Showing posts with label Sepetang Bersama Blogger 2014. Show all posts
Showing posts with label Sepetang Bersama Blogger 2014. Show all posts

Monday, March 24, 2014

SBB2014 - Episod 2 "Blogger Selfie Terlampau"

Wohooooooooo SEPETANG BERSAMA BLOGGER 2014 datang lagi!!!! Haaa macam iklan tora datang lagi pulak kekdahnya kan haha.. Ya SBB merupakan salah sebuah acara dan event terbesar untuk para blogger kembali untuk tahun 2014 dan telah pun berlangsung pada 8hb Mac yang lepas! Walaupun telah berlangsung dua minggu yang lalu, namun kehangatannya tetap terasa hingga kehari ini.. Masih teringat lagi akan kemesraan dan jalinan ukhwah yang terjalin sepanjang majlis ini berlangsung.. Dan yang paling tak dapat dilupakan apabila Mak Dara bertemu dengan rakan blogger yang satu kepala dengan Mak Dara. Pendek kata geng MEROYAN haaa huru hara dibuatnya.. Dan ini jelas dapat dilihat bila adengan "Bolgger Selfie Terlampau" berlangsung secara spontan antara Mak Dara, Nami Namia, Akma Omar dan juga sis Nur Misnan hahaha.. Tak percaya moh mak share gambor kami bertiga meroyan bersama...

Saloma Bistro.. Peace ya'all


duck-face time hahahahaha


pipi siapa paling gebu hehehe

akhirnya Acik turut join sesi berselfie bsama kami hehehe

Haaaaa ni lah yang berlaku kalau blogger blogger meroyan bertemu.. Hehehe memang sempoi memang besttt dan takkan dapat mak lupakan moment ni sampai bila bila.. Muahhhhhh thank you so much Nami NamiaAkma Omar , Nur Misnan dan Acik sebab melayan meroyan ahkak ye .. Sayangggg korang ketat ketat.. Moga kita dapat meroyan lagi di event event akan datang.. Muahhhhhhh...

artikel berkaitan SBB2014

Sepetang Bersama Blogger 2014 #SBB2014 - Episod 1




Monday, March 10, 2014

Tiada Entry Untuk Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014

Assalam duhai teman.. Mohon maaf dipinta kepada beberapa teman blogger Mak Dara yang telah memeriahkan majlis sepetang bersama blogger 2014 yang telah mak janjikan untuk buat special entry bersama mereka dan kongsikan gambar gambar kami bersama kerana sehingga ke hari ini rasanya tidak dapat menzahirkan sebarang entry termasuklah entry untuk #sbb2014 atau apa sahaja.. 

Tidak tertulis olehku cerita yang menggembirakan
di kala ramai yang sedang berduka.. 

Tidak terkongsi olehku
gambar kegembiraan kita bersama,
di kala ramai yang sedang menatap gambar yang tersayang dengan penuh 
sendu dan sayu...

Teruskan BERDOA untuk kesejahteraan, kedamaian hati seluruh ahli keluarga, waris serta keselamatan penumpang & rakan-rakan MH370 .....


Friday, March 7, 2014

#SBB2014 MU TUNGGU AKU DATANG

LIP POK LIP POK Mata ni.. Tak mau dok katop lagi wat tak tauuuuuu...Amboiii haiii dah masuk pukui dua belaih dah tak boleh nak tidoq tidoq jugak pasai pa tak tauu.. Hmmmm Pasai apa lagi.. Pasai terover eksited pasai SEPETANG BERSAMA BLOGGER 2014 aka  #SBB2014 anjuran Tuan Denaihati laaaaaa habaq maiiiii... Haaaa habeh keluaq bahasa kedah cheq habaq kat hangggg..  Haaa tu maknanya meroyan Mak Dara dah KRONIK hahahaha.. Sat naa anak anak mak nak pebetoi lidah sat bagi jadi baku balik hew hew hew...

Esok 8hb Mac 2014 adalah tarikh yang dinanti oleh lebih 300 blogger yang bakal berkampung di SALOMA BISTRO untuk menghadiri acara gilang gemilang  Sepetang Bersama Blogger 2014!!! Anda join tak?? Mak Dara serta somi , anak serta sepupu Mak iaitu Mak Lady dan anak anaknya Elia Jejari Runcing , Ameer dan ramai lagi akan turut memeriahkan acara ini.. Fuhhh dup dap dup dap rasa hati menanti esok..

Haa nak habaq mai.. Mak Dara sebenaqnya tak siappun baju ka apa untuk ke SBB ni almaklumlah somi mak kan sakit dah hampir 3 minggu dan asyik ulang alik klinik dan hospital memanjang.. Namun siang tadi sempat le beli baju untuk pegi sbb hehe.. Kemana lagi mak kalau tak ke ZAWARA Jalan Tar !!! 


Baju manakah yang Mak Dara pilih?? Tunggu esok yer hehe

Ok mengenai meja pulak Mak dara dan keluarga seramai 8 orang kami akan ditempatkan di meja no 27.. Perghhhh memang strategik habesss.. Betul betul depan entrance pintu masuk dewan...

Mak Dara bersama keluarga dan juga 2 orang blogger lain
iaitu Blogger Edwin Masripan dan Blogger Abrar Chek Teh di Meja 27


Part yang paling best selain duduk betul betul depan pintu entrance ialah amatttt berdekatan dengan meja buffet.. Ai likeee.. Hmmm nak kena bawak tupperware ni HAHAHAHAHAHA!!! 

Hmmm tahun lepas pada #SBB2013 Mak Dara ada menang IPAD MINI dalam cabutan bertuah.. Dan juga diinterview oleh wartawan RTM. Tahun ni harap harap dapatla bawak balik hadiah jugak tapi part interview tu takmolah cheq shy shy cat hehe..
diterjah wartawan RTM haha

Menang ipad mini!!

Fuhh tak boleh jadi ni.. Makin teruja pulak dibuatnya bila fikirkan semua kenangan manis di SBB2013 yang lalu.. Hmmm nak kena tidoq jugak la anak anak oi.. Kalau tak esok terlelap dan terlepas pulak nak pi SBB2014.. Ok selamat malam .. good night.. jumpa esok naaaaaaa....#SBB2014 MU TUNGGU AKU DATANG.  Assalammualaikum.. 



Thursday, February 6, 2014

Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014

Wohooooooooo SEPETANG BERSAMA BLOGGER datang lagi!!!! Haaa macam iklan tora datang lagi pulak kekdahnya kan haha.. Ya SBB merupakan salah sebuah acara dan event terbesar untuk para blogger kembali untuk tahun 2014! Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s bertujuan mengumpulkan blogger-blogger Asia Tenggara dari Malaysia, Brunei, Indonesia dan mungkin negara-negara yang lain juga dan akan diadakan di Saloma Bistro, Jalan Ampang pada 8 mac depan. 

Mak Dara di #sbb2013

Rata rata ramai teman blogger yang telahpun mendaftar bagi menyertai acara hebat yang dianjurkan oleh Denaihati ini dan Mak Dara tidak lepaskan peluang untuk turut sama.. Dan kali ini Mak dara bawak geng hehe.. Siapa lagi geng Mak Dara kalau bukan sepupu Mak si MAK LADY tu.. Setelah bincang punya bincang punya bincang akhirnya kami telah mendaftar untuk 8 orang termasuk anak anak kitaorang.. Haa kau.. sekali bawak sekampung..Untuk sebuah meja yg boleh memuatkan 10 orang mungkin kami dah monopoli 80% meja kat #SBB2014 nanti hahaha..

Dengar cerita #sbb pada tahun ni lebih gempak, lebih meriah dan lebih banyak hadiah dan cabutan bertuah . Dan yang paling menarik dengar khabor Blogger SHAKIDO dan MELASTIK BINTANG akan buat show ala ala panca sitara..benarkah? Haa nak tahu kenalah join.. Walaweii rugiiii tau kalau tak joinnnn hehe !!! 

Masih teringat lagi kenangan manis ketika Mak Dara menyertai SBB pada tahun lepas.. Bukan sahaja Mak Dara dapat bertemu dengan ramaiiiii rakan blogger dah tu menang hadiah cabutan bertuah sebuah IPAD MINI malah Mak Dara juga telah diinterview oleh wartawan RTM siap keluor berita lagi uols huhu.. Namun satu aje yang Mak dara masih kesal hingga hari ni iaitu Mak Dara terpaksa menolak jemputan oleh Tuan Denaihati untuk menjadi salah seorang panel speaker untuk majlis itu.. Adoiii MENYESALLLLL tak sudahhh wei.. Tapi tu la Mak dara ni ada Glossophobia iaitu "Phobia Speaking In Public" . Kalau setakat sembang sembang biasa dengan kawan kawan takde masalah. Tapi kalau nak bercakap dengan semua mata tertumpu pada Mak haa kat situ mak dara boleh kena panic attack.. Entah le dari kecik lagi dah ada benda ni.. huhu..

Mak Dara di interview @ #sbb2013

Mak Dara menang ipad mini di #sbb2013

Mak Dara dan somi di sbb2013

Mak Dara bersama anak buah Elia dan Amer 
dan sepupuku Mak Lady uolsss :)

Fuhhh memang terujaaa habis nak ke sbb2014 ni.. Haaa ada sesiapa yang dah daftar untuk ke majlis ni.. Kalau terjumpa dengan mak tu tegur tegur lah mak ye.. Almaklumlah mak ni pemaluuuu orangnya uhuk uhuk.. Dan pada yang belum mendaftar lagi tu jangan lepaskan peluang untuk join.. Hanya RM20 sahaja untuk setiap seorang.. Cepat mendaftar di SINI atau klik link ini http://sbb.my/?affiliates=ea5d2f1c4608232e07d3aa3d998e5135 laju laju ok..  Cepat mendaftar dan moh meroyan di Sepetang Bersama Blogger 2014 beramai ramaiiii....

Entry Sepetang Bersama Blogger 2013

psstt psttt alang alang dah ada kat sini bolehkah kiranya anda tolong vote utk MD utk MSMW for BEST LIFESTYLE BLOG.. klik di SINI utk vote ya.. muahh tq

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK