Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

Tuesday, November 1, 2011

Pertemuan Mak Dara dan Red Mummy

As Salam.. Fuhhhh akhirnya dapat juga Mak Dara bertemu dengan blogger idola Mak Dara iaitu Red Mummy di event Nuffnang Astro Beyond Hollywood Night tempoh hari.. Perghh malam tu Red Mummy merahhh habis uols.. Memang sesuai dengan namanya RED MUMMY.. Walaupun dalam sarat mengandung namun red Mummy pandai bergaya memang stylo habis.. Glowing aje wajah Red Mummy malam tu.. Seri orang berbadan dua lah katakan.. Namun kesian juga padanya malam tu sebab acara berubah tempat jauh jugak kena jalan sampai letih Red mummy dibuatnya.. 

Sebenarnya Mak Dara dah banyak kali bertemu dengan Red Mummy di beberapa buah event seperti preview filem LIBAS di TGV Wangsa Walk dan beberapa event lagi tapi time tu Mak Tak berani nak tegur... Ye lah siapalah kita nak gi tegur blogger hebak ni kan.. Namun entah macam mana malam tu Mak beranikan diri untuk menegurnya.. Atau pun mungkin sebab red mummy duduk sebelah Mak Dara aje malam tu.. kalau tak tegur memang le rugii..


Mak Dara kemudian terus mendekatinya dan bertegur sapa.. OH MAK GAYAH... Memang baik sungguh orangnya.. tarak sombong hokay... Mak Dara kemudian meminta untuk bergambar dengannya  . Mak kata tak payah bangun lah mesti Red Mummy letih.. Dia siap kata tak apa dan terus bangun dan bergambar dengan Mak Dara.. Memang baik dan ramah betul Red Mummy. Siap kata yang macam dia pernah dengar nama blogger Mak Dara.. Aicewahhh terkembang kejap mak dara dibuatnya haha..


Memang gorgeous.. memang sweet.. memang humble.. Itulah Red Mummy... Tks Red Mummy semoga kita dapat bertemu lagi di event yang akan datang ye..



Wednesday, May 25, 2011

Hadiah Teristimewa Dari Yuyu Zulaikha

Ingat tak dulu Yuyu Zulaikha ada buat satu contest.. FERERRO ROCHE Contest.. ingat tak Mak Dara ada beritahu yang Mak Dara adalah salah seorang dari 33 orang pemenang dalam contest tu.. Dan beberapa hari yang lepas Mak Dara terima satu bungkusan...


Happynya Mak Dara bila tengok di belakang bungkusan itu dan melihat pengirimnya adalah dari Yuyu Zulaikha.. Bila buka aje bungkusan tu.. lagi lah happy dibuatnya... 
 

Inilah yang Mak Dara terima hadiah dari Yuyu Zulaikha berupa sebuah selendang yang sangat cantikkk secantik Yuyu Zulaikha jua.. =)


Mak Dara nak ucapkan terima kasihhhhhh kepada Yuyu Zulaikha kerana telah menghadiahkan tudung yg sangat cantikk ni.. Akak sukerrr sangat Dik.. Tengkiuuuuuu.. muahhhh =)


Aritu Akak dah wish di FB wall adik tapi hari ni akak nak ucapkan sekali lagi.. HAPPY BELATED BIRTHDAY DIK!!!! semoga adik ceria ceria selalu ya =)

Wednesday, March 23, 2011

Followers ke 666 !!!

Alhamdullilah setelah bersiaran selama 2 bulan 6 hari.. Blog BICARA MAK DARA dah mendapat Follower ke 666!! Syukurrrr!!!

Mak Dara ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan memberikan award kepada Cik EJA kerana telah menjadi ahli AJK MESYUARAT TINGKAP MAK DARA Ke 666 ! Tks Eja!

Serba sedikit tentang Eja..ANAK KE 4 (KEMBAR) DIPLOMA BUSINESS MANAGEMENT POLITEKNIK UNGKU OMAR + POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

Jom ramai ramai terjah ke Blog adik Mishiera.. Sila Klik di SINI atau di pic header di atas untuk ke blog beliau ya =)

Friday, March 18, 2011

Yeayyyy Followers ke 600 !!!

Pewittttttttttttttttttt... Perghhh terujaaaa Mak Dara.. Maunya tak Blog Mak Dara yang baru bernafas selama 2 bulan 1 hari dah mendapat Follower yang ke 600!!!! Tak pernah terbayang terimagine dan ter ter lain lagi lah.. Tak dapat membayangkan kegembiraan Mak Dara.

Mak Dara ingin ucapkan terima kasih dan tahniah kepada Love Sweetheart aka kak love aka kls kerana menjadi follower Mak Dara yang ke 600!!

Jom ramai ramai terjah ke Blog adik Mishiera.. Sila Klik di SINI atau di pic header di atas untuk ke blog beliau ya =)

Wednesday, March 16, 2011

Blog Producer Drama Dari Sabah

Seperti yang anda tahu atau yang belum tahu.. Mak Dara bekerja sebagai penulis skrip drama. Mak Dara dah lama berkecimpung dalam bidang penulisan ni dan dah 60 drama dan drama bersiri yang mak dara dah tulis. Antaranya NEK NAK, SAKA, CUCI CUCI SERVICES, BOLA CINTA, PINTU TAUBAT dan macam macam lagi.

Sekarang Mak Dara sedang menulis sebuah skrip drama bersiri terbaru bersama adik Mak Dara Adza Nasyaemie atau nama glamer kat blog dia SUPER IBU. Drama bersiri itu berjudul PUTERI SALAMIA yang merupakan skrip drama Mak Dara yang ke 61 =)

Drama ini diterbitkan oleh seorang penerbit wanita muda iaitu Zay Datuk Basalie. Zay merupakan isteri kepada penerbit dan pengarah En Jurey Rosli yang telah memenangi banyak anugerah di festival filem kat Malaysia ni. Mak Dara dah banyak kali bekerjasama dengan En Jurey Rosli ni. Lebih dari 8 tahun kalau tak silap dan banyak jugak skrip skrip drama yang Mak dara dan suami Mak Dara tulis untuk syarikat beliau termasuklah filem "LIBAS" yang akan ditayangkan di pawagam di Malaysia tak lama lagi. Namun ini adalah pertama kali untuk Mak Dara bekerjasama dengan isterinya pulak. Ternyata memang besttttt. Susah nak dapat producer yang sporting macam Zay dan suaminya ni. memang Syiokkk =)

Zay Datuk Basalie
En Jurey Rosli dan Zay Datuk Basalie

Zay juga merupakan seorang bloger. dan Blognya bernama "A CUP OF LOVE, HUGS & KISSES"

A CUP OF LOVE, HUGS & KISSES

Zay bakal menerbitkan banyak lagi drama drama untuk syarikatnya. pada sesiapa yang nak berlakon ke nak jadi pengacara ke.. Boleh le terjah ke blog beliau @
A CUP OF LOVE, HUGS & KISSES.. =)

Giveaway atau Contest Bagaimana Yang Pasti akan Anda Sertai?

Pelbagai jenis Giveaway dan Contest di anjurkan oleh ramai Blogger.. Tapi Giveaway atau Contest Bagaimana Yang Pasti akan Anda Sertai? Maksud Mak Dara apa yang buat anda terus tertarik untuk join sesuatu GA atau contest tu sebaik saja anda melihat GA atau Contest tersebut.



Adakah hadiah yang hebat menarik minat anda? Adakah anda akan menilai dari bloger manakah yang menganjurkan GA atau contest itu?

Adakah anda akan sertainya jika syarat penyertaan meminta anda menyertai dengan gambar anda, atau adakah anda gemar GA atau contest yang memerlukan kreativiti anda?

Bagilah pendapat korang yer sebab Mak Dara tengah berkira kira untuk membuat Contest atau GA kedua sempena anniversarry Blog Bicara Mak Dara yang ke 2 bulan lusa 17hb Mac nanti.. Dengan hadiah yang lebih best dari sebelum ini tapi yang pasti akan buat sesimple dan sesenang mungkin .

bagi ler cadangan kat Mak Dara yer.. tengah blurrrrr sangat ni hehe Tankiuuuu =)

Tuesday, March 15, 2011

SUPER IBU!!!

It's a bird.. its a plane.. no it's SUPER IBU!!!!!!! hehehe.. SUPER IBU ni bukan le saudara kepada SuperMan ataupun Super Woman,dia adalah Adik Mak Dara yang paling bongsu iaitu Adza Nasyaemie. SUPER IBU ni kira nama yang digunakan dalam blog dia hehe.. Amacam kreatif tak.. ada macam iklan ibumee tak? hahaha


BLOG SUPER IBU

SUPER IBU ni dah lama dah berbloging tapi tak aktif sangat. Dek kerana sibuk menjadi ibu kepada anak pertamanya Adza Qaliesya . Tapi sekarang dia dah aktif kembali!!! baguih le tu Emie oi hehe..

Emie jugak merupakan penulis skrip macam Mak Dara.. Macam Mak Dara jugak komedi memang jadi peberet genre untuk kami menulis skrip. Tapi dia memang kreatif bila buat skrip kisah misteria atau penyiasatan.

Sekarang kami sedang sibuk untuk menyiapkan skrip drama bersiri kami berjudul PUTERI SALAMIA. Kalau uols nak nama uols dimasukkan dalam skrip drama terbaru kami ni gi lah terjah blg SUPER IBU ni sebab dia tengah takde idea nak letakkan nama nama pada skrip baru kami tu..

Klik di SINI atau klik di gamor di atas untuk ke blog SUPER IBU


Tips Dari Nuffnang



Ingin blog anda terpilih oleh pengiklan?

1) sila ringankan blog anda
2) penuhkan dengan info yang berguna
3) update setiap hari .

Anda tidak dibayar dengan klik, tapi dibayar dengan unik traffik. Sila bersihkan blog anda,tunggu tetamu nuffnang datang berkunjung.

Ringkas aje tips dari Nuffnang yang Mak Dara terima di email ni tapi senang ke nak buat ek.. hmmm belom coba belom tahu kan.. COBAAN.. Nak try test cuba dulu dan lihat keberkesanannya.. =)

Sunday, March 13, 2011

Awas Penghasut Terhebat!

Awas Penghasut Terhebat! Tapi ini bukan kes mahkluk penghasut yang bertanduk tu bukan.. bukan.. Ini citer pasal Mak Dara berjaya menjadi penghasut terhebat.. Uisshhh jangan pulak naik takut dengan Mak Dara. Mak Dara sebenarnya telah berjaya menghasut, menggoda adik Mak Dara dan kawannya supaya BerBLOG.. hehehe teror tak.. Tu nasib baik Mak Dara tak buat MLM kalau tak mau terus kaya hahahahaha

Tgh cari idea nak taruk nama blog sampai dah jd goblog neh hahaha

Tu gambor kat atas tu adalah mangsa hasutan Mak Dara le tu.. yang kiri tu adik Mak Dara Adza Tuty dan disebelahnya tu kawan adik Mak Dara si Hanifah. Tapi satu jer masalahnya.. Bila dah pandai hasut kenalah pandai tolong diaorang setupkan blog blog diaorang tu.. Masalahnya Mak dara pun masih baru dalam dunia blog ni sooooo ini membuatkan kami sama sama telah jadi GOBLOG.. hahaha

Tapi oklah jadilah jugak blog dioarang tu.. Jomler sama sama terjah ke blog diaorang yer.

Nak ke Blog Adza Tuty klik di SINI
Nak ke Blog Hanifah Tuty klik di SINI