Showing posts with label TS Jefry. Show all posts
Showing posts with label TS Jefry. Show all posts

Friday, January 31, 2014

MENCARI DATIN


Assalam duhai teman.. Haaa apa kena dengan mak ni tup tup nak cari Datin pulak kan? Kenapa tak cari Dato saja betol tak? Opss karang ada jugak periuk belanga yang terbang melayang layang nanti hehe.. Kisahnya begini.. Baru baru ini Mak Dara bersama somi Mak Martias Ali baru sahaja selesai menulis sebuah skrip drama bertajuk MENCARI DATIN . Drama ini merupakan hasil karya skrip Mak Dara yang ke 70. Cerita ni cerita komedi.. Haaa memang peberet genre Mak Dara untuk menulis cerita yang lawak lawak ni. Bila dah dapat genre yang kita suka dan minat apalagi... Mak dara dapat habis menulis skrip drama ini dalam masa 17 jam sahaja non stop!!! Haaa ini antara record terbaru Mak dara sejak menulis selama 18 tahun ni hehe.. Selalunya kalau menulis sesuatu skrip drama ambil masa sekurang kurangnya 5 hari ke 2 minggu atau lebih.. Entah le kali ni boleh pulak buat tak sampai satu hari hehe.. Ok moh Mak Dara kongsikan sedikit sinopsis dan jalan cerita drama MENCARI DATIN ni ya..


Skrip Ke 70

Tajuk: MENCARI DATIN

Durasi : 60 minit
PRODUKSI: PENTAS WAYANG SDN BHD
PRODUSER: TS JEFREY
Idea Asal : MARTIAS ALI
SKRIP: Adza Irdawati Adenan & Martias Ali
SIARAN : TV9 (mungkin akan ditayangkan pada hujung feb 2014 nnt)

SINOPSIS MENCARI DATIN

Razak awal 50an, seorang ahli peniagaan yang berjaya. Mempunyai dua orang isteri iaitu Saleha (40an) isteri tua dan Maria (awal 30an). Perkara yang menarik dalam kehidupannya bila mana kedua isterinya saling hormat menghormati dan memahami dunia bermadu.  Razak mempunya seorang anak perempuan  bernama Junaidah berusia dalam 20 an hasil perkahwinannya dengan Saleha dan seorang anak lelaki berusia 8 tahun hasil perkahwinan dengan isteri kedua. 

Razak begitu taat pada jadual rumah tangga dan tidak pernah mengabaikan giliran untuk bersama isteri pertama dan kedua. Segalanya begitu sempurna bagi Razak.
Namun segalanya mula berubah bila mana Razak menerima satu surat untuk di isi sebagai syarat bagi mendapatkan status Dato’  dari sebuah istana negeri.  Razak merasakan itu merupakan satu penghormatan kepada dirinya dan menambah kekuatan profile syarikat yang di milikinya itu. Berita itu kemudian sampai ke pengetahuan Saleha dan Maria.

Saleha terus merasakan bahawa tidak lama lagi dia akan bergelar Datin.  Saleha mulai berubah dari segi pakaian, perwatakan serta percakapannya.  Junaidah menjadi mastermind untuk groom ibunya sebagai persediaan untuk menjadi seorang Datin. 

Perbuatan Saleha itu menyebabkan Maria mulai merasa meyampah pada madunya itu. Saleha merasa yang dia kini mempunyai kelebihan berbanding dengan isteri mudanya. Perbuatan Saleha menyebabkan Maria mulai tertekan.
Wani  (20an) adik kepada Maria mulai menghasut Maria supaya kakaknya itu mendapat gelaran datin.  Wani menyuruh Maria memujuk Razak untuk menceraikan isteri tuanya. Persengketaan antara Maria dan Saleha akhirnya tercetus. Masing-masing mencari jalan  supaya Razak declare siapa yang harus mendapat title Datin.

Kini keharmonian kehidupan bermadu Razak mulai bergoncang.  Razak tahu bahawa Saleha yang layak mendapat pangkat datin kerana ia adalah isteri yang pertama. Namun Razak juga amat menyayangi Maria.

Saleha mulai berjinak-jinak dengan group datin yang sering ke sebuah kelab Pocho-Pocho.  Saleha mengaku yang dia adalah Datin Saleha.  Tanpa dia sedari ada seorang yang menyamar menjadi  Datin yang cuba mengambil kesempatan untuk menipu datin-datin di kelab itu. Salehater pengarauh dan melabur dalam satu projek dengan dangan jumlah wang yang banyak.

Maria pula semakin gilakan glamor. Dia seriang menawarkan diri untuk menjadi peanung di beberapa acara amal.  Maria menjadi semakin sibuk.Razak semakin kusut dengan perangai kedua-dua isterinya. Lantas dia banyak menghabiskan masa dengan Qasih, setiausaha di pejabatnya. Satu hari Saleha di jemput ke satu majlis amal di mana Maria menjadi penaung. Saleha mulai memecah tembelang dengan menatakan bahawa Maria bukan datin. Pergaduhan dan tarik rambut berlaku di hadapan pihak media. Suasana menjadi kecoh.

Keesokan harinya kedua-dua mereka berada di dalam penjara kerana membuat kacau.  Razak datang untuk menjamin mereka berdua. Razak kemudian memberi tahu bahawa dia tidak terpilih untuk mendapat gelaran Dato dankerana kesibukan mereka berdua mengejar title Datin, Razak telah mengahwini Qasih sebagai isteri ketiganya.

Setahun kemudian Razak mendapat gelaran Datuk bila mana Junaidah melahirkan cucu mereka yang pertama. 

Amacam ok tak citer ni hehe.. Drama ini akan diterbitkan oleh penerbit TS JEFRY dan syarikat PENTAS WAYANG PRODUCTION SDN BHD dan bakal menjalani penggambarannya tak lama lagi.. Doakan semoga shooting ini berjalan lancar dan dipermudahkan ye..

Jom terjah ke Blog / senarai drama yang pernah Mak dara hasilkan http://adzairda.blogspot.com/2014/01/drama-mencari-datin.html


Sunday, August 18, 2013

Teman Artis Yang Memeriahkan Rumah Terbuka Mak Dara Semalam

As salam duhai teman.. Semalam maka berlangsunglah rumah terbuka Mak Dara bertempat di rumah Mak Dara di AU5D Lembah Keramat.Terima kasih kepada lebih 200 tetamu yang datang ke rumah terbuka mak dara semalam . Dan antara sanak saudara dan teman teman Mak Dara dan somi yang datang terdapat juga beberapa teman artis yang turut memeriahkan open house kami ini. Antaranya Abang Harun Salim Bachick, Zaidi Omar, Boy, Raja Azri, TS Jefry, Jazly Hassan, Firdaus Ghufran dan ramai lagi.. Moh Mak Dara sharekan gambar yang sempat Mak Dara snap

Raja Azri bersama Boy

Jazli Hassan

Abg Zaidi Omar bersama somi

Mak Dara bersama TS JEfry dan isteri

Mak Dara dan somi bersama para pelakon Mohd Awie, Azza dan Jazli Hassan

ABang Zaidi Omar bersama Abg Harun Salim Bachik

dari kiri Raja Azri, Boy, Harun Salim Bachik, somi MD dan TS Jefry

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua teman teman artis yang sudi datang ke teratak kami semalam.. Terima kasih kerana meluangkan masa anda bersama kami . Sangat sangat terharu dibuatnya.. Dan sayangnya Mak Dara tak sempat nak snap snap gambar bersama kerana sibuk dok keluar masuk dapur time sesi bergambar ini uwaaaaaaaa... Takpe mudah mudahan kita dapat bertemu lagi nanti insyaa allah.. btw tenkiuuuuuu for cominggggggggg ...


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK