Showing posts with label Zaidi Omar. Show all posts
Showing posts with label Zaidi Omar. Show all posts

Thursday, January 16, 2014

Gambar Eksklusif Hari Pertama Penggambaran Filem KAPSUL

Assalam duhai teman. Hari ini 16hb Januari 2014 maka adalah hari pertama bagi penggambaran Filem Kapsul . Lokasi penggambaran adalah di Kuala Kangsar. Dan untuk babak pertama yang akan difilemkan hari ini adalah di sebuah kawasan hutan yang diubah menjadi markas atau tempat persembunyian komunis. Pelakon yang terlibat untuk hari pertama penggambaran filem ini ialah Abang Zaidi Omar, Yang Kassim dan ramai lagi. Mari Mak Dara kongsikan dengan anda gambar gambar eksklusif sekitar penggambaran Filem KAPSUL . 



Martias Ali (Somi Mak) pengarah bagi filem ini adoii siap pakai 
sapa punya rambut palsu tu yang oiii hahaha
bersama Abang Misnin Ehsan EP sedang menunggu set siap

set lokasi


sedang membina set lokasi 






Somi mak tengah mengarah

kusyuk betul somi mak 

Filem Kapsul akan menjalani penggambaran selama 28 hari dn hampir 60 peratus penggambran akan dilakukan di Kuala Kangsar dan selebihnya di Kuala Lumpur. Mari kita doakan agar penggambaran filem KAPSUL ini berjalan lancar dan semoga dipermudahkan insyaa allah..

SINOPSIS FILEM KAPSUL
Sebuah kapsul masa wawasan 2020 yang ditanam oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dicuri dan telah membawa Zohri kembali ke zaman silam. Zohri kini terperangkap di tengah pergolakan bangsa melayu untuk mencapai kemerdekaan serta membawa bangsa Melayu keluar dari kancah kemiskinan. Zohri melihat dan merasa sendiri akan erti sebuah perjuangan bangsanya yang tidak pernah dia bayangkan selama ini. Dia melihat, dia merasai dan kini dia mulai memahami betapa peritnya liku-liku rentetan sejarah negara dan bangsa. Kembara Zohri berterusan dari satu era ke era seterusnya dan tiada siapa yang mampu membawanya pulang ke zamannya sekarang kecuali dirinya sendiri.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai FILEM KAPSUL boleh ke FB PAGE @ https://www.facebook.com/kapsulthemovie atau ke webpage @ http://www.filemkapsul.com/

#Gambar ehsan dari KAPSUL FAN PAGE


Sunday, August 18, 2013

Teman Artis Yang Memeriahkan Rumah Terbuka Mak Dara Semalam

As salam duhai teman.. Semalam maka berlangsunglah rumah terbuka Mak Dara bertempat di rumah Mak Dara di AU5D Lembah Keramat.Terima kasih kepada lebih 200 tetamu yang datang ke rumah terbuka mak dara semalam . Dan antara sanak saudara dan teman teman Mak Dara dan somi yang datang terdapat juga beberapa teman artis yang turut memeriahkan open house kami ini. Antaranya Abang Harun Salim Bachick, Zaidi Omar, Boy, Raja Azri, TS Jefry, Jazly Hassan, Firdaus Ghufran dan ramai lagi.. Moh Mak Dara sharekan gambar yang sempat Mak Dara snap

Raja Azri bersama Boy

Jazli Hassan

Abg Zaidi Omar bersama somi

Mak Dara bersama TS JEfry dan isteri

Mak Dara dan somi bersama para pelakon Mohd Awie, Azza dan Jazli Hassan

ABang Zaidi Omar bersama Abg Harun Salim Bachik

dari kiri Raja Azri, Boy, Harun Salim Bachik, somi MD dan TS Jefry

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua teman teman artis yang sudi datang ke teratak kami semalam.. Terima kasih kerana meluangkan masa anda bersama kami . Sangat sangat terharu dibuatnya.. Dan sayangnya Mak Dara tak sempat nak snap snap gambar bersama kerana sibuk dok keluar masuk dapur time sesi bergambar ini uwaaaaaaaa... Takpe mudah mudahan kita dapat bertemu lagi nanti insyaa allah.. btw tenkiuuuuuu for cominggggggggg ...


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK