Showing posts with label drama. Show all posts
Showing posts with label drama. Show all posts

Tuesday, August 27, 2013

AKU MASIH ISTERINYA ...

Assalam duhai teman.. Mak Dara saja nak khaborkan pada anda semua bahawa pada tika dan saat ini Mak Dara sedang giat menyiapkan sebuah proposal drama terbaru Mak Dara untuk dihantarkan kepada TV3.. Sebuah drama yang sedih dan agak menyayat hati bertajuk...  "AKU MASIH ISTERINYA.."



Drama ni memang agak menyentuh perasaan terutamanya yang mempunyai pengalaman bermadu.. Perghhhh jalan cerita drama ini memang "makan dalam" kata budak budak zaman sekarang ni hehe.. Ok lah Mak Dara nak sambung menghabiskan proposal drama ini.. Doakan semoga terbuka hati pihak TV3 untuk menerima karya terbaru Mak Dara ini ya.. Amin...

Sebelum Mak Dara meminta diri Mak Dara nak mohon maaf kerana Mak Dara agak sibuk kebelakangan ni dan tak sempat untuk membalas kunjungan ke blog kalian semua.. Almaklumlah dengan kes bibik lari dan juga tengah sibuk mempersiapkan diri untuk masuk program TV kesihatan bertajuk IDEAL tak lama saja lagi. But I do reads all of your comment.. Each and everyone of it.. Mak terharuuu sangat sangat kerana masih ada yang sudi untuk singgah menjenguk Mak Dara di sini dan bertambah terharu bila anda sudi meninggalkan komen buat mak.. Insyaa allah bila mak kelapangan nanti mak akan terjah kembali ke blog anda ya.. Muahhh sayang korang ketat ketat...


Sunday, February 3, 2013

ALONG GEDEBE

Assalam duhai teman.. Pada tika dan saat ini sebuah drama hasil skrip oleh Mak Dara yang bertajuk ALONG GEDEBE sedang disiarkan di ASTRO WARNA sekarang :)..


Drama ini adalah skrip yang ke 59 daripada 66 buah skrip yang telah Mak Dara hasilkan.. Drama ini dilakonkan oleh Zed Zaidi, Harun Salim Bachik, Yus Rajalawak, Mandy Chong dan ramai lagi. 


Wednesday, April 11, 2012

PR NANI

As salam duhai teman.. Petang ni kalau free free tu tontonlah ye sebuah drama bersiri bertajuk "PR NANI" hasil skrip oleh Mak Dara, somi mak Martias Ali dan juga adik Mak Adza Emie.. Drama ini akan ditayangkan di RTM1 pada pukul 2 petang nanti ye..


Drama PR NANI adalah hasil skrip Mak Dara yang ke 44. Mari mak share sedikit info mengenai drama ni ye..

Tajuk Drama : PR NANI
Durasi : 13 Episod (30 min)
skrip Adza Irdawati, Martias Mohd Ali dan Adza Nasya Emie.
Syarikat:ENUJA PRODUCTION SDN. BHD.
Siaran: RTM (telah ditayangkan di TV pd Oktober 2008)

DRAMA PR NANI LAKONAN YATT, INTAN AZURA, ROY AZMAN

PR NANI MEMAPARKAN KISAH SEORANG GRADUAN YANG TERPAKSA BERTUGAS SEBAGAI PEMBANTU RUMAH.

Mendalami suka duka kehidupan seorang graduan universiti yang memiliki segulung ijazah yang terpaksa menghadiri temuduga demi temuduga. Namun akhirnya terpaksa berpuas hati apabila secara tidak senga...ja dan salah faham yang berlaku membuatnya terpaksa bekerja sebagai seorang pembantu rumah selam setahun. Begitulah intipati drama bersiri ‘PR Nani’ yang akan menemui penonton setia RTM1 pada setiap Ahad, jam 9.31 pagi.

‘PR Nani’ mengetengahkan bakat pelakon remaja yang sedang meningkat naik, Yatt. Pastinya lakonan mantap gadis cantik manis ini bisa menambat hati penonton bagi menyaksikan drama bersiri 13 episod ini hingga ke penghujungnya.

Drama bersiri terbitan Enuja Production Sdn. Bhd. ini mengisahkan seorang gadis berusia akhir 20-an yang bernama Nani. Dia memiliki segulung ijazah dalam jurusan pentadbiran awam, telah banyak temuduga telah dia hadiri. Namun segalanya hampa. Segulung ijazah tidak menjanjikan pekerjaan yang hebat pada zaman yang serba mencabar ini.

Pada suatu hari Nani telah menghadiri satu temuduga bagi mengisi jawatan PR yang mana pada sangkaannya yang memberinya jawatan eksekutif perhubungan awam. Berkat kesabarannya akhirnya berbaloi apabila dia telah diterima kerja oleh Tuan Izam iaitu pemilik Syarikat Paksi Emas Holding. Namun keraguan berputik dihati Nani apabila Tuan Izam menyatakan bahawa Nani boleh mula bekerja keesokan harinya di sebuah tempat yang alamatnya berbeza dari alamat bangunan Paksi Emas Holding itu.

Namun kerana tertarik dek tangga gaji, tempat tinggal dan makanan yang disediakan dan juga kerana syarikat itu sahaja yang mahu mengambilnya bekerja membuatkannya terus bersetuju dan terus menandatangani kontrak bekerja selama setahun.

Sewaktu melaporkan diri alangkah terkejutnya Nani apabila dia diperkenalkan kepada Puan Yanie dan empat orang anaknya iaitu Ebby yang berusia 17 tahun, Emmy (15 tahun), Zack (12 tahun) dan Zara (6 tahun). Kini dia mulai sedar bahawa jawatan PR yang dijawatnya adalah Pembantu Rumah.

Nani kini berada di persimpangan dilemma apabila dia menyedari bahawa dia terpaksa bekerja sebagai pembantu rumah dan menyedari bahawa dia telahpun mengikat kontrak bekerja selama setahun bersama Tuan Izam. Namun sedikit demi sedikit, Nani dapat menyesuaikan diri kerja barunya itu apabila kemesraan antara dia dan keempat-empat anak Tuan Izam dan Puan Yanie terjalin.

Nani juga mula bersahabat dengan Pak Nin, pemandu kepada Tuan Izam yang sedikit miang dan gatal sejak bergelar duda dan juga Raja iaitu seorang tukang kebun yang turut bekerja dengan keluarga itu.

Dapatkah Nani menjadi seorang pembantu rumah yang baik ?Adakah dia mampu berhadapan dengan gelagat anak-anak Tuan Izam dan Puan Yanie ?Dapatkah dia terus bertahan sehingga berakhir tempoh setahun kontraknya ?

‘PR Nani’ dibintangi oleh Yatt, Intan Azura, Roy Azman, Zam-zam, Zoey Tan, Wan Suhaimi, Sathiya dan Maimun Talib. Pastikan anda tidak akan melepaskan peluang menonton drama ‘PR Nani’ untuk mengetahui kesudahannya.






Wednesday, March 28, 2012

PINTU TAUBAT




PINTU TAUBAT adalah sebuah drama bersiri hasil skrip Mak Dara dan suami iaitu Martias Ali. Drama ni merupakan skrip ke 45 yang telah Mak Dara tulis. Drama ni telah pun ditayangkan di Astro Oasis pada oktober 2010 dan akan diulang tayang lagi pada pukul 10 pagi ini di ASTRO OASIS .




Drama ini adalah terbitan Jurey Rosli dari World Evolution Brain Sdn Bhd. Dan lagu tema drama ini dinyanyikan oleh Oja. 
.

Drama bersiri PINTU TAUBAT ini adalah rantaian cerita-cerita tantang kisah kisah manusia yang insaf dan mencari pengampunan daripada Allah SWT atas keterlanjuran dosa yang dilakukan. Penampilan khas Ustaz Ismail Kamus untuk menterjemah ayat-ayat Al-Quran sebagai pedoman.

Monday, March 26, 2012

RABUNNYA CINTA

As salam duhai teman.. Tengah buat apa tu.. Kalau free free tu boleh le tonton drama RABUNNYA CINTA lakonan Johan Rajalawak, Angah Rajalawak dan tauke Rajalawak yang sedang ditayangkan sekarang di ASTRO saluran 105. 


Skrip drama bersiri ini adalah hasil karya Mak dara dan juga adik mak iaitu Adza Emie.. Pada yang di pejabat tu dan tak dapat menonton di TV takpeeee.. Mak Dara ada letakkan video video drama ini ketiga belas episod semuanya yang telah diupload di youtube untuk tatapan anda.. Enjoyyyy =)

Rabunnya Cinta Episod 1

Rabunnya Cinta Episod 2

Rabunnya Cinta Episod 3

Rabunnya Cinta Episod 4

Rabunnya Cinta Episod 5

Rabunnya Cinta Episod 6

Rabunnya Cinta Episod 7

Rabunnya Cinta Episod 8

Rabunnya Cinta Episod 9

Rabunnya Cinta Episod 10

Rabunnya Cinta Episod 11

Rabunnya Cinta Episod 12

Rabunnya Cinta Episod 13 (akhir)

Monday, July 25, 2011

NAMA BETA SULTAN ALAUDDIN

Haaa jangan terkejut dengan tajuk di atas.. Bukan.. bukan namaku yang tertera di atas.. Namaku Mak Dara akak Adza Irdawati.. Tapi yang tertera di atas adalah sebuah nama teater yang telah Mak Dara, suami dan adik adik Adza Tuty & Adza Rina hadiri di Panggung Bandaraya KL semalam.. Mak dan somi memang sukaaaa benor tengok teater teater ni.. memang kelainannya terasa bila menonton teater dan menonton TV.. Namun ini adalah pengalaman pertama bagi adik adik Mak menonton pementasan teater.. Seronok tengok riaksi diorang semasa menonton.. Jap mak kasi upload gambor sambil sambil mak sapu roti sandwish dengan jem untuk bekfes hehe..


mak dan adik2 dalam panggung

antara babak dalam pementasan itu 


Babak Sultan Alauddin bersama permaisurinya 

babak permaisuri Sultan sedang membuat rancangan untuk membunuh Sultan

Babak Sultan Aluddin mangkat kerana telah diracuni oleh permaisurinya

Waduhh memang bestttt dan memang mantapppp sangat lakonan kesemua mereka di malam itu namun yang paling ketara dan amat terbaek malam itu adalah watak Sultan dan permaisurinya.. Memang meremang bulu roma melihat kesungguhan mereka membawakan watak mereka itu.. Ditambah pulak kesan bunyi yang amat terbaek... Kami semua amat berpuas hati dan rasa rugi kerana menonton pada hari terakhir pementasan itu semalam.. Kalau tidak mau berulang kali tengok teater ini..

dah selesai menonton
 dari kiri Adza Rina, Adza tuty & Adza Irda (mak le tu)


 Adza Rina


 Adza Tuty

 dayang dayang istana hahahaha...

Memang Mak puji pementasan teater ni.. Dengan cara ini kita generasi sekarang dapat mengimbau kembali sejarah sejarah yang berlaku pada tanahair kita suatu waktu dahulu.. Jadi tahniah Mak ucapkan kepada seluruh team produksi, krew , para pelakon dan semua yang terlibat terutamanya DBKL . Terbaek...

Tuesday, July 5, 2011

PINTU TAUBAT

Semalam Ibu Mak Dara ada beritahu yang drama yang Mak Dara tulis tengah diulang tayang di Astro Oasis. Drama yang dimaksudkan oleh Ibu Mak Dara tu ialah PINTU TAUBAT. Drama ni merupakan skrip ke 45 yang telah Mak Dara tulis. Skrip drama ini Mak Dara tulis bersama suami Mak Dara, Martias Ali.


Drama ni dah ditayangkan di Astro Oasis pada oktober 2010 tak sangka akan diulang tayang lagi pada tahun ni. Syukur alhamdullilah.. Drama ini adalah terbitan Jurey Rosli dari World Evolution Brain Sdn Bhd. Dan lagu tema drama ini dinyanyikan oleh Oja.

Drama bersiri PINTU TAUBAT ini adalah rantaian cerita-cerita tantang kisah kisah manusia yang insaf dan mencari pengampunan daripada Allah SWT atas keterlanjuran dosa yang dilakukan. Penampilan khas Ustaz Ismail Kamus untuk menterjemah ayat-ayat Al-Quran sebagai pedoman.

TAJUK TAJUK EPISOD dalam PINTU TAUBAT
EPISOD 1 : TANGGANG
EPISOD 2 : NOMBOR TERAKHIR
EPISOD 3 : RASUAH
EPISOD 4 : ANAK
EPISOD 5 : AIR NERAKA
EPISOD 6 : CURANG
EPISOD 7 : DUSTA
EPISOD 8: RAGUTAN MAUT
EPISOD 9: INSAF ZARINA
EPISOD 10 : SAMUN
EPISOD 11 : TEKSI
EPISOD 12 : PELANGGAN

EPISOD 13 : MALAIKAT MAUT
Salah satu scene dalam drama PNTU TAUBAT
Rem antara pelakon yang menjayakan drama PINTU TAUBAT

Pada yang sudi nak menonton drama ni bolehlah menonton di channel ASTRO OASIS pada pukul 2:30 petang nanti ye =)

Saturday, April 9, 2011

APA KAU RASA

Lagu berjudul APA KAU RASA nyanyian Mak dara, dan adik beradik Mak Dara iaitu Adza Iyanie, Adza Tuty dan Adza Rina dari kumpulan kami iaitu D'ADZA telah menjadi lagu tema untuk sebuah drama berjudul AKU, DIA DAN DIA. Yang telah ditayangkan di RTM2 pukul 10 malam semalam.. Ada yang tengok tak drama ni malam semalam? hehehe

Telemovie " Aku Dia & Dia "


Kisahnya semalam Abang Shaharuddin Thamby yang merupakan penerbit drama ini dah postkan sesuatu pada wall Facebooknya... ? hehe cu tengok.. cu tengok kat bawah hehe sambil tersengeh sengeh


Ha.. APA KAU RASA? Mak Dara rasa heppy le sebab Abang Shaharuddin Thamby tolong pomotkan lagu ni di drama dan di Facebooknya.. Tengkiuuu Abang Din.. Ur the best =)

AKU , DIA & DIA - Apabila Tomboy Bertemu Si Lembut

Align Center
" Aku Dia & Dia "
Jumaat 8/4/2011 , Jam 10.00 Mlm - Rtm 2 !
Joy , nama penuh Johari ... U ? ... Hei ! apa barang nak tahu nama orang? Ok panggil aku Lia aje, Liasara .. Apa crite ? .. Kasarnya jantan ke perempuan ???
(sedutan dialog dalam Aku Dia & Dia)

Assallammualaikum uols.. Malam ni kalau free free tu moh le tonton drama " Aku Dia & Dia ". Sebuah drama skrip hasil suami Mak Dara. Martias Ali dan Mak Dara ada le bantu sikit sikit menulis skrip drama ni..

Drama ini diterbitkan oleh abang Shaharuddin Thamby, Pelakon yang terlibat adalah Jue Aziz, Iqram Dinzly, Memey, Syed Ali dan anak teruna Abang Shaharuddin sendiri iaitu Chap A-Z.

Rasanya Abang Shaharuddin Thamby ada memasukkan lagu D'ADZA iaitu lagu bertajuk APA KAU RASA di dalam drama ni. Kalau uotls nak dengar lagu nyanyian Mak Dara dan 3 lagi adik beradik Mak Dara iaitu Adza Yanie, Adza Tuty dan Adza Rina, kena tontonlah drama ni .

Harap harap anda semua enjoyzzzz yer =)

Sunday, March 20, 2011

CUCU SEORANG PRIMADONA

Tengah hari tadi Mak Dara masih dalam ekspedi Jalan Jalan Cari Jalan bersama pamily Mak Dara di Terengganu. Berdesup desup call masuk yang Mak Dara terima dari kawan kawan dan keluarga.. Ingatkan ada masalah ke.. Rupa rupanya semua nak bagitau Mak Dara skrip drama yang Mak Dara tulis iaitu drama berjudul CUCU SEORANG PRIMADONA diulangkan tayang di RTM1 pada pukul 3:05 petang tadi.. Hishh geram betul Mak Dara.. Dah baper kali diulang tayang tapi tetap misss jugak. Memang Tak ada rezeki untuk Mak Dara tengok drama ini.. Drama ni adalah skrip drama yang ke 46 dari 61 drama yang pernah Mak Dara tulis. Uols ada tengok tak hehe.. Kalau yang belom tengoh, meh Mak Dara cerita serba sikit pasal jalan cerita CUCU SEORANG PRIMADONA ni.. =)


Skrip ke 46

Tajuk Drama: CUCU SEORANG PRIMADONA
Skrip Oleh: Adza Irdawati Adenan
Arahan: En. Yusuf Kelana
Lakonan: Fimie Don, Wan Maimunah, Jeff Omar dll
Penerbit: En. Jurey Rosli
Syarikat: World Evolution Brain
Siaran: telah ditayangkan pd 2hb Oktober 2010 @ RTM 2
(dan diulang tayang beberapa kali lagi termasuk hari ini 20hb mac 2011)

SINOPSIS

Ku Zaidah Bt Ku Sulaiman adalah seorang artis yang amat terkenal pada era lewat 70an dan 80an. Lakonannya dalam filem filem tempatan telah mencecah puluhan filem. Dan hampir setiap majlis anugerah filem telah mengangkatnya sebagai pelakon wanita terbaik.
Ku Zaidah juga sering menjadi tajuk utama dalam hampir setiap majalah mahupun akhbar pada masa itu. Setiap perkembangan terbaru mengenai karier atau peribadinya pasti akan diketahui ramai. Ini membuatkan Ku Zaidah menjadi seorang primadona yang amat di minati, digilai dan disanjung tinggi.



Akhirnya Ku Zaidah mengakhiri zaman bujangnya dengan mengahwini seorang lelaki biasa bernama Kamala. Mereka dianugerahkan seorang cahayamata bernama Iskandar. Dan lama kelamaan Ku Zaidah semakin menyepikan diri dari dunia glamour. Tahun berganti tahun akhirnya bintang Ku Zaidah semakin malap dan akhirnya terus dilupakan begitu sahaja.

Kini Iskandar telah berkahwin dengan Julia . Namun perkahwinan mereka tidak direstui oleh Ku Zaidah . Ini kerana Ku Zaidah amat tidak menyenangi Julia yang datang dari kampung dan dari keluarga yang tidak berada. Dia lebih senang jika Iskandar mengahwini pelakon jelita Naima yang amat tergilakan Iskandar. Dengan harapan perkahwinan antara anaknya dan pelakon yang sedang melonjak naik namanya itu dapat menaikkan kembali nama Ku Zaidah di dalam dunia seni yang amat dicintainya. Namun Iskandar enggan dan tetap mahu mengahwini Julia. Kerana sayangkan anaknya, Ku Zaidah menyimpan perasaannya dan terpaksa mengizinkan Iskandar berkahwin dengan Julia tanpa rela hati. Kedatangan Danial iaitu anak kepada Iskandar dan Julia juga masih tidak dapat memadam perasaan Ku Zaidah pada Julia.

Malang tidak berbau apabila satu kemalangan telah meragut nyawa Kamal, Iskandar dan Julia. Ini membuatkan Ku Zaidah seperti orang hilang arah. Dia menyalahkan Julia atas kemalangan itu. Kini Ku Zaidah terpaksa hidup bersama cucunya Danial.

Masa pantas berlalu, kehidupan Ku Zaidah dan Danial semakin meruncing kerana Ku Zaidah tiada sumber pendapatan. Ini tidak pernah terlintas di kepala Ku Zaidah kerana selama ini hal kewangan menjadi tanggungjawab suaminya. Namun tawaran berlakon yang ditawarkan kepada Danial oleh teman lama Ku Zaidah telah mengubah segala galanya. Danial kini telah menjadi satu fenomena baru dalam industri perfileman. Dengan bakat yang diperolehinya , Danial menjadi nama yang disebut sebut, dicari oleh setiap syarikat produksi di tanah air. Sehingga dia memenangi banyak anugerah.

Nama Ku Zaidah kembali menyinari dunia seni dengan menumpang populariti cucunya itu. Setiap tawaran yang diterima oleh Danial diterimanya bulat bulat oleh Ku Zaidah tanpa meminta pendapat ataupun persetujuan dari Danial. Tanpa diketahui Ku Zaidah, Danial tidak berminat untuk berlakon. Namun untuk menjaga hati neneknya, dia teruskan juga.



Jadual harian Danial sangat sarat dengan aktiviti lakonan. Ini membuatkan Danial tertinggal dalam pelajarannya. Danial juga tidak mengalami kehidupan kanak kanak yang lain. Masa nya diluangkan dengan menghafal dialog dan mengenal watak yang bakal dilakonkannya. Dia sedih apabila melihat kanak kanak bermain dan meluangkan masa bersama keluarga mereka. Namun itu semua dipendam sahaja oleh Danial.

Kini Ku Zaidah yang bertindak seperti pengurus kepada Danial lebih banyak mendapat liputan dari media massa. Ini kerana Ku Zaidah tidak membenarkan Danial ditemuramah oleh wartawan mahupun menaiki pentas menerima anugerah yang dimenangi Danial. Ku Zaidah kini semakin ghairah untuk mengejar glamour semula. Hasil dari pendapatan Danial juga kebanyakkannya digunakan Ku Zaidah untuk membeli kereta, rumah atau apa sahaja untuk menunjukkan kepada semua bahawa dia masih seorang Primadona yang sangat berprestij.
Zaleha dan Ahmad ibu kepada Julia dan nenek dan datuk kepada Danial sering menerima sms dari Danial tanpa pengetahuan Ku Zaidah. Di dalam sms itu menyatakan perasaan sebenar Danial terhadap semua yang berlaku dalam hidupnya. Oleh kerana kasihan kepada cucu mereka , Zaleha dan Ahmad bertekad mahu membawa Danial pulang ke kampung. Cadangan itu dibantah keras oleh Ku Zaidah. Ini membuatkan Danial semakin murung. Dan prestasinya dalam bidang lakonan semakin merosot.

Satu syarikat production yang besar kini menawarkan satu watak penting kepada Danial . Dan seperti biasa Ku Zaidah menandatangi kontrak bagi pihak Danial tanpa meminta persetujuan dari Danial. Dan dalam kontrak itu menyatakan Danial terpaksa melakonkan babak stunt tanpa menggunakan stunman. Danial enggan berlakon dalam filem itu. Ini membuatkan Ku Zaidah berang. Ku Zaidah tetap berkeras menyuruh Danial berlakon dalam filem itu.
Keesokkannya, Danial yang tidak dapat menahan lagi kerenah neneknya itu tekad dan terus melarikan diri pulang kekampung ibunya. Ku Zaidah yang seakan tahu akan destinasi Danial terus menjejaknya. Walaupun dihalang keras oleh Zaleha dan Ahmad, Ku Zaidah tetap membawa Danial pulang kerumah.

Danial sedang menyediakan diri untuk melakonkan aksi stunt yang telah berkali kali ditunjuk ajar oleh pakar stuntman yang berpengalaman. Ku Zaidah menunggu sambil berbincang mengenai projek terbaru Danial bersama producer filem itu di bawah.
Tiba tiba keadaan menjadi senyap sunyi apabila Danial terjatuh dan tersasar dari tempat jatuh yang disediakan oleh krew krew dan juga stuntman yang bekerja dalam produksi itu. Danial dibawa kehospital nyawanya kini terancam. Ku Zaidah menyesal akan tindakannya

.

Thursday, January 20, 2011

MAK DARA & CUCI CUCI SERVICES

Teruja Mak Dara bila baca papper hari ni dan di ruang intisari rancangan terpampang mengenai skrip drama yang Mak Dara tulis bersama suami Martias Ali dan MF Kencana iaitu sebuah drama bersiri 13 episod "CUCI CUCI SERVICES" akan diulang tayang di RTM2 malam ni pukul 1:30pagi nanti.


PEKERJAAN MAK DARA

Dari zaman sekolah lagi cikgu selalu tanya, bila besar nanti nak jadi apa.. Dan sebanyak mana soalan tu diaju pada mak dara, jawapan mak dara tetap sama.. Nak jadi pramugari hehe.. Mak bila Mak Dara habis aje SPM terus Mak Dara ke KL dan mengejar cita cita Mak Dara jadi Model Catwalk. Walaupun Mak Dara puas hati sebab dapat mengejar cita cita Mak Dara tapi Mak Dara rasa something is wrong somewhere.. Mak Dara rasa kosong jer jiwa ni.. So Mak Dara kemudian tinggalkan dunia modeling dan masuk bidang lakonan.. Ada lah few drama yang mak dara berlakon tapi jiwa mak dara masih tak puas.

Satu hari Mak Dara pegi lah casting di satu syarikat penerbitan ni di Shah Alam. Di sana Mak Darajumpa pengarah dan penerbit drama yang bakal di shoot tu. Tapi alih alih lain pulak ceritanya. Nak dipendekkan cerita last last mak dara dan producer merangkap director aka Martias Mohd Ali tu pun kawen ahahaha.

Tak lama selepas itu Mak Dara dikenalkan ke dunia penulisan skrip oleh suami Mak Dara. Dan disitu Mak Dara mendapat ketenangan. Dari tarikh tu Mak Dara tahu memang kerja itu yang paling sesuai untuk Mak Dara. Bermulalah hidup Mak Dara sebagai seorang penulis skrip..




Hampir 55++ buah drama termasuk drama bersiri dan beberapa buah Filem telah Mak Dara tulis dan co write bersama suami dan team penulis Mak Dara... Dibawah adalah senarai skrip drama dan Filem yang telah keudara, belum keudara dan sedang keudara di kaca Televisyen..

DRAMA
======

1. Secangkir Air RTM Telemovie

2. Openfile RTM Telemovie

3. Kronik RTM Telemovie

4. Kerana Ramli RTM Telemovie

5. Masa Tambahan RTM Telemovie

6. Restoran Mak Piah RTM Telemovie

7. Jonet RTM 13 Episod

8. Kirmizi Senja RTM 13 Episod

9. Cahayamata TV3 13 Epis

10. Ratu VCD Telemovie

11. Kambingku Tom Kurus TV3 Sitkom Senario

12. Merdeka Ajit Medeka Ajis TV3 Telemovie

13. 5 Jam Sebelum Syawal TV3 Telemovie

14. OK VCD Gitu-Gitu Production

15. Qudut & Qatit VCD Nizarman

16. Keranamu Ibu VCD FMC

17. Zaharul VS Zarina ASTRO Telemovie

18. Pulau Kasih TV3 Telemovie

19. Aidilfitri Dibulan Syaaban ASTRO Telemovie

20. Buku Lama Diari Baru RTM Telemovie

21. Lagu Untuk Dewi RTM Telemovie

22. Gitulah Raya ASTRO Telemovie

23. Manaf Astro ASTRO Telemovie

24. FOBIA (Musim 1) RTM 13 X 30 min

25. FOBIA (Musim 2) RTM 13 X 30 min

26. Express Kasih

27. Cinta Taksi Bermeter

28. Pabila Cahaya Bersinar

29. Suasana RTM Sitkom 13 ep

30. Cinta Kali Ke Dua RTM Telemovie

31. Biar Rahsia RTM 13 x 45 min

32. Aidilfitri Dibulan Syaban2 ASTRO Telemovie

33. Idris Beca (the series) RTM 13 X 30 min

34. Agent 016 TV3 13 ep

35. Surat Cinta RTM 13 Episod

36. HUA HUA HUA ASTRO Sitcom

37. Nek Nak (musim pertama) ASTRO 13 Episod

38. Nek Nak (musim kedua) ASTRO 13 Episod

39. Saka ASTRO 13 Episod

40. Rabunnya Cinta RTM 13 Episod

41. Makmal Forensik D:10 ASTRO 13 Episod

42. Dikir Cinta ASTRO 5 Episod

43. Fitrah Sabrina RTM Telemovie

44. Klon Teja ASTRO 13 Episod

45. Selamat Hari Raya Cinta RTM Hari raya special 2008

46. Raya Alone RTM Hari Raya 2008

47. Cinta yang Terindah ASTRO Hari Raya 2008

48. Pintu Taubat ASTRO OASIS 13 Episod 2009

49. Cucu Seorang Primadona RTM Telemovie 2010

50. CUCI CUCI SERVICES RTM 26 episod 2010

51. Bola Cinta RTM 30 episod 2010

52. Aku Budak Kampung RTM Telemovie 2010

53. Tun Fatimah (DENDAM KESUMA) ASTRO 6 Episod 2010

54. LORONG ASTRO 13 Episod 2010

55. DOA KE SYURGA Telemovie RTM 2010

56. MAK YONG Telemovie RTM 2011

57. Limau Bali Limau Mandarin Telemovie raya cina 2010

58. ALONG GEDEBE Telemovie - sedang ditayangkan di Astro Ceria jan 2011


Film

1. Shyy Dia Datang Noradz Bhd

2. Cyber X

3. Serrem

4. Malaysia’s Sweetheart Martias Entertainment

5. Libas WEB snd Bhd

6. Tak Mungkin Grand Briliance

Jangan Hantar Aku Ke Neraka

Mak Dara baru saja menonton drama "Jangan Hantar Aku Ke Neraka" di TV9.. asyik tengok skrip drama sendiri jer sesekali nak jugak tengok hasil kerja orang lain kan.. fuhh punyalah sedih melihat pelakon utamanya Allahyarham Faizal Yusof. Memang mantap lakonannya. Rupa rupanya arwah sempat menghabiskan penggambaran drama ni beberapa hari sebelum beliau meninggal dunia.



Mak Dara tak sampai hati nak tengok drama tu sampai habis.. bayangkan bagaimana pula perasaan isteri dan anaknya. Bagaimana allahyarham baru 19 hari meninggalkan kita dan kini gambarnya keudara di TV.. Berat mata memandang pasti lagi berat bahu yang memikul..

Mak Dara masih ingat lagi bagaimana Mak Dara dan suami menulis skrip drama ZAHARUL VS ZARINA. Tergelak sakan Mak Dara dan keluarga bila drama tu ditayangkan di TV suatu ketika dulu. Allahyarham berjaya membawa watak sebagai Zarina seorang"wanita" dengan berjaya sekali. Wataknya sebagai perempuan punyalah cun melecun dan seksi mengalahkan perempuan asli..



Oleh kerana sambutan dan rating yang amat menggalakkan maka stesen TV meminta suami Mak Dara menyambung ZAHARUL VS ZARINA 2 dan juga telah mendapat sambutan yang diluar dugaan. Tak lama lepas tu producer drama ini En Jurey Rosli meminta Mak Dara dan suami membuat ZAHARUL VZ ZARINA dalam bentuk bersiri. Maka kami pun hasilkanlah drama bersiri 13 episod . namun sayang tuhan lebih sayangkannya.. Masih tersimpan kini proposal 13 episod tu dalam komputer Mak Dara. Jika pun drama ni akan meneruskan penggambaran nanti, rasanya tiada sesiapa pun yang akan dapat mengatasi lakonan allahyarham Faizal membawa watak sebagai Zaharul dan Zarina..

Semoga Allah swt. mencucuri rahmat ke atas roh allahyarham. Al fatihah..

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK