Showing posts with label aku balu. Show all posts
Showing posts with label aku balu. Show all posts

Saturday, July 28, 2018

AKU BALU

AKU BALU

BALU.. walaupun hanya satu perkataan namun ia memberi seribu satu makna yang amat mendalam dan memilukan..

Entah kenapa tiba tiba pagi ni teringat kembali kisah lama saya.. Ketika saya sedang berduka atas kehilangan suami semua berbisik dan memberi semangat utk saya move on.. move forward.. fikirkan anak anak.. fikirkan masa depan.. Yelah tak pernah terfikir bahawa saya akan menjadi balu dan seorang ibu tunggal kepada empat org cahayamata di usia 37.. Bila saya mulai perlahan lahan mengikut nasihat mereka untuk move on.. move forward.. tiba tiba ada saudara yg paling terdekat dengan saya mulai merasa yang saya terlalu cepat "MOVE FORWARD" terlalu cepat "meneruskan kehidupan" . Kisah saya dijaja keseluruh ahli keluarga yang lain hinggakan keluarga yg bermastautin di luar negara juga telah mengetahui ttg hal saya.. Saya dicemuh dan difitnah bukan hanya di kalangan keluarga namun turut disinis di dalam blognya.. Saya dikatakan FAKE.. berlakon sedih atas kehilangan suami dan bermacam lagi. FB dan whatsapp semua telah di BLOCK beliau..


Bertapa "BERDOSANYA" saya pada pandangannya kerana telah meneruskan sisa kehidupan saya.. Adakah terdapat waktu yang ditetapkan untuk seseorang BALU untuk MOVE FORWARD.. Cepat atau lambatnya kita melakukan waima apa sekalipun bukanlah ditangan kita tapi telah ditentukan oleh Allah swt. Tidakkah dia tahu bahawa tidak ada satupun daun yang gugur kecuali atas izin-Nya .. Apakah dia mahu melihat aku terus berduka seumur hidup..

Mereka melihat aku ketawa.. melihat lihat aku gembira.. Tapi tahukah mereka apa tersirat disebalik ketawaku.. disebalik kegembiraanku.. Tidakkah mereka tahu sakit yang aku tanggung Tahukah mereka setiap hari aku merindu.. CInta yang akan ku gengam sehingga hujung nyawa walaupun aku telah meneruskan kehidupan ku ini..

Dan selama hampir tiga tahun aku tidak pernah meluahkan perasaan yang terpendam ini.. Namun hari ini aku terpanggil untuk berkongsi dengan anda yang "senasib denganku" para BALU sekalian.. Jika ini berlaku kepada anda... Jangan berkecil hati.. jangan tersinggung.. jangan putus asa... "MEREKA" tidak berada di tempat kita.. "MEREKA tidak rasa apa yang kita rasa.. Tiada antara kita yang mahu kehilangan suami.. Tiada antara kita yang mahu hidup sendirian.. Biarkan mereka dengan pendapat mereka.. Biarkan mereka terus berkata kata.. Doakan semoga mereka tidak menerima nasib seperti kita.. Doakan mereka kekal bahagia selamanya.. Yang penting adalah diri kita dan anak anak kita.. Percayalah kita insan terpilih.. Percayalah apa jua yang ditakdirkan kepada kita adalah satu NIKMAT.. Dan jika kita benar REDHA tunggu sahaja pelangi yang akan diturunkan khas untuk kita .. KITA INSAN TERPILIH...


Sunday, December 31, 2017

INGAT HANYA YANG BAIK TERHADAP ARWAH

INGAT HANYA YANG BAIK TERHADAP ARWAH
Tiba tiba hari ni teringat pula kisah seorang teman kepada sepupu saya yang telah kehilangan suami pada tahun lalu. Bayangkan di sebuah tanah perkuburan sedang majlis pengkebumian berlangsung.. si anak , saudara mara , sahabat , kenalan dan si Balu sedang bersedih mendengar talkin yang sedang dibacakan. Tiba seorang wanita yang tidak pernah dilihat atau dikenali tiba. Kelakuannya amat ganjil. Dia mengaminkan setip doa yang dibacakan dengan penuh kusyuk sambil air mata bercucuran tanpa dapat dibendung. Kelakuannya seoalah dia dan arwah amat saling mengenali. Namun tiada seorang pun yang berada disitu mengenali wanita misteri ini. Kini semua mata memandang kearahnya dan dia mula rasa tidak selesa dan perlahan lahan meninggalkan kubur itu dengan berat hati. Si balu terkesan dengan kehadiran wanita itu. Sepulangnya dia dari kubur. Pertama yang dilakukannya adalah membuka handphone suaminya dan mula membaca semua mesej yang terdapat di dalam telefon itu namun tiada yang meragukan. Tidak puas hati, si Balu membuka pula akaun sosial (Facebook) dan memeriksa semua mesej arwah suaminya.. dan di sana semua sangkaannya benar belaka. Tak perlu saya nyatakan lah rasanya anda juga dapat mengagak.
Memang berat dugaan yang diterima oleh si balu. Mendengarkan kisah ini dari sepupu saya juga membuatkan saya sedih kepadanya. Ya semua manusia tidak sempurna. Pasti ada khilaf yang dilakukan. Memang perasaan ingin tahu akan membuak buak namun apa kebaikan yang akan dia dapat setelah mengetahui "segala galanya" . Dalam hal ini si Balu telah hilang semua kasih , sayang, cinta pada arwah dengan sekelip mata. Perasaan sedih bertukar benci, perasaan sayang berubah kepada sakit dikhianati.
Bagi pendapat saya..Sesungguhnya arwah telah pergi dan takkan kembali. Lebih baik jika kita tidak mencari atau mengorek kisah silamnya. Biar semua kisahnya dibawa bersama. Apa yang perlu kita lakukan setelah ketiadaannya ialah mengenang semua kebaikan, kasih dan cinta yang dipupuk selama bersama. Sentiasa berdoa semoga Allah swt mengampuni segala salah silap selama hayatnya. Ingat dan kenanglah hanya yang baik terhadap arwah...

Monday, December 5, 2016

KISAH SEORANG BALU

KISAH SEORANG BALU

Salam duhai teman.. Anda.. teman atau ahli keluarga anda ada yang bergelar seorang BALU.. ?" Dan mengalami depresi? Hari ini Mak Dara terpanggil unuk berkongsi KISAH SEORANG BALU.. Kisah kehidupan Mak Dara sendiri yang telah hampir tiga tahun menjadi seorang balu.. 

Tapi bila nak menulis ni agak rumit dan takut tak sampai apa yang nak mak dara nak sampaikan kepada korang.. Jadi.... Mak dengan gigihnya telah merakamkan sebuah video pendek khas untuk anda .. Luangkan sedikit masa untuk menontonnya ya.. Alaaa tak lama patblas jam tujuh belas minit jer.. ehhhh tak laaaa hanya beberappa minit sahaja durasi video ni..


Hmmmm begitulah kisah seorang yang bergelar Balu.. Hidup yang harus dijalani setelah kematian suami bukanlah satu perkara yang mudah.. Terlalu banyak onak dan ranjau harus kami hadapi.. Yang lebih menyedihkan jika bila ada yang memandang serong kepada yang berstatus balu.. Kenapa mereka tidak faham bahawa menjadi seorang balu bukanlah satu pilihan.. Tapi sesuatu yang telah ditakdirkan oleh Allah swt kepada "hamba PilihanNya" . 

Mak Dara redha kerana menjadi salah seorang "hamba pilihaNya" ini bermakna Allah swt amat amat sayangkan Mak dan telah menganugerahi ujian ini untuk mak dan anak anak lalui.. Mak percaya bahaya Allah swt tidak pernah kejam pada umatnya.. Pasti ada pelangi yang menanti mak dan anak anak dipenghujung ujian ini Insyaallah..

Jadi kepada semua teman teman Mak Dara yang bergelar balu atau kepada anda yang mempunyai ahli keluarga atau teman yang bergelar balu.. Berilah sokongan dan support yang tiada henti kepada mereka.. Mereka amat amat memerlukan "bahu untuk menangis" pada ketika ini.. Semoga dengan bantuan dan sokongan anda mereka dapat BANGUN dan meneruskan sisa hidup dengan lebih bermakna dan bahagia insyaallah..

Mohon anda share video ini beramai ramai atau share kepada teman atau kenalan anda yang bergelar balu dan yang senasib seperti mak ya.. terima kasih semuaaaa.. Sayang korang ketat ketat muahhh....




THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK