Showing posts with label iPhone 5 Gadget Impian. Show all posts
Showing posts with label iPhone 5 Gadget Impian. Show all posts

Saturday, January 12, 2013

iPhone 5 Gadget Impian


Hi and salam to all readers.. 
For the first time ever I would love to join Denaihati iphone 5 gadget impian contest. And this time.. Denaihati offers an iphone5 as the ultimate prize!! OMG  who in the right mind would pass this great opportunity right?  So let's get to it.. 

my "iphone 5 gadget impian" 
video for this contest


Saturday, December 29, 2012

Engkaulah Ratu Hatiku

Ibu..Ibu... 
Engkaulah Ratu Hatiku

Cubit peha kiri peha kanan pasti terasa begitulah perasaannya pabila Ibu Mak Dara  (Puan Zaleha) tidak sihat sejak kebelakangan ini. Kami adik beradik juga merasainya. Mak Dara dan adik beradik Mak Dara telah beberapa kali membawa Ibu Mak Dara ke klinik namun keadaannya bagaikan ada pasang surutnya.. Sekejab sihat.. sekejab tidak.. Keadaannya bertambah tidak menentu sejak peninggalan arwah ayah Mak Dara 82 hari yang lalu... Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul...

Petang tadi Mak Dara dan adik adik Mak Dara membawa Ibu Mak Dara pergi buat check up lagi . Oleh kerana Ibu Mak Dara tak berdaya untuk bangun dan berjalan maka kami terpaksa menolak Ibu Mak Dara menggunakan kerusi roda .

Ibu mak dara dan adik mak Dara Adza Edie

(nombor giliran) Zaleha Binti Md Darus

Ibu Mak Dara sedang menunggu gilirannya bersama adik Mak Dara Adza Emie
yg sdg mendukung anaknya Adza Qhaliffah

Syukur alhamdullilah setelah diperiksa doktor membenarkan ibu Mak Dara pulang kerumah bersama ubat ubatan. Dan sekiranya dalam sehari dua ini keadaan Ibu mak dara masih tiada perubahan maka doktor menasihatkan supaya Ibu Mak Dara di masukkan ke dalam wad.

Semoga Ibu tabah menghadapi semua ini.. Sakit adalah bentuk ujian dari Allah s.w.t kepada hamba-hambanya yang terpilih. Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..

Sakit mengajar kami erti kesabaran. 
Sakit mengajar kami tentang kesyukuran. 
Dan sakit membawa kami kepada keinsafan.
Terima kasih Tuhan.
Setiap yang berlaku pasti ada hikmah.

Thursday, December 27, 2012

Iphone 5 Gadget Impian - Maafkan AKu

Assalam duhai teman terutamanya kepada semua yg menyertai Iphone5 Gadget Impian. Mak Dara ingin mohon maaf kerana lama tidak menjengah ke sini. Mak Dara kini sedang menjaga ibu Mak Dara yang sedang sakit sekarang di rumah kakak Mak Dara. Sekarang ibu Mak Dara amat lemah untuk berjalan dan kini terpaksa menggunakan pampers dewasa sejak beberapa hari ini.. Keadaannya bertambah ok sikit semalam dan Mak Dara balik ke rumah untuk ambil sedikit pakaian untuk ke rumah kakak Mak Dara semula tengah hari nanti. 

Mak Dara benar benat terkejutnya apabila melihat semua peserta contest Iphone5 Gadget Impian masih terus mengundi kerana Mak Dara sangka contest telah tamat beberapa hari lalu. Rupanya ia telah dianjangkan. Mak Dara mohon maaf kerana tak sedar akan hal ni dan Mak Dara mohon maaf krerana tak membalas semula semua vote vote anda. Mak Dara mohon supaya anda tidak vote lagi untuk Mak Dara kerana Mak khuatir tak dapat balas semua vote anda itu kerana tumpuan Mak Dara kini adalah untuk ibu Mak yang sakit. Harap anda faham situasi Mak.. Mak ucapkan jutaan terima kasih pada yang telah vote dan mohon jutaan maaf kerana tak dapat membalas vote anda selama beberapa hari ni.. Semoga berjaya kepada semua..

Kepada semua pembaca blog Mak Dara dimaklumkan bahawa kebanyakkan entry blog dipublish secara auto publish dan kerana itu tiada komen balas dari mak dara dan juga tiada kunjungan balas kembali ke blog anda . Kalau tak ada perkara sebegini dah kompom kompom mak akan terjah setiap anda yang sudi memberi komen di blog mak ni.. Anda oun tahu kan memang itu lah resam mak.. membalas kunjungan yang sudi berkunjung.. Insyaallah setelah ibu Mak sihat sedikit mak akan membalas kunjungan anda itu.. Terima kasih kerana tetap sudi bersama mak dara walaupun mak dah tak ubah macam biskut kejap ade kejap takde.. Anda semua memang terbaek dan selalu di hati Mak.. Doakan semoga ibu Mak Dara segera sembuh ya.. terima kasih.

Wednesday, December 12, 2012

BLOGGER PILIHAN MAK DARA HARI INI


Assalam duhai teman.. 
Bersama lagi kita dalam slot BLOGGER PILIHAN MAK DARA HARI INI.. Blogger mana pula yang menjadi pilihan Mak Dara hari ini? Meh Mak Dara khabor kan dan marilah kita berkenalan dengan mereka ye.. Blogger pilihan Mak Dara hari ini ialah.. 
sYuhAdA sALLeH
http://www.syuhadasalleh.my/


Adik Shuhada mempunyai 3 blog kesemuanya iaitu blog syuhada's shop,sYu90 & cOnteSt dan sYuhAdA sALLeH. Comel benarkan header blog blogger Shuhada ini kan. Jom berkenalan dengan syuhada klik di link ini http://www.syuhadasalleh.my/ untuk ke blog beliau.

Glamorous Blogger MrJocko

Blog Mr Jocko ni memang sempoi habis.. Setiap entry entrynya memang menarik. Setiap entry dalam blog beliau pasti terselit dengan gambar gabar yang sangat menarik..Jom ramai ramai kita terjah ke blog Mr Jocko @  http://www.mrjocko.com/

Blog Keperawatan

Blogger ketiga pilihan Mak Dara ialah Blogger Ferry Nurse . Ferry Nurse adalah pemilik kepada Blog KeperawatanMenjenguk ke blog saudara Ferry memang membuka mata Mak Dara dalam topik kesihatan. Bermacam macam entry mengenai kesihatan terdapat dalam blog ini. Semua perkongsian dan ilmu dicurahkan oleh beliau kepada semua pembacanya.. Mari sama sama kita mengenali blogger ini . Klik di sini http://askep-net.blogspot.com/ untuk ke blog beliau ye.. 

Steffany Daphney

Blogger ketiga pilihan Mak Dara ialah Blogger Steffany Daph. Steffany ni memang besttt dan sempoi.. Dan yang paling best beliau antara pengomen tegar di blog Mak Dara. Hampir semua entry terbaru Mak Dara . Tenkiuuu sangat sangat Steffani.. You are the best hehehe.. Jom kenali Steff ya.

"Boleh panggil saya Steff. Masih lagi belajar. Punya 6 ekor kucing yang cute dekat rumah. Suka blog dan facebook. Ada juga akaun Tumblr and Twitter, tapi jarang buka. Nak keep in touch more frienly, boleh email saya or do follow my blog. Salam 1 Malaysia, ^_^ ."Jom terjah ramai ramai ke blog Steffany @ http://steffanylife.blogspot.com/

Blogger terakhir pilihan Mak Dara pada hari ini ialah blogger P#eoniX. Blogger P#eoniX adalah pemilik kepada blog MAI SINGGAH . Adik  P#eoniX ni 
memang selalu support Mak Dara sejak dari dulu lagi. 
Maka itulah saja blogger Pilihan Mak Dara untuk hari ini. Jutaan terima kasih Mak ucap
kan kepada mereka dan anda semua yang tetap setia melayan entry meroyan mak ni hehehe
Mak sangat sangat hargainya.. 

Kepada sesiapa yang mahu Mak promote blog anda .. Ada ke? hehe Ok kalau ada anda boleh baca cara caranya di link ini ya Kisah 1 Handphone Impian 85 Orang - iphone 5 gadget impian . Mak akan promote blog anda kaw kaw punya hehehe 
Hmmm siapa bakal mak pilih untuk jadi BLOGGER PILIHAN MAK DARA esok ye.. mungkin juga anda.. insyaallah tungguuuuuuuuu 

Friday, December 7, 2012

BLOGGER PILIHAN MAK DARA HARI INI


Assalam duhai teman.. 
Bersama lagi kita dalam slot BLOGGER PILIHAN MAK DARA HARI INI.. Blogger mana pula yang menjadi pilihan Mak Dara hari ini? Meh Mak Dara khabor kan dan marilah kita berkenalan dengan beliau ye.. Blogger pilihan Mak Dara hari ini ialah.. tadaaaaaa...

Aiman Aziz

Pemilik bagi blog Aiman Aziz ini sangat mudaaa dan sangat sempoi.. Nak tengok wajah tuan ampunya blog ini.. Kejap mak kasi kidnap gambor beliau hehe

Aiman Aziz

Jom ramai ramai kita terjah ke blog adik Aiman Aziz ni di http://www.aimancool.com/ jom!!!

Blogger kedua yang menjadi pilihan Mak Dara pada hari ini ialah blogger Khalid Kyle
 blog HAUS X OF X KHALIDSUXX

Khalid Kyle
Blogger Khalid Kyle adalah pemilik kepada blog HAUS X OF X KHALIDSUXX . Adik Khalid ni antara penyokong setia blog Mak Dara ini.. Dia memang selalu aje support blog Mak ni.. Memang seronok dapat kenal dengan blogger muda yang sangat baik hatini . Jom ramai ramai berkenanalan dengannya jom. Klik di link ini ya http://aderakukeysah.blogspot.com/

Blogger ketiga yang menjadi pilihan Mak Dara ialah Blogger Cik Nas...

Belog Cik Nas
Blog Cik Nas

My Photo
Cik Nas

Memang comel betullll header blog Cik Nas ni kan memang sesuai dengan pemiliknya.. Mak Dara juga suka dengan tagline blog Cik Nas ni iaitu "RENDAHKAN EGO TINGKATKAN IMAN" memang sempoi je bunyinya namun membawakan maksid yang sangat mendalam. Jom kita ramai ramai berkenalan dengan Blogger Cik Nas ini. Klik di link di bawah untuk ke blog Cik Nas ya.. http://tieqanasibah.blogspot.com/

Blogger terakhir yang menjadi pilihan Mak Dara hari ini ialah blogger BONI KACAK.

BannerFans.com
Boni Kacak

Terus terang mak katakan yang mak amat senang dan suka dengan blog milik Blogger Boni Kacak ini.. Blognya simple and nice.. Sangat kemas dan teratur. Bilalah blog mak ni nak jadi macam tu.. Blogger Boni ini antara yang sering memberi komen di blog Mak Dara. Terima kasih dik kerana sudi singgah di blog Mak Dara ya.. Ok mari kita ramai ramai terjah ke blog hebat Boni Kacak ini ya.. Klik di Link di bawah untuk ke blog beliau ya.. http://www.bonikacak.com/

Terima kasih kepada Adik Aiman, Cik Nas, Khalid dan Boni Kacak kerana sudi mengundi untuk Mak Dara dalam contest iphone 5 gadget impian . 

Kepada blogger Syuhada Salleh , Rosmadi Shakri , Ferry Nurse , steffany daph dan P#eoniX yang turut sama support Mak Dara dalam contest  iphone 5 gadget impian nantikan entry istimewa untuk anda mulai esok ya.. 

Kepada sesiapa yang mahu Mak promote blog anda .. Ada ke? hehe Ok kalau ada anda boleh baca cara caranya di link ini ya Kisah 1 Handphone Impian 85 Orang - iphone 5 gadget impian . Mak akan promote blog anda kaw kaw punya hehehe ;)
Hmmm siapa bakal mak pilih untuk jadi BLOGGER PILIHAN MAK DARA esok ye.. mungkin juga anda.. insyaallah tungguuuuuuuuu 

Mari Berkenalan dengan blogger Ini!

Malam ini Mak Dara nak kenalkan 2 orang blogger kepada anda . Mereka sangat istimewa pada Mak Dara.. Selain mereka pembaca setia blog Mak Dara ini , mereka juga selalu support Mak Dara .. Mari Mak kenalkan anda dengan mereka jom..


Blog TRIPLE - S ini adalah milik blogger Sheila Salim . Dibawah adalah sedikit info mengenai Sheila Salim. 

Tagline : With Love, and much love from me
Introduction: People call me Boo
Bragging rights : A cute wifey to lovely husband, Hadi Kahar
Employment: SG Clerk, 2011 - present
Education : SMK DAMANSARA DAMAI SPM 2004 - 2007

Kepada adik Sheila Salim terima kasih kepada Sheila kerana sudi support Mak Dara selalu terutamanya dalam contest iphone 5 gadget impian tu ye..  oleh itu terima lah Header dan banner yang tak seberapa ini hehe.. Ambik simpan je pon tak pa tak perlu guna.. sebab mak tak pandai sangat nak pasal nak edit edit Header dan banner ni . Just untuk kenangan kenangan aje ye. hehe

Jom kita ramai ramai terjah ke blog Sheila Salim dengan klik di link ini ya http://sheilashahfiekry.blogspot.com/


Blogger kedua yang mak nak kenalkan anda dengannya ialah Blogger gojessssss BETA KUPU.


[ku1%282%29.jpg]

Inilah blogger BETA KUPU yang gojesss itu . Beta Kupu antara pengomen blog Mak Dara yang paling tegarrrrr hehehe.. Hampir setiap entry meroyan mak akan mendapat komen darinya. Beta Kupu banyak membantu Mak Dara dalam contest iPhone 5 Gadget Impian. Jutaan terima kasih Mak ucapkan pada Beta Kupu atas support yang tidak terhingga ini. Mak amat amat menghargainya jadi Mak pun dengan gatal tangan mengedit Header dan banner buat Beta Kupu.. Harap Beta Kupu simpan sebagai kenangan ye.. Tak payah guna pun tak pe sebab mak pakai hentam je buat ni hehe.. Simpan sebagai cenderahati dari Mak Dara ya...



Jom kita ramai ramai terjah ke blog BETA KUPU  dengan klik di link ini ya http://betakupu.blogspot.com/

Akhir sekali Mak dara ingin ucapkan jutaan berterima kasih kepada semua teman teman blogger yang sudi membantu untuk mengundi Mak Dara dalam contest iphone 5 gadget impian .dalam sesi voting itu ya.. Kepada teman teman seperti Aiman AzizKhalid Kyle , ik Nas :) , boni kacak , Syuhada Salleh , Rosmadi Shakri , Ferry Nurse , steffany daph dan P#eoniX yang turut sama support Mak Dara dalam contest  iphone 5 gadget impian nantikan entry istimewa untuk anda mulai esok ya.. 

Kepada sesiapa yang mahu Mak promote blog anda .. Ada ke? hehe Ok kalau ada anda boleh baca cara caranya di link ini ya Kisah 1 Handphone Impian 85 Orang - iphone 5 gadget impian . Mak akan promote blog anda kaw kaw punya hehehe ;)

Thursday, December 6, 2012

HIDUP BIAR IKHLAS

IKHLAS... cuma satu perkataan.. namun membawa seribu satu makna.. Hari ini Mak Dara terpanggil untuk berbincang mengenai...

 KEIKHLASAN..

Bagi Mak Dara seseorang yang ikhlas ibarat orang yang sedang membersihkan beras dari kerikil-kerikil dan batu-batu kecil di sekitar beras. Maka, beras yang dimasak menjadi nikmat dimakan. Tetapi jika beras itu masih kotor ketika nasi dikunyah, akan tergigit kerikil dan batu kecil. Demikianlah keikhlasan, menyebabkan segala yang telah dibuat dan dilakukan  yang datang dari tulus hati akan mendapat satu kepuasan yang sejati... Sebaliknya, perbuatan yang dilakukan dengan TIDAK IKHLAS akan menyebabkan segala yang telah dilakukan tiada merasa nikmatnya. 

Imam Syafi’i pernah memberi nasihat kepada seorang temannya,“ Wahai Abu Musa, jika engkau berijtihad dengan sebenar-benar kesungguhan untuk membuat seluruh manusia ridha (suka), maka itu tidak akan terjadi. Jika demikian, maka ikhlaskan amalmu dan niatmu karena Allah Azza wa Jalla.”


Kadang Kadang susah mentafsirkan perbuatan seseorang samaada ia benar benar ikhlas atau tidak.. Yang tahu dan sahih akan keihklasan itu hanya antara orang itu dan Allah swt sahaja.. Ikhlas atau tidak seseorang itu kepada kita atau pelakuannya biarlah dia sendiri yang mengetahuinya..Namun kita sebagai manusia biasa hendaklah selalu berprasangka baik pada setiap insan..