarang :)..


Drama ini adalah skrip yang ke 59 daripada 66 buah skrip yang telah Mak Dara hasilkan.. Drama ini dilakonkan oleh Zed Zaidi, Harun Salim Bachik, Yus Rajalawak, Mandy Chong dan ramai lagi. 


Wednesday, April 25, 2012

Lakonan Mak Dara Dalam VCD OK

Salam duhai teman..
waduh semalam hampir tiga jam lebih mak dara uploadkan sebuah VCD bertajuk OK ke laman youtube Mak Dara . Drama OK ni adalah hasil skrip Mak Dara semasa Mak Dara bekerja menjadi penulis skrip di syarikat Gitu Gitu Sdn Bhd milik Abang Saiful Apek, 7 tahun lalu.. Di samping bekerja sebagai penulis skrip group Mak Dara D'ADZA juga jadi salah satu kumpulan/Band dibawah nanungan Abang Saiful.. Dan Abang Saiful akhirnya nak shoot semua teman dibawah naungan syarikatnya iaitu Yassin, Abg Bob Kuman, CD NAZ termasuklah D'ADZA untuk berlakon dalam drama terbitannya maka lahirlah OK...


Nak ke tengok lakonan Mak? nak ke? Jangan menyesal cik Salmah hehehe... hehehehe segannnnyeeeer..

Iyanie(baju merah) dan Mak Dara dalam satu babak dalam "OK"
 D'ADZA bersama Apek - dalam salah satu babak "OK"
Lakonan CD NAz, Saiful APek, Yassin dan Bob Kuman dalam salah satu babak "OK"
Haaaa memang sesuailah kan mak berlakon dengan watak sebagao seorang yang gemuk dan low self esteem kan.. Ok ni hanyalah PART 1 dari cerita ini.. Sekarang mak sedang upload part 2 pula.. tungguuuu 

Alang alang dah berada di sini sudilah kiranya mengundi Mak Dara setiap hari untuk Digi Woww Award 2012 bermula sekarang hingga 13 Mei untuk NuffNang Top Fav Kay Poh ( link ) Digi Woww Awards Nuff Nang Fav Kay Poh undian anda amat berharga bagi makkkk =)

Saturday, May 14, 2011

Amir Oh Amir

Semalam Mak dara nak update citer ni tapi sebabkan blogspot "sakit" semalam maka cerita tu dibawa ke harini.. Citer apa? Citer Amir Maharajalawak tu lah..




Memang dari mula lagi ramai yang tak suka dengan kehadiran Amir dalam pertandingan Maharajalawak tu.. Rata rata di status FB ramai yang mentertawakan dia.. bukan pada lawak jenaka yang dipersembahkannya.. Kesian pulak Mak Dara baca.. Pada mulanya Mak Dara tak setuju lah dengan diorang ni.. Dah rezeki dia terpilih masuk Maharajalawak biarkan la dia.. Tapi dari saban hari ke saban hari Mak Dara mula faham apa maksud rakan rakan Mak Dara itu..

Namun semalam kemuncak dimana nama Amir disebut sebut di kebanyakkan status FB rakan Mak Dara... Kenapa? Semua gara gara dia tidak menghormati pengkritik tetap si Ahmad Idham tu..Tengah elok elok orang tu memberi komen, boleh dia mencelah dan suruh Abang Mamat Khalid aje yang komen untuk dia.. Mak ai... Kesian Ahmad Idham nampak seperti terkedu apabila diperlakukan begitu.



Namun.. Abang Ahmad Idham cool dan senyum aje.. Haa itulah namanya profesional.. Takpelah semoga ini menjadi satu pengajaran untuk AMir pada satu masa nanti.. Hormat menghormati kan amalan mulia.. Mak Dara doakan semoga Amir berjaya di luar sana .. Sekarang meh kita jangan buang masa dan jom undi NABIL dan JOZAN!!!! =)

Wednesday, January 19, 2011

MAK DARA, BAND MAK DARA & SAIFUL APEK - Kembalilah

Mak dara ni memang gila menulis.. Ibu Mak Dara selalu cerita masa Mak Dara kecik kecik dulu, Mak Dara ni pantang nampak pensel sure habis dinding rumah Mak Dara decorate hehe.. Nasib baiklah dengan berkat kesabaran Ibu Mak Dara akhirnya Mak Dara menjadikan bidang penulisan ni sebagai satu kerjaya. time kasih mak.. Lap you very the strong lah hehe.. So lepas boring boring tulis skrip, Mak Dara bersama adik beradik Mak Dara (D'ADZA) telah dilamar oleh Saiful Apek untuk menjadi artis dibawah naungan Gitu Gitu Production. Dan disitu buat kedua kalinya Mak Dara dan juga atas pertolongan adik beradik Mak Dara menghasilkan lirik kedua iaitu lagu KEMBALILAH nyanyian D'ADZA feat Saiful Apek.

Lagu Kembalilah telah dimuatkan dalam album SAIFUL APEK & FAMILI

Layanzz le lirik lagu Mak Dara yang tangkap lalok ni yer..

KEMBALILAH

Segalanya kini pun bermula
Wajahmu seringkali kugambar eh...
Hadirlah walau dalam mimpiku
Kurindukan sikap mesra
Oh kawanku

Korus
Ruang-ruang dalam hati ini berkata
Kembalilah
Nada-nada dalam hati ini bergema
kembalilah

Apek
Kurindukan gurauan
Hilai tawa tangis oh kawanku
Kini ku kosong tak bererti

Segalanya kini bermula
Wajahmu seringkali kugambar eh...
Hadirlah walau dalam mimpiku
Kurindukan sikap mesra
Oh kawanku

Ruang-ruang dalam hati ini berkata
Kembalilah

Apek
Kurindukan gurauan
Hilai tawa tangis oh kawanku
Kini ku kosong tak bererti

Ulang korus

Download: Kembalilah.mp3

Lirik Kembalilah - D'Adza feat Apek

KEMBALILAH juga telah menjadi soundtrack untuk VCD OK

Fuhhh kenangan yang terindah betul time tu.. =)



THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK