Showing posts with label astro. Show all posts
Showing posts with label astro. Show all posts

Thursday, November 21, 2013

Tayangan Saluran Hebat Untuk Semua Pelanggan Astro Tanpa Kos Tambahan

Berita baik! Berita gembira! Berita yang pasti akan membuat semua pelanggan ASTRO teruja! 

Bermula dari 1 November 2013 hingga 15 Feb, 2014, semua pelanggan Astro, akan layak untuk menonton saluran Astro Family HD Pack , saluran Astro Vinmeen HD, saluran Fox Family Movies serta One HD dalam kedua-dua HD dan SD tanpa kos tambahan. Bukan itu saja. Anda juga boleh menonton program kegemaran anda bila-bila masa dan di mana sahaja di Astro On-The-Go juga tanpa sebarang kos! Ya anda tidak tersilap baca.. "TANPA KOS TAMBAHAN"!


Wowwww hebat memang hebat!Begitu banyak saluran di berikan oleh Pihak Astro ini kan. Namun Mak Dara amat amat teruja sekali tentang saluran Fox Family Movies (SD 415). Ini kerana saluran Fox Family Movies menayangkan filem filem yang sangat sesuai untuk ditonton oleh seluruh keluarga. Bagi Mak Dara aktiviti seperti ini dapat mengeratkan lagi ukhwah dan hubungan kekeluargaan antara Mak Dara dan keluarga.Dan pada  Sabtu , 16hb November 2013. Saluran Fox Family Movies menayangkan filem bertajuk Beethovent's 5th tepat jam 8 malam. Dan Mak Dara tidak melepaskan peluang menonton filem ini bersama keluarga.Filem ini mengisahkan tentang seekor anjing yang tinggal bersama sebuah keluarga yang amat penyayang, namun diam-diam ada pihak yang mahu membunuhnya. Walaupun filem ini berkisar tentang haiwan namun terdapat banyak pengajaran di sebalik filem ini. Antaranya ialah kasih sayang antara manusia dan haiwan, erti kemanusiaan dan bermacam lagi.
 

Terdapat banyak lagi filem filem hebat yang akan ditayangkan di saluran Fox Family Movies ini. Jadi pada semua pelanggan Astro jangan lupa untuk menonton semua saluran saluran hebat yang diberikan oleh Astro mulai  1 November 2013 hingga 15 Feb, 2014 ini ya!Dengan pemberian saluran tanpa sebarang kos ini kita dapat lihat bertapa pihak Astro sangat komited dalam memberikan yang terbaik buat 3.58 juta pelanggan Astro yang kian meningkat dengan memberikan lebih banyak pilihan saluran bagi memenuhi kehendak pelanggan. Syabas Astro
 

Tuesday, November 1, 2011

Pertemuan Mak Dara dan Red Mummy

As Salam.. Fuhhhh akhirnya dapat juga Mak Dara bertemu dengan blogger idola Mak Dara iaitu Red Mummy di event Nuffnang Astro Beyond Hollywood Night tempoh hari.. Perghh malam tu Red Mummy merahhh habis uols.. Memang sesuai dengan namanya RED MUMMY.. Walaupun dalam sarat mengandung namun red Mummy pandai bergaya memang stylo habis.. Glowing aje wajah Red Mummy malam tu.. Seri orang berbadan dua lah katakan.. Namun kesian juga padanya malam tu sebab acara berubah tempat jauh jugak kena jalan sampai letih Red mummy dibuatnya.. 

Sebenarnya Mak Dara dah banyak kali bertemu dengan Red Mummy di beberapa buah event seperti preview filem LIBAS di TGV Wangsa Walk dan beberapa event lagi tapi time tu Mak Tak berani nak tegur... Ye lah siapalah kita nak gi tegur blogger hebak ni kan.. Namun entah macam mana malam tu Mak beranikan diri untuk menegurnya.. Atau pun mungkin sebab red mummy duduk sebelah Mak Dara aje malam tu.. kalau tak tegur memang le rugii..


Mak Dara kemudian terus mendekatinya dan bertegur sapa.. OH MAK GAYAH... Memang baik sungguh orangnya.. tarak sombong hokay... Mak Dara kemudian meminta untuk bergambar dengannya  . Mak kata tak payah bangun lah mesti Red Mummy letih.. Dia siap kata tak apa dan terus bangun dan bergambar dengan Mak Dara.. Memang baik dan ramah betul Red Mummy. Siap kata yang macam dia pernah dengar nama blogger Mak Dara.. Aicewahhh terkembang kejap mak dara dibuatnya haha..


Memang gorgeous.. memang sweet.. memang humble.. Itulah Red Mummy... Tks Red Mummy semoga kita dapat bertemu lagi di event yang akan datang ye..



Saturday, October 29, 2011

Gambar gambar MAHARAJA LAWAK MEGA Episod 1

MAHARAJA LAWAK MEGA kini telah bermula!!! Sebanyak 17 persembahan telah berlangsung oleh 47 orang otai pelawak... Mak Dara nak share gambar gambar semua peserta dan persembahan mereka bersama anda ye =)


KUMPULAN ANJE

KUMPULAN SYOK

KUMPULAN BAWEL

KUMPULAN PI MAI

KUMPULAN RAP

KUMPULAN SAEHU

KUMPULAN BOBOI

KUMpULAN COMEL

KUMPULAN OSBON

ADLIN (SOLO)

KUMPULAN LANUN

KUMPULAN GEBU

KUMPULAN CAER

KUMPULAG 3G

JH (SOLO)

KUMPULAN BP

KUMPULAN HIRO

Di akhir rancangan ini 3 peserta yang berada di 3 tempat terbawah adalah KUMPULAN ANJE, KUMPULAN LANUN dan KUMPULAN CAER.. Namun mereka bernasib baik kerana untuk minggu pertama ini tiada penyingkiran di lakukan.. Apa yang boleh Mak dara katakan tentang MAHARAJA LAWAK MEGA episod pertama ini adalah ada beberapa Kumpulan telah membuat persembahan dengan sungguh baik dan AWESOME dan terdapat juga kumpulan yang tidak terpancar ke"MEGA"an yang seperti diharapkan oleh penonton namun pasti boleh diperbaiki lagi pada episod yang akan datang.. Overall bagi Mak Dara MAHARAJA LAWAK MEGA amat menghiburkan... Tahniah ASTRO



Friday, March 18, 2011

MAN Pasti Jadi Juara RAJA LAWAK Malam Ni =)

Wahhh macam ahlil nujum pulak Mak Dara malam ni. Maunya tak.. Raja Lawak Final belum bermula dan akan bersiaran langsung pukul 9 malam karang tapi Mak Dara dah cakap MAN yang akan juarai RAJA LAWAK malam ni kan hehehe..Mak Dara cakap macam tu sebab Mak Dara memang minat dengan si MAN ni.. Tambahan bila dia buat lawak tiru gaya Erick Leong memang bestttt...


Tak sabar Mak Dara nak tengok persembahan Man pada pertandingan akhir Raja Lawak Malam ni.. Mudah mudahan Man menang.. Tapi kalah ke menang ke tak kisah ler.. yang penting Raja Lawak dapat mencungkil bakat bakat baru yang bagus bagus seperti Zizan, Johan, Angah, Charm dan ramai lagi..


Ini antara persembahan Man yang paling Mak Dara suker hehe

Tapi ini semua pendapat Mak Dara aje yer.. Pada yang meminati peserta yang lain jangan hangenn dengan Mak Dara pulak yer hehehe.. Jom sokong kesemua mereka yer.. Jangan lupa tnton RAJA LAWAK FINAL malam ni.. Jommmmmm!!!!

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK