Showing posts with label Tsumani. Show all posts
Showing posts with label Tsumani. Show all posts

Friday, April 8, 2011

Gempa Bumi Terbaru Di Jepun - 7hb April

Jepun dilanda gempa bumi lagi. Belum pun cukup sebulan kejadian gempa dan tsunami melanda Jepun. Kini gempa bumi berskala 7.1 pula melanda mereka pada 10:30 lewat malam 7hb April.

Amaran Tsunami dikeluarkan oleh pihak kerajaan Jepun namun telah ditarik balik sejam kemudian. klik di link ini untuk melihat video raw gempa bumi ini http://news.yahoo.com/video/world-15749633/raw-video-magnitude-7-4-quake-hits-japan-coast-24823553

Marilah kita sama sama mendokan agar mereka terselamat dari bencana ini.

Sunday, March 13, 2011

Khabar Dari Jepun

Gembira Mak Dara bila akhirnya mendapat berita dari teman Mak Dara dari jepun iaitu Midori Tamate setelah beberapa hari berlakunya Tsunami di Jepun.



Mak Dara: I've heard about Tsunami hits Japan. Are you guys ok?
Midori: Thanks. We are fine. It was level 3 in sapparro, which means no serious damage. No worry

Midori's FB wall: " we are ok"

Syukur alhamdullilah mereka selamat. Difahamkan di Sapparo hanya mengalami kerosakan tahap 3 maknanya tiada kerosakkan teruk.

Suami Mak dara bersama Junjiro Kodoma dan siterinya Midori Tamate
@ sapporo Japan

Mak Dara dan Suami bersama Datuk Bandar Sapparo Japan
@ SAPPORO SHORT FILM FESTIVAL 08

Marilah kita sama sama berdoa moga Tsunami tidak terkena tempiasnya di negara kita..


Friday, March 11, 2011

TSUNAMI DI JEPUN MUNGKINKAH AKAN TERKENA DI MALAYSIA


Ya Allah.. Terkejut bila mendapat tahu tentang Tsunami yang terkena di Jepun siang tadi. Mak Dara dapat tahu pun masa Mak Dara keluar jalan jalan dengan adik Mak Dara di Sungai Wang dan ketika adik Mak Dara nak update status Facebooknya menggunakan BBnya. Tengok banyak orang update tentang tsunami di status dioarng. Kamipun terus balik kerumah.

Bila balik ajer sampai rumah, tengok suami Mak Dara tengah tengok berita di TV. Bertambah terkejut melihat berita dan melihat kemusnahan yang melanda negara Matahari Terbit itu.


Teringat lagi ketika Mak Dara ke Sapporo, Hokaida dan Hiroshima di Jepun pada 2007 dahulu. Pasti beberapa tempat yang pernah Mak Dara pergi itu telah habis terkena Tsunami.


Tadi pulak Mak Dara baru saja ditag oleh teman FB Mak Dara iaitu Chef Faizal. Katanya kawannya baru aje tweet di tweeter mengenai kemungkinan Tsunami dijangka akan melanda Sabah dan Labuan pada petang ini dan mengingatkan supaya mereka yang berada berhampiran kausan perairan pantai untuk tak berada di kawasan pantai..



Entah apa kah nasib teman Mak Dara yang berada di Sapporo iaitu Junjiro Kodoma dan isterinya.. Mak Dara cuba berhubung dengan mereka di Facebook namun gagal. Moga mereka selamat.. Mak Dara mendoakan semoga negara kita dijauhkan dari bala bencana ni..

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK