Showing posts with label ZUMBA. Show all posts
Showing posts with label ZUMBA. Show all posts

Saturday, March 4, 2017

Adik Beradik BLOGGER

Adoiiiii adik beradik Mak Dara ni kan memang jelesss naw naw dengan Mak.. Tak leh nengok Mak Dara glemer skit (glamour ke hahahaha) sebagai blogger diorang pon nak jugak.. Jadi terpaksalah hakak membuka blog blog baru untuk mereka.. 

Blog pertama yang Mak Dara create tadi adalah untuk adik Mak Adza Tuty. Blognya bertajuk D ADZA FITNESS  yang lebih menjurus kearah senaman dan kesihatan


Adza Tuty merupakan seorang ELIT INSTRUCTOR untuk senaman PILOXING .. Haaa selalu korang dengar tentang senaman ZUMBA sajakan.. Senaman PILOXING ni baruu juga masuk ke Malaysia.. Ia adalah sebuah senaman gabungan senaman PILATES dan BOXING.. Haaa pada yang berminat untuk join kelas kelas yang diadakan oleh adik mak si Adza Tuty ni bolehlah ke blog beliau @ http://adzatutyfitness.blogspot.my/ dan di sana ada jadual untuk semua kelas kelas piloxingnya.

Mak Dara juga berbangga dengan pencapaian adik Mak dara ni kerana telah kerap kali dijemput untuk menunjukkan senaman PILOXINGnya di beberapa rancangan TV dan yang paling kerap di rancangan MALAYSIA HARI INI MHI di siaran TV3. Dan dia juga pernah berPILOXING bersama KJ uolss.. The tall , Dark and Hensome menteri sorang tuu.. adoii jelesss mak tauuu hehe

Adza Tuty @ MHI

Ok habislah kisah pasal Adza Tuty dan Blognya. Kita ke seorang lagi adik Mak Dara yang baru nak berjinak jinak dengan dunia blog iaitu si Adza Rina . Dan blognya yang bertajuk FREAK2CHOC . Jangan ditanyalah kenapa pelik benor nama blognya.. Al kisahnya si adik mak dara ni memang kakiiiiii dan gilaaa makan cokelat.. jadi freak2choc tu ala ala menggambarkan bertapa dia obses dengan cokelat.. 


Ok Adza Rina ni pun seorang pengamal ilmu hitam.. Ehhhh idok le lawak jer.. hahaha.. Ok adik mak sorang ni pun kaki senaman juga dan dia adalah seorang instruktor untuk senaman ZUMBA.. Dia telah mengajar ZUMBA lebih dari empat tahun lamanya.. Maka dalam blognya nanti akan dimasukkan segalla kisah dan pengalamannya mengendalikan kelas ZUMBA. Dan dia juga akan kongsikan jadual kelas kelasnya . Berlainan dengan Adza Tuty yang sering keluar untuk rancangan untuk siaran TV3. Adza Rina ni pula ada mengajar untuk kakitangan RTM pada setiap minggu. Haa berlawan la adik beradik seorang RTM sorang TV3 hahaha.. ok kalau anda antara anda memang suka berzumba maka bolehlah ke blog beliau @ FREAK2CHOC ye.. Dan bukan saja dia seorang instruktor zumba adik mak ni juga pandai meniaga.. Dan dia meniaga LIPBALM KOLOGEN.. Dan nama produk lipbalmnya ialah D'ADZA LIPS MAGIC COLOUR


Tapi tadi Mak hanya sempat tolong dia buat satu entry je dan entry tersebut tentang lipbalm yang dijualnya.. Terdapat banyak punca punca yang boleh menyebabkan warna bibir anda nampak kusam, kurang menarik, merekah dan mengelupas apabila menggunakan lipstik yang terdapat dipasaran. Tetapi menggunakan Lipstik D'ADZA LIPS MAGIC COLOUR, masalah bibir pasti tidak berlaku lagi.

KEBAIKAN D'ADZA LIPS MAGIC COLOUR

1. Apabila digunakan ia akan menjadi penyeri warna bibir semulajadi mengikut suhu badan dan darah.
2. Boleh menjadi pelembab dan melembapkan bibir yang kering dan merekah.
3. Sesuai juga untuk bibir yang gelap akibat merokok dan faktor keturunan.
4. Sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita.

Jom dapatkan D'ADZA LIPS MAGIC COLOUR
Whatsapp : 01111384641
Ehhhhh sempat lagiiiii Mak tolong pomot produk adik mak kan.. Alaaa kasi cannn laaa.. Kalau bukan kakak yang tolong siapa lagi kannnn..

Jadi kalau ada antara korang yang dah letih melayan meroyan Mak Dara bolehlah ke blog adik adik mak ADZA TUTY @ blog D ADZA FITNESS  dan ADZ RINA @ blog FREAK2CHOC ya.. Tapiiii kalau boleh tu diharapkan takde la yang letih layan meroyan makkkkkk.. sedihhh tauuu nanti mak bertambah meroyan siapa yang susah??? Mak je laaa kannn hahaha..

Ok harap harap penyakit ni tak menular ke adik beradik yang lain.. jenuh jugak kalau kenaa bukak blog untuk 6 adik beradik.. mau biol dibuatnya nengok semua coding coding semua haha.. Ok lah take care uols.. mak lovessss you so muchh.. sambil lambai lambai ala ala miss world hahaha


Thursday, November 20, 2014

JOM JOIN MAK DARA BERZUMBA DAN BOOTCAMP!

Assalamualaikum,

Hari ni Mak Dara ada satu invitation khas untuk semua pembaca blog Mak Dara.. Hari Ahad nanti di Dewan Serbaguna Ampang Jaya, akan diadakan satu event fitness besar-besaran di bawah D'Adza Fitness Team! Malahan event ini juga dah di 'endors' oleh YB Khairy Jamaludin - Menteri Belia & Sukan. Jadi untuk pembaca Blog Mak Dara, jikalau datang akan diberikan 10% diskaun untuk harga tiket! 10% DISKAUN KHAS UNTUK PEMBACA BICARA MAK DARA.



Get ready to move and shake those calories off! It’s sooo easy! All you have to do is follow the moves of the top Zumba® instructors in this 90-minute workout. You can even take a break if you need one! Recruits that have signed up, a BIG WELCOME to Fit Bootcamp.

we're bringing it back to basics: a leaner, fitter, more functional YOU!. 

FREE....!! 
Fitness , Nutrition Talk & Diet Cooking Demo ( worth more then rm180 ) for all participants and stand a chance to win lots of Gift and Lucky Draw..!!


LOCATION - DEWAN SERBAGUNA AMPANG JAYA 
DATE - 23RD NOV 2014

TICKETS
BOOTCAMP - RM35.00 (limit to 50 participants only )
EARLY BIRD - RM35.00
WALK IN - RM45.00

JOIN US HERE..!!
https://www.facebook.com/events/1541523419394686/?notif_t=plan_edited]

09.00AM - REGISTRATION
09.30AM - DIET COOKING DEMO
10.00AM - FIT BOOTCAMP
11.05AM - LUCKY DRAW
11.15AM - NUTRITION TALK
11.30AM - ZUMBA FITNESS
1.00PM - LUCKY DRAW

Payment -
D ADZA FITNESS
564810508107 ( MAYBANK)
Email- dadzafitness@yahoo.com

Order tickets -
0142335336 & 0104347810

Tuesday, April 29, 2014

D ADZA EXTRAVAGANZA ZUMBA PARTY

INI ADALAH STICKY POST. SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK 
KE ENTRY TERBARU DARI MAK DARA YA =)

Assalam duhai teman.. Pernah dengar tentang senaman Zumba? Zumba merupakan gabungan tarian, senaman aerobik dalam bentuk tarian hiphop, soca, samba, salsa, merengue, mambo dan juga tarian Bollywood serta gelek. Senaman ini telah terbukti memberi kebaikan kepada kesihatan organ kardiovaskular, menurunkan berat badan, melegakan tekanan dan meningkatkan keyakinan diri.

Ok di sini Mak dara nak war warkan pada anda tentang satu event bertemakan senaman ZUMBA iaitu event D ADZA EXTRAVAGANZA ZUMBA PARTY . Event ini bakal mengumpulkan seramai 200 peserta yang meminati senaman ZUMBA. Acara ini adalah anjuran adik Mak dara sendiri iaitu ADZA TUTY dari D'ADZA FITNESS (M) SDN BHD) .


Detail mengenai D'ADZA EXTRAVAGANZA ZUMBA PARTY

Tarikh : 11TH MAY 2014 
Masa   : 11.00am – 3.00pm
Lokasi : Dewan serbaguna cempaka, ampang jaya



Monday, January 27, 2014

JOM ZUMBA !!


As salam duhai teman. Rasanya rata rata semua dah tahu tentang sepupu Mak Dara Sarimah Zainul yang bakal membuka sebuah gym kan.. Dan Gym yang dimaksudkan ialah MIZFITS FITNESS . Gym  ini bakal beroperasi di sebuah shoplot di Star Parck City sebagai lokasi perniagaan . 


Setelah berbulan bulan proses renovation dan akhirnya semuanya telah siap sepenuhnya. Amin.. Dan pada hari ini MIZFITS FITNESS akan mula beroperasi bermula dengan dua buah kelas iaitu KELAS ZUMBA dan KELAS ZUMBA SENTAO dan jadualnya adalah seperti dibawah..

Kelas Zumba Fitness : 
Masa:7.30 ptg to 8.30 mlm 

Kelas Zumba Sentao
Masa: 8.45 ptg to 9.45 mlm 


Walk in fees : RM 15

Alamat Mizfits Fitness

Block F-03-11,Pusat Komersial Setapak, 
Jalan Taman Ibukota, Taman danau Kota, 
53300 Kuala Lumpur, Malaysia
(berhadapan FESTIVAL CITY)

Jadi pada yang tinggal di kawasan berdekatan tu jom lah join kelas ZUMBA ini Ya! Mak  Dara turut akan berada di sana untuk BerZUMBA!!!! Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi 0142335336 / 0122792906 .

P/S : Bagi yang berminat untuk menjadi ahli dan join membership boleh klik di SINI @ http://www.bicaramakdara.com/2013/12/gym-mizfits-fitness-dan-pakej-yang.html untuk mengetahui pakej pakej yang ditawarkan!

JOM ZUMBA!!!!!!


Tuesday, October 29, 2013

Hari Terakhir Shooting Rancangan IDEAL

Pejam celik pejam celik dah pun sampai ke akhir penggambaran sebuah rancangan kesihatan bertajuk IDEAL yang Mak Dara sertai itu.. Sekejappppp sangat rasanya.. Terasa sayu juga untuk mengakhiri shooting rancangan ini sebentar lagi. Tapi apa yang bermula pasti akan berakhir kan.. 

Shooting episod terakhir ini akan diadakan di D'APPLE STUDIO milik NAS ADILA AF pada jam 8 malam ini.. Dan di akhir rancangan berat badan Mak Dara akan ditimbang dan disukat.. Haaa part ni yang mak nebesss ni.. Harap harap dapat le result yang memberansangkan..

Ok moh mak dara kongsikan video yang mak dara sempat snap pada shooting episod ke 12 semalam.



Post by Adza Irdawati Adenan.
sedutan disebalik tabir rancangan IDEAL

Ok lah Mak Dara kena bersiap siap sekarang.. Terujaaaa untuk menjalani shooting terakhir rancangan IDEAL ini.. Doakan semoga dipermudahkan ye.. Terima kasih semuaaaa...


Sunday, September 29, 2013

MARI BERZUMBA

Waduhhhh sejak Mak Dara menyertai sebuah rancangan kesihatan bertajuk IDEAL, mak dara harus sentiasa jaga pemakanan Mak dara. Tak boleh lagi pakat balun je apa yang ada di depan mata.. Maunya tak, setiap episod mak dara akan mengikuti kelas zumba dan di penghujung episod rancangan tu mereka akan timbang berat badan Mak Dara.. Haaa kalau berat badan naik, tak ke haru biru tu! hahaha.. Maka nak tak nak mak dara harus le berdiet dan bersenam juga walaupun di rumah.. Dan pagi pagi tadi Mak Dara dah pun berzumba di rumah.


Yezzerrrrr Mak Dara berzumba dengan mengikuti video video Zumba yang ada di dalam youtube tu! Haaa ada jugalah snap gambor Mak Dara tengah berzumba tadi tapi bila nengok balik gambor Mak Dara yang amat sememeh tu maka mak lupakan saja niat nak menghupload. Karang ada juga yang kena heart attact nengok wajah mak dara berzumba di rumah ni wahahaha.

Lepas aje mak dara buat senaman zumba. Terus mak dara cari video yang fokuskan untuk membakar lemak di perut Mak Dara ni.. Seriusss macam dah ghupe orang mengandung 7 bulan aje perut mak ni haa.. Ishhh menci tauuu.. Jadiii mak pun ikuti senaman macam di bawah..


Senaman Belly Blaster ni ada kot dalam 20 min lebih. Tapi rasanya mak oiiiiiiii macam terbakor bakor perut dengan tali pusat mak ni haaaa... Hmmm thats means its working la kan.. hehe

Setakat sekarang Mak Dara telah mengikuti rancangan ini sebanyak 6 episod dan Mak dara telah berjaya kurangkan berat badan sebanyak hampir 5kg fuhhhh. Dan diharap pada penghujung dan finale rancangan ini nanti Mak Dara dapat kurangkan lebih banyak berat badan mak ni insyaa allah. Doa doakan mak ye..

Ok apa tunggu lagi.. Mari berzumbaaaaa... 5..6..7..8.. 8.. lagi! :)


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK