Showing posts with label filem Libas. Show all posts
Showing posts with label filem Libas. Show all posts

Monday, September 26, 2011

Penyertaan Contest Jom Menonton Libas Kini Telah ditutup!

Kini tepat jam 12 tgh malam 26hb September 2011. Dengan bersyukur dan bangganya Mak Dara nak umumkan bahawa Contest Jom Menonton Libas Kini Telah ditutup dengan rasminya!


Mak Dara ingin mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kepada setiap sorang daripada semua rakan blogger yang sudi menyertai contest Mak Dara ini. Terima kasih sekali lagi.. Nantikan keputusannya esok 27hb September 2011.. tak sabar untuk mak umumkan pemenangnya!!

Jutaan terima kasih kepada penerbit dan syarikat MDAG Sdn Bhd kerana sudi menaja kesemua hadiah hadiah ini.. 
Penaja Utama


Untuk melihat senarai peserta contest ini sila klik di SINI ya

Thursday, September 15, 2011

Cerita Mak Dara, Ujang, Yana Dan Libas..

Perghhhhh macam tajuk drama pun ada kan hehe.. Sebelum tu Mak nak mintak maaf la pada Ujang dan Yana jika tersedak sebab Mak menyebut nyebut dan menulis nama mereka dalam entry mak ni hehehe...

Al kisahnya semalam merupakan privew filem LIBAS di TGV Wangsa Walk Mall. Skrip filem ni hasil skrip somi mak Martias Ali maka kami kesana pun dengan agak nebes.. Ye lah skrip filem pertama bakal ditayangkan.. Resah untuk melihat dan mendengar komen para yang hadir.. Nak nak pulak ramai pulak yang datang sehingga pihak penerbit membuka 3 buah panggung untuk preview filem ini.. Tup tup mata Mak terpandang satu pasangan yang sweet di satu sudut.. Macam pernah ku lihat mereka ini. Ya sangkaan mak benar belaka. Memang itu adalah Ujang dan Yana.. Apa lagi terus le Mak terjah...

Bila bertemu aje terus mak tanyakan pasal baby dan kandungan Yana tu.. Wahhh muka yana memang berseri seri je malam tu.. Seri pembawa budak ni memang lain sikit.. Memang nampak ayuuuuu sangat... Tengah tengah bersembang mak ingat satu perkara. Dulu mak pernah bertemu diorang di majlis WWWOW DiGi Award tapi time tu mak segan shy shy cat orang putih kata untuk tangkap gambor dengan blogger hebak lagi terkenal ni.. Maka malam tu tanpa membuang masa Mak terus minta untuk ambik gambar..

Sesi terjahan mak dara hehehe

Haaa tercapai juga niat mak dara tu. Tapi sayangnya mak tak sempat untuk berbual panjang bersama Ujang dan yana dek kerana somi mak yang agak sibuk bertemu semua teman dan para yang hadiri.. Harap harap dapat lagi berjumpa dan bertemu dan berborak dengan pasangan dua sejoli ni nanti insyaallah..

Untuk Yana dan Ujang terima kasih atas review LIBAS tu.. Really appreciate it.. Nanti akak akan berikan link itu pada Abang Martias dan director filem ni ya.. Semoga kita dapat jumpa lagi.. Tahniah atas kemenangan Ujang di Hot FM dan juga tahniah kerana bakal bergelar ibu dan ayah ya... =)

Preview Filem LIBAS mendapat sambutan yang amat luar biasa..

As salam kepada semua blogger yang belum lagi nak tido macam mak ni hehe.. mak ni baru sahaja pulang dari menonton preview Filem LIBAS di TGV Wangsa Walk Mall sebentar tadi bersama somi Mak Martias Ali.. namun kali ni kelainannya amat terasa kerana kali ni kami tak pergi menonton filem orang tapi menonton sebuah filem hasil skrip oleh somi Mak Dara.. Maka nebesnya agak lain macam sikit... Sesampainya di sana kami merasa amat terkejut.. Begitu ramai yang datang untuk menonton preview filem LIBAS ini.. Sambutannya amat luar biasa!!!!!!

Kelihatan ramai artis artis ternama termasuk Abang Rosyam Nor, Schya Al Yahya, Johan, Dato Yusof Haslam dan ramai lagi celebriti yang hadir. Tidak ketinggalan ramai rakan blogger yang turut memeriahkan suasana seperti Ujang, Yana dan juga blogger terkenal dan hebat Budiey. Ramai rakan wartawan juga hadir seperti Melodi dan ramai lagi.. Meriah jadinya Wangsa Walk Mall malam tadi...





Mak Dara dan Balkish Semundur Khan

Somi mak di dwpan poster filemnya.. Sooo proud of you yang..

Haaaa tengok tu.. ramaiii kan... Tetamu yang hadir juga telah dihidangkan dengan makanan yang sedap sedap sebelum bermulanya preview filem ini.. Begitulah prihatinnya pihak penerbit filem terhadap semua jemputannya.. Mak Dara difahamkan bukan satu panggung mahupun 2 panggung yang menayangkan preview filem LIBAS ini . Dek kerana sambutan yang luar biasa maka 3 panggung telah menayangkan filem ini. Ramai sungguh yang hadir kan . Syukur alhamdulliah...

Oklah ini saja cerita untuk malam ni.. Esok mak kasi update lagi ya.. Nantikan sambungannya esok..

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK