Showing posts with label TITISAN DARAH PAHLAWAN. Show all posts
Showing posts with label TITISAN DARAH PAHLAWAN. Show all posts

Tuesday, December 27, 2011

TITISAN DARAH PAHLAWAN

NAMA Yusof Kelana dalam bidang pengarahan terutamanya drama televisyen (TV) tempatan memang tidak boleh disisihkan. Ini kerana, sejak hampir 30 tahun terbabit dalam bidang itu, dia telah mengarahkan lebih 400 drama.
Terbaru, penggambaran drama 26 episod berjudul Titisan Darah Pahlawan di Perak. Ia membawa kembali ke zaman komunis dan Jepun serta pengorbanan pasukan tentera dan polis untuk melawan musuh negara itu. Drama ini amat sesuai untuk generasi muda, jangan menjual maruah dan negara kepada orang luar demi kepentingan diri sendiri. Pasukan tentera dan polis berjuang sehingga ke titisan darah terakhir untuk mempertahankan tanah air kita.
Mak Dara dan somi telah ke lokasi penggambaran drama ini di Ipoh perak semalam.. Tujuan kami kesana sebab somi mak Martias Ali nak bincang bincang mengenai projek terbaru mereka bersama Abang Yusof Kelana.. Sambil bincang bincang tu kami pun turut sama melihat shooting drama itu berlangsung.. Meh mak share kan sikit gambar gambar di sebalik shooting drama TITISAN DARAH PAHLAWAN ni ye....
Abang Yusof Kelana sedang memberikan arahan kepada para pelakon


Abang Yusof Kelana sedang mengarah

Somi makdan abang Yusof Kelana

Siapa yang selalu kata mak gemuk.. meh siniiiii hehehehe

boleh tahan berat jugak

bang bang hehe

sempat lagi posing ni hahahaha

Martias & Yusof Kelana

Mak Dara & Abang Yusof Kelana


Mak bersama Makup artis, boom man dan abang cameraman hehe

Memang mak sukaaa dan memang patut diadakan lebih banyak drama drama bersifat patriotik ni.. Ini supaya dapat memupuk rasa sayang dan cintakan negara.. Suatu semangat yang semakin pudar di negara kita.. Semoga dengan adanya genre genre sebegini dapat mengembalikan rasa hormat dan cinta negara .

Drama ini akan habis penggambarannya dalam penghujung bulan March tahun depan.. Mak doakan semoga shooting ni berjalan lancar.. All the best buat Abang Yusof Kelana, YKS Production dan kepada semua lrew dan artis yang terlibat..


Mak Dara Mengganas Di Ipoh


JANGAN BERGERAK!!!! Mak Dara dah hijack sebuah asrama di Ipoh.. U dont play play ek.. Siapa yang selalu kata mak ni gemuk sila beratur di depan dulu meh!!! 

Haaaahaaahaaa jangan gabra jangan terkojut ye Kak Pah.. Mak Peah .. Pak Sood dan Wak Leman.. Mak idok le nak jadi pengganas nak hijack hijack ni.. Ini adalah gambar Mak Dara di set lokasi penggambaran drama bersiri 26 episod bertajuk TITISAN DARAH PAHLAWAN yang diarahkan oleh pengarah Abang Yusof Kelana..

Masa gambar ni diambil Mak berada dalam set asrama askar lelaki.. Haaa nampak tak semua askar askar kat belakang mak tu.. semua tu pelakon tu hehehe.. Ok kejap lagi Mak Dara kasi sambung full entry mengenai drama ni ye.. Sekarang misi nak cari card reader dulu untuk keluarkan gambor gambor dari kamera.. Tungguuuuuu