Showing posts with label Yusof Kelana. Show all posts
Showing posts with label Yusof Kelana. Show all posts

Wednesday, February 28, 2018

Filem Bidong The Boat People Akan Ditayangkan Di Pawagam Mulai Esok 1 Mac 2018

Pernah dengar tentang kisah "Bidong The Boat People"? Kisah tentang pendatang dari Vietnam yang melarikan diri ke Pulau Bidong, Terengganu di awal era 70-an. Rasanya rata rata kita tidak ingat dan tak kurang juga yang tidak tahu tentang kisah ni. Nekad tidak mahu kisah sejarah ini terus luput ditelan waktu.. Pengarah hebat iaitu Abang Yusof Kelana mengambil keputusan untuk mengadaptasi kisah benar ini dan diangkat menjadi sebuah karya filem terbaru beliau.

Image may contain: Adza Irdawati Adenan, smiling, standing and text
Mak Dara bersama pengarah Filem BIDONG THE BOAT PEOPLE 
Abang Yusof Kelana 

 Video semasa pelancanran Filem BIDONG THE BOAT PEOPLE

Semasa pelancaran filem ini Abang Yusof Kelana sempat menceritakan pelbagai perkara menarik yang berlaku sepanjang penggambaran filem ini. Antara yang menarik ialah bagaimana para berlakon mabuk dan muntah ketika tengah shooting babak di atas boat , Kisah krew yang diganggu makhluk halus , kisah campur tangan dari pihak berkuasa Vietnam dan macam macam lagi. 

Tenyata usaha Abang Yusof Kelana dalam memartabatkan kisah sejarah yang pernah berlaku di negara kita suatu masa dahulu dan dijadikan sebuah filem harus dipuji. Katanya lagi dia sedar bahawa filem BIDONG THE BOAT PEOPLE bukan lah sebuah filem komersial namun dia sanggup mengambil risiko ini agar sejarah ini tidak terus pupus begitu sahaja.

Satu perkara yang Mak Dara pujiiiiii ialah pemilihan pelakon. Yaaa rata rata yang membintangi filem ini adalah pelakon baru. Baru tak bermakna tak pernah berlakon sebelum ini tapi baru dalam erti baru untuk memegang sebagai watak utama dalam sebuah filem. Antara pelakon yang terlibat dalam filem ini ialah Taufik Hanafi , Irene Wong , Livonia Ricky, Zamree dan ramai lagi. Difahamkan 4 bahasa digunakan dalam filem ini iaitu bahasa malaysia , bahasa cina , bahasa Vietnam dan bahasa Inggeris. Dan kesan khasseperti CGI juga digunakan dalam filem ni.. 

Image may contain: Adza Irdawati Adenan and Taufiq Hanafi, people smiling, people standing
Mak Dara bersama Hero Bidong The Boat People 
Taufik Hanafi

Image may contain: 6 people, including Adza Irdawati Adenan and Man Raja Lawak, people smiling, hat and closeup
Mak Dara bersama Man Rajalawak
Antara watak favvvorite mak dara dalam filem ni. Terbaek man..

Image result for bidong the boat people
barisan pelakon utama - pic by google

Pendapat Mak Dara tentang filem BIDONG THE BOAT PEOPLE ini

SINOPSIS 

Bidong: The Boat People mengisahkan Kien Bi Dong yang dilahirkan di Pulau Bidong kembali semula selepas hampir 40 tahun meninggalkan pulau tersebut bersama ibunya, Hong Yen yang juga merupakan bekas pelarian Vietnam.
Sejarah hitam yang dilalui Hong Yen meninggalkan kesan mendalam kerana kehilangan anak lelakinya yang berusia tujuh tahun akibat peperangan.
Kien Bi Dong dan Hong Yen yang menetap di Australia menjejakkan kaki ke Pulau Bidong selepas diaturkan oleh seorang kenalan Facebook dikenali sebagai Adib.

Filem Bidong The Boat People Akan Ditayangkan Di Pawagam Mulai Esok 1 Mac 2018 . Jadi jangan tunggu lagi. Jom lah ke pawagam berdekatan dan tonton filem ini. Sokonglah filem tempatan. Kalau bukan kita yang support siapa lagi? Betul tak? Selamat menonton!!!

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK