Showing posts with label UPSR. Show all posts
Showing posts with label UPSR. Show all posts

Wednesday, November 16, 2016

KEPUTUSAN UPSR 2016 MAK VS ANAK

UPSR .. UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH.. UPSR 2016 .. RESULT UPSR 2016.. 


Haishhh itu sajalah yang asyik berlegar dalam kepala Mak dara sejak dua tiga hari ni.. Adoiiii macam Mak Dara pulak yang ambik UPSR kekdahnya.. Namun sebenarnya yang telah menduduki ujian UPSR adalah anak ketiga Mak Dara iaitu Adza Kasih..

Mak Dara dan Adza Kasih

Ya besok 17hb November adalah tarikh yang amat mengerikan pada pelajar dan ibubapa kepada pelajar yang menduduki UPSR.. Dan Mak Dara antara ribuan ibubapa yang nervous tak hengatttt menjelang keluarnya result upsr esok.. Tapi yang geramnya.. Mak nengok anak mak si Adza Kasih relaxxxxxx jer.. Macam takde apa apa.. Ehhhhh... Dia yang UPSR aku pulak yang panasssss... Bila ditanya kenapa relax sangat result nak keluar esok.. Dia selamba jer cakap.. Kasih dah buat habis baik dah.. Tunggu jer la esok. Mak aiiii dari cara jawab tu macam dah konfiden boleh dapat lima A .. Adoiii la anak.. Kalau zaman mama dulu semua kami yangambik exam akan nervous tahap dewa.. Nak tau kenapa sebab kami akan diugut oleh mak mak dan bapak bapak sekalian alam kalau tak lulus exam mak akan kahwinkan kami .. Hampir 99% dari semua yang diugut pasti akan kecut perut menunggu result UPSR.. Namun ada jugak yang 1% suka bila diugut begitu kekeke..

Walau apa apapun Mak Dara doakan agar semua para pelajar yang menduduki UPSR termasuklah anak Mak Dara Adza Kasih semoga tabah dan redha dengan apa sahaja keputusan yang bakal diterima esok.. Selamat berjaya anak anak.. Dan selamat bertenang buat ibubapa sekalian ya...



Tuesday, September 30, 2014

BILA SEKOLAH NAK CUTI.. BILA CUTI...

As salam duhai teman.. Pagi tadi dalam pukul 8:30 pagi tengah cantik buat beberapa tugasan tiba tiba Kak Adza mendapat satu panggilan tellefon.. Cuak juga bila di skrin tertera nombor telefon dari Cikgu Sekolah anak Akak. Tersentak dihati kenapa cikgu telefon? anak sakit ke? anak ada gaduh dengan kawan sekelas ke.. Bila panggilan telefon diangkat rupanya Cikgu memaklumkan pada Kak Adza bahawa hari ini sebenarnya anak anak Kak cuti dek kerana kelas mereka telah digunakan untuk pelajar yang mengambil ujian UPSR.

Adoiii maafkanlah mama wahai anak anakku Adza Kasih dan Adza Isabella.. Mama betul betul lupa.. Baru teringat surat yang diorang bawa balik dari sekolah minggu lepas mengenai cuti hari ini.. So apaalagi terus bingkas bangun dan jemput mereka pulang dari sekolah.

Adza Kasih & Adza Isabella

Ni la dikatakan bila sekolah nak cuti.. bila dah dibagi cuti suruh ke sekolah. Takpe ini menunjukkan anak anak mama memang rajin kesekolah walaupun disuruh cuti.. hohoho...


Tuesday, September 10, 2013

Selamat Menjalani Peperiksaan UPSR 2013

Pagi tadi maka bermulalah PEPERIKSAAN UPSR 2013! Dan anak Mak Dara iaitu Adza Danina Kirana juga merupakan salah seorang dari calon UPSR pada tahun ini!

Adza Danina Kirana

all the best anakku!

Walaupun anak Mak Dara yang menduduki peperiksaan UPSR, namun Mak Dara yang terover nebes.. Dari semalam susah benor nak melelapkan mata rasa macam Mak Dara pulak yang akan masuk dewan periksa pagi tadi. Tapi anak Mak si Danina tu cool aje.. Ok lah tu maknanya dia confident kannn ehehe

Semoga Danina dapat mengejar cita cita 
Danina bila besar nanti ya!

Ok lah di sini Mak Dara ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon-calon UPSR yang akan  menduduki peperiksaan UPSR yang bermula pada tarikh 11, 12 dan 13 September 2013 ini. Mak Dara mendoakan kepada semua calon-calon UPSR terutamanya anak Mak Dara si Danina agar dapat menjawab soalan-soalan dengan tenang bersama keyakinan yang tinggi dan jitu. Insyallah .... kejayaan pasti menanti pada mereka yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh. 
All the best!!!

 
LOL!!!


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK