Showing posts with label balu. Show all posts
Showing posts with label balu. Show all posts

Wednesday, December 20, 2017

KISAH BALU - WAKTU YANG TEPAT UNTUK MOVE ON

Waktu manakah yang tepat untuk MOVE ON? 
(Khas buat para BALU)


Assalam duhai teman.. Entah kenapa tiba tiba pagi ni teringat kembali kisah lama Mak Dara.. Ketika Mak Dara sedang berduka atas kehilangan suami semua berbisik dan memberi semangat untuk Mak Dara move on.. move forward.. fikirkan anak anak.. fikirkan masa depan.. Yelah tak pernah terfikir bahawa Mak Dara akan menjadi balu dan seorang ibu tunggal kepada empat org cahayamata di usia 37 tahun.. Bila Mak Dara mulai perlahan lahan mengikut nasihat mereka untuk move on.. move forward.. tiba tiba ada saudara yg paling terdekat dengan Mak Dara mulai merasa yang Mak Dara terlalu cepat "MOVE ON" terlalu cepat "meneruskan kehidupan" . Kisah Mak Dara dijaja keseluruh ahli keluarga yang lain hinggakan keluarga yg bermastautin di luar negara juga telah mengetahui tentang hal Mak Dara.. Mak Dara dicemuh dan difitnah bukan hanya di kalangan keluarga namun turut disinis di dalam blognya.. Mak Dara dikatakan FAKE.. berlakon sedih atas kehilangan suami dan bermacam lagi. FB dan whatsapp semua telah di BLOCK beliau.. like seriously?? Yang pergi itu bukanlah kucing atau haiwan peliharaan.. how to FAKE all this thing when you loose your spouse, your husband, the father of your child, the man of your life, your imam??

Bertapa "BERDOSANYA" Mak Dara pada pandangannya kerana telah meneruskan sisa kehidupan Mak Dara.. Adakah terdapat waktu yang ditetapkan untuk seseorang BALU untuk MOVE ON..? Tiga tahun setengah terlalu cepat? Mungkin 30 tahun baginya baru mencukupi?

Cepat atau lambatnya kita melakukan waima apa sekalipun bukanlah ditangan kita tapi telah ditentukan oleh Allah swt. Tidakkah dia tahu bahawa tidak ada satupun daun yang gugur kecuali atas izin-Nya .. Apakah dia mahu melihat aku terus berduka seumur hidup..

Mereka melihat aku ketawa.. melihat lihat aku gembira.. Tapi tahukah mereka apa tersirat disebalik ketawaku.. disebalik kegembiraanku.. Tidakkah mereka tahu sakit yang aku tanggung Tahukah mereka setiap hari aku merindu.. CInta yang akan ku gengam sehingga hujung nyawa walaupun aku telah meneruskan kehidupan ku ini..Dan selama lebih tiga tahun aku tidak pernah meluahkan perasaan yang terpendam ini.. Namun hari ini aku terpanggil untuk berkongsi dengan anda yang "senasib denganku" para BALU sekalian.. Jika ini berlaku kepada anda... Jangan berkecil hati.. jangan tersinggung.. jangan putus asa...

"MEREKA" tidak berada di tempat kita.. "MEREKA tidak rasa apa yang kita rasa.. Tiada antara kita yang mahu kehilangan suami.. Tiada antara kita yang mahu hidup sendirian.. Biarkan mereka dengan pendapat mereka.. Biarkan mereka terus berkata kata.. Doakan semoga mereka tidak menerima nasib seperti kita.. Doakan mereka kekal bahagia selamanya.. Yang penting adalah diri kita dan anak anak kita.. Percayalah kita insan terpilih.. Percayalah apa jua yang ditakdirkan kepada kita adalah satu NIKMAT.. Dan jika kita benar REDHA tunggu sahaja pelangi yang akan diturunkan khas untuk kita .. KITA INSAN TERPILIH...


Monday, December 5, 2016

KISAH SEORANG BALU

KISAH SEORANG BALU

Salam duhai teman.. Anda.. teman atau ahli keluarga anda ada yang bergelar seorang BALU.. ?" Dan mengalami depresi? Hari ini Mak Dara terpanggil unuk berkongsi KISAH SEORANG BALU.. Kisah kehidupan Mak Dara sendiri yang telah hampir tiga tahun menjadi seorang balu.. 

Tapi bila nak menulis ni agak rumit dan takut tak sampai apa yang nak mak dara nak sampaikan kepada korang.. Jadi.... Mak dengan gigihnya telah merakamkan sebuah video pendek khas untuk anda .. Luangkan sedikit masa untuk menontonnya ya.. Alaaa tak lama patblas jam tujuh belas minit jer.. ehhhh tak laaaa hanya beberappa minit sahaja durasi video ni..


Hmmmm begitulah kisah seorang yang bergelar Balu.. Hidup yang harus dijalani setelah kematian suami bukanlah satu perkara yang mudah.. Terlalu banyak onak dan ranjau harus kami hadapi.. Yang lebih menyedihkan jika bila ada yang memandang serong kepada yang berstatus balu.. Kenapa mereka tidak faham bahawa menjadi seorang balu bukanlah satu pilihan.. Tapi sesuatu yang telah ditakdirkan oleh Allah swt kepada "hamba PilihanNya" . 

Mak Dara redha kerana menjadi salah seorang "hamba pilihaNya" ini bermakna Allah swt amat amat sayangkan Mak dan telah menganugerahi ujian ini untuk mak dan anak anak lalui.. Mak percaya bahaya Allah swt tidak pernah kejam pada umatnya.. Pasti ada pelangi yang menanti mak dan anak anak dipenghujung ujian ini Insyaallah..

Jadi kepada semua teman teman Mak Dara yang bergelar balu atau kepada anda yang mempunyai ahli keluarga atau teman yang bergelar balu.. Berilah sokongan dan support yang tiada henti kepada mereka.. Mereka amat amat memerlukan "bahu untuk menangis" pada ketika ini.. Semoga dengan bantuan dan sokongan anda mereka dapat BANGUN dan meneruskan sisa hidup dengan lebih bermakna dan bahagia insyaallah..

Mohon anda share video ini beramai ramai atau share kepada teman atau kenalan anda yang bergelar balu dan yang senasib seperti mak ya.. terima kasih semuaaaa.. Sayang korang ketat ketat muahhh....




Friday, November 18, 2016

AKU BALU

AKU BALU

BALU.. walaupun hanya satu perkataan namun ia memberi seribu satu makna yang amat mendalam dan memilukan..

Entah kenapa tiba tiba pagi ni teringat kembali kisah lama saya.. Ketika saya sedang berduka atas kehilangan suami semua berbisik dan memberi semangat utk saya move on.. move forward.. fikirkan anak anak.. fikirkan masa depan.. Yelah tak pernah terfikir bahawa saya akan menjadi balu dan seorang ibu tunggal kepada empat org cahayamata di usia 37.. Bila saya mulai perlahan lahan mengikut nasihat mereka untuk move on.. move forward.. tiba tiba ada saudara yg paling terdekat dengan saya mulai merasa yang saya terlalu cepat "MOVE FORWARD" terlalu cepat "meneruskan kehidupan" . Kisah saya dijaja keseluruh ahli keluarga yang lain hinggakan keluarga yg bermastautin di luar negara juga telah mengetahui ttg hal saya.. Saya dicemuh dan difitnah bukan hanya di kalangan keluarga namun turut disinis di dalam blognya.. Saya dikatakan FAKE.. berlakon sedih atas kehilangan suami dan bermacam lagi. FB dan whatsapp semua telah di BLOCK beliau..



Bertapa "BERDOSANYA" saya pada pandangannya kerana telah meneruskan sisa kehidupan saya.. Adakah terdapat waktu yang ditetapkan untuk seseorang BALU untuk MOVE FORWARD.. Cepat atau lambatnya kita melakukan waima apa sekalipun bukanlah ditangan kita tapi telah ditentukan oleh Allah swt. Tidakkah dia tahu bahawa tidak ada satupun daun yang gugur kecuali atas izin-Nya .. Apakah dia mahu melihat aku terus berduka seumur hidup..

Mereka melihat aku ketawa.. melihat lihat aku gembira.. Tapi tahukah mereka apa tersirat disebalik ketawaku.. disebalik kegembiraanku.. Tidakkah mereka tahu sakit yang aku tanggung Tahukah mereka setiap hari aku merindu.. CInta yang akan ku gengam sehingga hujung nyawa walaupun aku telah meneruskan kehidupan ku ini..

Dan selama hampir tiga tahun aku tidak pernah meluahkan perasaan yang terpendam ini.. Namun hari ini aku terpanggil untuk berkongsi dengan anda yang "senasib denganku" para BALU sekalian.. Jika ini berlaku kepada anda... Jangan berkecil hati.. jangan tersinggung.. jangan putus asa... "MEREKA" tidak berada di tempat kita.. "MEREKA tidak rasa apa yang kita rasa.. Tiada antara kita yang mahu kehilangan suami.. Tiada antara kita yang mahu hidup sendirian.. Biarkan mereka dengan pendapat mereka.. Biarkan mereka terus berkata kata.. Doakan semoga mereka tidak menerima nasib seperti kita.. Doakan mereka kekal bahagia selamanya.. Yang penting adalah diri kita dan anak anak kita.. Percayalah kita insan terpilih.. Percayalah apa jua yang ditakdirkan kepada kita adalah satu NIKMAT.. Dan jika kita benar REDHA tunggu sahaja pelangi yang akan diturunkan khas untuk kita .. KITA INSAN TERPILIH...


Sunday, October 16, 2016

ZISTERS HOW TO BE SINGLE AGAIN

HOW TO BE SINGLE AGAIN.... Kalau di translatekan ke dalam bahasa malaysia adalah.. BAGAIMANA UNTUK MENJADI BUJANG SEKALI LAGI.. Yaaa.. satu tajuk yang agak panas untuk diutarakan.. Dan satu BRANDING yang lebih panas jika dijadikan satu jenama untuk sesuatu.. Namun dengan "kepanasan" ini lah yang membuatkan Mak Dara serta rakan rakan mak dara iaitu Zay Basalie dan Kak Siti Rokiah mengambil keputusan untuk bersatu dan menjadikan sebuah "AWARNESS" bagi golongan single diluar sana.. Jangan salah faham bukan kami menggalakkan untuk sesiapa untuk "membujangkan" diri mereka kembali namun tujuan kami adalah untuk memberi motivasi kepada mereka yang bergelar "SINGLE" terutamanya seperti yang berstatus ibu tunggal, janda atau balu seperti kami.. Kami tidak mahu wanita yang seperti kami untuk mengalah dan tidak dapat meneruskan hidup setelah diuji dengan ujian kembali keseorangan.. Kami akan berkongsi pengalaman kami di saluran youtube VLOG HOW TO BE SINGLE AGAIN , di dalam VLOG kami itu, kami akan memberikan motivasi dan tips tips kepada mereka yang senasib dengan kami   Kami mahu dengan VLOG kami ini mereka dapat buangkan segala kesedihan , kedukaan dan lara di hati dan kami harap dapat memberikan semangat kepada mereka untuk BANGUN and MOVE FORWARD!!! 

Coming Up Very Soon! The Vlog of 3 Generations 
Zay in her 30's, Irda 40's and Kak Siti 50's ..
Where they talk about their challenges as SINGLE and SINGLE MOM, 
plans to going places and discovering exciting things together!


HOW TO BE SINGLE AGAIN.. Idea siapa?

Bagaimana idea ni boleh tercetus.. Idea ni adalah dari teman teman Mak Dara iaitu Zay Basalie dan Kak Siti.. Mereka adalah Ibu tunggal.. Dan kami sering membincangkkan kehidupan kami sebagai ibu ibu tunggal.. Dan mereka telah mendapat idea "bagaimana jika kita bergabung dan menghasilkan sebuah VLOG bersama bagi berkongsi kisah dan pengalaman kami sebagai ibu tunggal kepada mereka yang senasib seperti kami" Dan lebih menariknya kami bertiga represent 3 generasi ibu tunggal iaitu dari peringkat umur 30an, 40an dan 50an.. Maka dapatlah kami berkongsi pengalaman dan pandangan kami dari setiap peringkat umur tersebut.. I mean its like a perfect match! 


TUJUAN DAN MATLAMAT "HOW TO BE SINGLE AGAIN"

Tujuan kami adalah untuk bagi memberi motivasi kepada semua wanita yang bergelar single atau single mom untuk meneruskan kehidupan mereka " . Menjadi Single, Single mom, Janda atau Balu bukanlah kehendak kami.. Namun itu adalah ujian terindah dari Allah swt kepada hamba yang disayanginya.. Kami adalah insan terpilih.. Terpilih untuk menempuh kehidupan dengan pelbagai rintangan. Kami tidak lagi mahu melihat wanita terpilih seperti kami menjadi lemah dan hanya menyalahkan takdir dan mensia siakan hidup mereka begitu sahaja.. Maka kami akan bersama sama mereka dengan memberi semangat untuk terus berjuang . Berjuang untuk diri sendiri, berjuang demi anak anak, demi keluarga, demi kerjaya dan demi ke jalan Allah swt insyaallah..  Maka akhirnya lahirlah VLOG HOW TO BE SINGLE AGAIN.. 



Kenapa brand kami "HOW TO BE SINGLE AGAIN"?

Seperti yang Mak Dara katakan di atas.. mendengar tajuk saja sudah "panas" dan bisa mencuit pelbagai reaksi dari pelbagai pihak.. Waima ia riaksi negatif atau positif ia tetap menimbulkan satu perasaan "ingin tahu" betul tak? Contohnya jika mahu membeli pisang haruslah yang "panas" menjadi pilihan bukan? Yaa jika "kepanasan" ini dapat membuatkan ramai yang ingin tahu tentang TUJUAN atau AWARNESS yang cuba kami ketengahkan.. Maka kami sanggup menerima sebarang reaksi dan kami akan menganggap apa jua riaksi yang kami terima adalah POSITIF!! 


Kenapa Mak Dara menyertai "VLOG HOW TO BE SINGLE AGAIN"?

Mak Dara telah bergelar Balu hampir tiga tahun yang lalu .. Dan selama menempuh ujian dan dugaan Allah yang maha berat ini.. Mak Dara bersyukur kerana mak dara mendapat sokongan yang tiada henti dari teman , keluarga dan mereka yang tersayang.. Namun hakikatnya tidak semua balu balu bertuah seperti mak dara.. Hakikatnya terdapat segolongan balu yang tidak langsung di ambil endah oleh teman atau keluarga mereka sendiri.. Percayalah.. ramai yang mengalaminya! 

I've been a single mom for almost three years now.. And being single and a mom doesn't come easy for me.. I've gone through hardships and it has effected my work, my career, my health, my life and the most devastating thing is it's also had effected four of my children.. I was so fortunate to have the undying support from my friends, family and from my love one.. And I finally get myself up and move forward!!

I can't imagine going through all the misery all by myself without any help, encouragement, wisdom and positive vibes from my surroundings.. Now me and my "zisters" friends Zay Basalie and Kak Siti Rokiah who also a single mother wanna give back to our single community.. 


Jadi ALL THE SINGE LADIES out there.. Nantikan kemunculan saya, Zay Basalie dan Kak Siti bersama VLOG motivasi kami dalam saluran youtube HOW TO BE SINGLE AGAIN ya.. 

Plaese subscribe and follow our social media for new update





To all the single ladies out there so they dont just give in and give up!! Being single is not the end of the world.. Its actually a time for us to start our live all over again with more confidence and excellence.. We can do it!!!



THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK