Showing posts with label Ustaz Azhar Idrus. Show all posts
Showing posts with label Ustaz Azhar Idrus. Show all posts

Monday, January 14, 2013

Mak Dara Ke Ceramah Ustaz Azhar Idrus - Memang Terbaik

As salam duhai teman
Semalam Mak Dara bersama adik Mak Dara Adza Rina dan Adza Edie serta anak Mak Dara Adza Haiqal telah ke padang bola AU2 keramat untuk bersama sama memeriahkan majlis ceramah oleh Ustaz Azhar Idrus.. Memang dah lama doh Mak Dara teringin nak mendengar ceramahnya secara live.. Asyik asyik dalam youtube je kan.. Dan kelmarin bila dapat tahu bahawa UAI akan buat ceramah di AU2 yang hanya 5 minit dari rumah Mak Dara di AU5 keramat ni.. Mak pon apa lagi memang tak lepaskan peluang ni..

Sesampainya kami di padang bola itu fuhhhh orang sudah ramaiiii.. Padang bola bertukar menjadi meriah dan dimeriahkan lagi dengan penjual penjual air dan makanan dan ghupe macam pasar malam pun ada.. Terus aje cari tempat duduk sehadapan boleh . Tapi dok buleh depan mana pon sebab orang dah ramai masa tu.. Nasib baiklah ada dua skrin besar di kiri dan kanan pentas maka dapat le nengok muka UAI secara live..

UAI di sedang berucap di bawah khemah tengah itu

gambar UIA di skrin belah kanan

Semalam UAI memulakan cerita mengenai Tentera Bergajah.. bertapa haiwan amat mentakuti rumah Allah iaitu Kaabah dan begitu mentaati Allah swt sedangkan manusia iaitu Abrahah tidak takut kan Allah swt dan membawa tentera bergajah untuk meruntuhkan Kaabah dan akhirnya telah menerima balasannya apabila Allah swt hantarkan burung Ababil dan melontar batu batu berapi kepadanya dan semua bala tenteranya. Namun gajah gajah itu terselamat dari terkena batu berapi itu kerana ketaatan mereka pada Allah swt. Kesimpulannya di sini macam mana haiwan yang dok pernah ke sekolah tahu untuk mengtaati Allah swt manakala manusia yang bijak pandai segala, tahu main facebook segala tidak takut untuk mentaati Allah swt.. haa begitulah sedikit tentang apa yg dibincangkan semalam. Nak bagitau semua mau 5-6 entry kena mak karangkan nanti .

Tapi kesimpulannya apa yang dikatakan UAI dalam majlis semalam semuanya sampai di hati.. Dalam dia berseloroh, dalam dia kelakar namun ada diselitkan nasihat . Ish kalau UAI buat di area sini lagi mesti nak gi lagi ..UAI Memang terbaik..

Sunday, January 13, 2013

Mak Dara Bertanya Kepada Ustaz Azhar Idrus

As salam duhai teman..
Baru baru ni semasa bagun dari tidur.. Mak Dara terasa sangat sayu dan sangat sebak.. Bukan kerana gaduh dengan anak anak ke.. gadoh dengan somi ke tapi oleh kerana sebuah mimpi.. Rasanya mimpi yang termasnisssssss yang pernah mak dara alami sepanjang hayat mak dara ini.. Mimpi yang membuatkan mak dara speechless.. Mimpi yang langsung tidak terasa seperti mimpi tatkala dan tika itu.. Serasa ia benar benar berlaku.. Masyaallah hanya tuhan saja yang tahu perasaan mak dara apabila menerima mimpi sebegitu.. Oleh kerana kita ni tidak le tahu mimpi sebigini hanyalah mainan mimpi atau apa apa maka kemusyhkilan ini mak dara utarakan kepada tokoh ulama yang amat mak dara hormati dan gemari iaitu Ustaz Azhar Idrus di fanpage nya..


Namun walau apa apapun.. walau tidak mempunyai sebarang makna sekalipu mimpi itu.. Namun ia adalah mimpi terindah dalam hidup mak dara....


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK